Wednesday, 28 February 2024

60 Days In UK: Notting Hill & Portobello Market.

Selasa, 6hb Februari 2024

Hari ini hari ke-6 kami di perantauan. Suasana masih sejuk so kami keluar ke kawasan berdekatan sahaja. Dari Paddington kami naik tube dan turun di Ladbroke Grove untuk sarapan menu Melayu. Hubby dah rindu nak makan roti canai so kita cari kedai Melayu yang bukak awal pagi. Walaupun kebanyakan kedai makan hanya beroperasi bermula pukul 12 tengahari kami jumpa satu kedai yang memenuhi kriteria di Notting Hill berdekatan dengan Portobello Market.

Mirror selpi dalam lif buat kenangan katanya. Ummi Ayah layankan sahaja.

Melalui google search kami jumpa kedai Makan yang menghidangkan menu masakan Melayu. Katanya tuan punya kedai itu adalah owner asal Malaysia Hall Canteen. Kami disambut oleh cashier/staff Melayu yang sangat fasih speaking London. 

One with staff kedai Makan.

Depan kedai Makan.

Roti canai yummy dengan kuah dal.

“Ini free… sebab seronok tengok cucu…” tetiba pulak adik staf tu hantar tiga ketul kuih macam cekodok pisang. Katanya dia selalu follow IG anak sulong saya, seronok tengok bila ada post tentang cucu-cucu kami. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.

Cekodok pisang 'on the house' sebab depa suka tengok cucu kita.

Usai makan kami jalan-jalan di Portobello Market yang beroperasi di sepanjang Portobello Road. Oleh kerana hari masih awal banyak kedai yang masih belum di buka. Hubby ke kedai buku Notting Hill Bookshop yang terkenal sempena kisah dari filem Notting Hill, lakonan Hugh Grant & Julia Roberts. Rupa-rupanya ramai pelancung yang datang singgah di kedai buku ini. Saya kurang pasti kenapa… mungkin sebab kedai ini di angkat ke dalam filem box-office dan terkenal serata tempat. Kedai bukunya agak sempit tapi penuh dengan buku dan alat tulis. Sementara itu anakanda puteri sakan bershopping donut di kedai Doughnut Time yang katanya viral. Tak tahulah apa yang sedapnya, saya nampak macam over rated je, mahai pulak tu. Apa-apa pun, kita layankan sahaja semuanya. 

Portobello Market.

Kami tidak berlama-lama di sini sebab terpaksa balik ke hotel semula untuk check-out. Kami akan bergerak untuk berpindah ke rumah sewa di Colliers Wood pula. 

{Boleh cerita tentang rumah sewa 1,  di sini. }

Semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Aamiin.

Sekian. 😊

60 Days In UK: Ambik anakanda @Heathrow

Jumaat, 2hb Februari 2024

Selepas dua hari (hari ke-2) kami di London, anakanda puteri bongsu itu datang buat kacau daun bagi memeriahkan percutian Ummi dan ayahnya. Kebetulan dia sedang bercuti semester (dari Tokyo) maka haruslah menghabiskan cuti bersama Ummi dan ayah walau di mana berada. Di tambah pulak ayahanda bermurah hati untuk sponsor kos perjalanan, makan-minum dan tempat tinggal maka nikmat apa lagi yang nak didustakan.

“Nina nak stay 10 hari kat London pastu nak jenjalan kat Brussel and France, pastu sambung balik kat London, pastu balik Malaysia… pastu gi Jepun…” begitulah. So sepanjang bulan pertama keberadaan kami di London banyak masa dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan pusing London khas untuk (bersama) Ummi terutama bila hubby pergi kerja.

Anakanda safely arrived at Heathrow Airport on 2nd February at 5:30pm.

First mirror selpi dalam lif (hotel) with Ummi dan ayah buat kenangan, katanya.

Semoga Allah mudahkan urusan kami di bumi asing ini. Aamiin.

Sekian.😊

Tuesday, 27 February 2024

60 Days In UK: Battersea Power Station, Covent Garden & London Central Mosque

Sabtu, 10hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-10 kami di sini. Berkali-kali saya buat planning untuk makan roti canai di Roti King, Battersea sebab tertarik dengan review netizen. Lagipun tempat ini sangat dekat dengan rumah sewa kami di Colliers Wood dan juga sementara ada anak bongsu untuk menyibuk memeriahkan suasana. Akhirnya pada hari yang ditetapkan kami naik Northen Line tube dari Colliers Wood ke Kennington dan tukar tube ke Battersea Power Station

Mirror selpi dulu buat kenangan, katanya.

Kami tiba di Battersea Power Station sebelum pukul 10 pagi, agak awal dan kedai banyak yang belum di buka. So kita jalan-jalan melihat kawasan dahulu sambil mencari sarapan sementara menunggu kedai Roti King dibuka pada pukul 12:00 tengahari.

Bangunan Battersea Power Station.



Baru je nak order makanan tiba-tiba terdengar pengumuman supaya semua pengunjung keluar dari bangunan. Katanya depa terjumpa bungkusan yang tak dapat dikenal pasti. Macam cuak sangat pulak. Maka semua pengunjung berpusu-pusu keluar dan meninggalkan apa sahaja aktiviti yang sedang dilakukan. Malas pulak nak menunggu, kami ambik tube untuk ke tempat lain pulak. Maka tergendalalah segala perancangan untuk beroti canai di sini. Kami sambung perjalanan ke Somerset House. Tapi macam tak kena gaya pulak nak masuk makan di situ. Akhirnya kami pilih tempat untuk rakyat marhaen sahaja. Kami masuk kedai Pret a Manger dan pilih menu untuk vegetarian & non-meat eater.

Tuna sandwich dan pizza tomato and cheese. 

Cantik pulak art kat dinding kafe ini, padahal depa susun buah-buahan sahaja.

Usai makan kami jalan-jalan sekitar Covent Garden yang cantik dan unik, dan seperti biasa kita cuma melihat-lihat sambil cuci mata sahaja. Oleh kerana hari ini hari Sabtu, by pukul 11:00 pagi pengunjung dah mula ramai. 

Kawasan indoor Covent Garden yang unik dan cantik.


Hubby memang rajin selpi. Objek kuning di belakang itu adalah manusia biasa yang beraksi, bukan patung. 

Pengunjung dah mula ramai.

Setelah puas berlegar-legar di sekitar Covent Garden, kami ke London Central Mosque berdekatan dengan Regent’s Park untuk solat Zohor. Dah alang-alang, kami tunggu waktu Asar sekali. 

Sangat tenang bila dapat berlama-lama atas sejadah dalam Masjid begini.

One depan masjid.

Seharian berjalan, kaki pun dah lenguh. Langkah pun dah menghampiri 20k. Ayuhlah kita pulang.

Kennington… tempat untuk tukar line train balik rumah.

“Nanti ada masa kita cuba lagi. Kalau tidak pun kita cari roti canai kat tempat lain pulak…” Begitulah. Tetaplah kita berpegang kepada prinsip, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kita semua. Aamiin.  

Sekian. 😊

60 Days In UK: Jalan-jalan Luton, Bedfordshire

Ahad, 18hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-18 kami di London. Bila berada di perantauan, saya akan bersetuju dengan apa sahaja aktiviti silaturahim dengan rakan senegara. So, bila ada sahabat hubby mempelawa datang bertandang haruslah kita terima dengan tangan terbuka. Memandangkan depa berkerja dan hanya free pada hujung minggu, maka kita berjanji temu pada Ahad sahaja. Oleh kerana rumah mereka terletak di luar kawasan London  kami ambik keputusan untuk naik train. Dari rumah sewa kami di West Wood, kami ambik tube Victoria Line terus ke King’s Cross dan berjalan ke London St Pancras Station

Kita sarapan dulu.

Dari St Pancras Station kami ambik train Thames Link terus ke Luton Central. Perjalanan ke sana mengambil masa 35 minit sahaja. Kalau hari biasa harga tiket adalah £19 (RM120) seorang (pergi-balik) tapi pada hujung minggu depa ada  harga off-peak dengan bayaran £12.50 (RM75) sahaja. Ianya jenis open ticket, maksudnya kita boleh pergi dan balik bila-bila masa sahaja pada hari dan tarikh yang ditetapkan.

Train Thames Link.

Return ticket. Dari zaman saya anak dara hingga dah bercucu, itulah rupa tiketnya… tak berubah.

Cuaca mendung as always.

Tiba di sana kami dijemput oleh sahabat hubby dengan kereta. Merasalah makcik naik Jaguar di perantauan.😁

Untuk makan tengahari  depa hidang nasi dengan lauk-pauk yang pelbagai. Ada ikan kod masak lemak cili api, ikan mackeral bakar, ayam goreng pedas, sayur campur dan sambal bilis. Usai makan tengahari depa hidang minum petang pulak sambil sambung bersembang. Alhamdulillah, memang kami tak akan sempat merindui menu Malaysia bila dijamu begitu.🥰

Plaintain (pisang tanduk) goreng dan sagu gula melaka for dessert (minum petang).

Bersama tuan rumah suami isteri.

Katanya, lebih separuh dari penduduk kawasan Luton adalah non-white. Rata-rata kita pergi akan berjumpa dengan Asian, orang Pakistan atau Bangladesh dan lain-lain. Katanya juga, crime rate di sini pun agak tinggi. Alhamdulillah, sekatat ini sahabat kami ini tidak menghadapi apa-apa masalah sepanjang tinggal di sana. Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada pembawaan diri masing-masing serta keyakinan bahawa Allah sentiasa bersama orang yang benar.

Penambahan bilangan non-white di Pekan Luton.😁Depan pintu masuk train station Luton.

Turun tangga di belakang tu adalah stesen bas dan pick up point untuk penumpang.

Dengan tuan rumah yang peramah dan baik hati.

Depan rumah mereka di Luton.

By pukul 4:00 petang kami dah gerak balik supaya dapat tiba di rumah sebelum gelap. Terima kasih kepada tuan rumah. Semoga ukhuwah berpanjangan. Aamiin.

Sekian.😊

Monday, 26 February 2024

60 Days In UK: LHR-Paddington & Sepanjang Jalan Kenangan

Ahad, 4hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-4 kami di bumi asing ini. Selepas tiga malam di Hotel Premier Inn, Heathrow kami pindah ke Hotel Premier Inn di Paddington Basin pulak. Dari bilik hotel (Heathrow) kami keluar ke kawasan airport Terminal 4 dan tunggu Uber di kawasan Parking Level  1, Privare Hire Pickup. Di situ ada kawasan khas untuk menunggu kereta sewa tapi tiada tanda arah yang jelas so kami terpaksa mencari serata tempat. 

Mirror selpi di lif hotel. (Buat kenangan katanya)

Kami ambik Uber XL dengan kos £60 (RM360) dan ambik masa lebih satu jam untuk ke Paddington Basin. Dengan tiga beg (luggage) besar dan tiga beg hand carry, memang penuh bonet kereta walaupun bonnetnya saiz XL. Saya sengaja duduk seat membelakangkan driver, konon nak cari pengalaman. Memang mendapat la… tetiba terasa loya dan pening kepala. Ditambah pulak dengan drebar yang bawa kereta macam nak berlumba, sekejap brek, sekejap pecut, rasa macam nak terkeluar segala isi perut.

Excited dalam kereta sebelum pening nak muntah.

Tiba di hotel kami dapat peluang untuk check-in awal dengan bayaran tambahan £10. Masuk sahaja dalam bilik hotel saya terus rasa nak muntah. Setel muntah, saya ambik peluang berehat sebentar sebelum menyambung aktiviti seterusnya. Walau dah sarapan ala kadar sebelum naik Uber tadi tapi still rasa nak makan lagi terutama dalam cuaca agak sejuk begini (10 degree), so kita cari pastry pulak.

Sarapan @ Gail’s Bakery, Paddington.

Paddington Basin

Dari Paddington kami jalan-jalan ke Oxford  Street melihat kawasan dan cuci mata dalam Selfridge & Co dan Primark sebelum sambung berjalan lagi ke kawasan sekitarnya.

“Ummi tak nak beli apa-apa ke?” Haruslah tiada apa yang berkenan di jiwa. Kalau ada pun rasa macam tak kena gaya sebab kita cukup dengan apa yang ada sahaja.

Coklat pelbagai rasa dan rupa… kita tengok sahaja sambil mengira tahap kolestrol yang dah sedia ada dalam badan.😁

Kad sempena Valentine Day yang bakal tiba.

Kita ambik aura sahaja… dah tua-tua ni tak main ler kad-kad gini.

Seterusnya kami sambung jalan-jalan sekitar kawasan Marbe Arch.  Malangnya mercu tanda Marble ditutup untuk baik pulih. So kita tengok-tengok buat ghaso-ghaso sahaja. Walau cuaca agak sejuk hingga ke tulang tapi badan rasa segar dengan peningkatan langkah (steps) sejak keluar berjalan kaki awal pagi tadi. 


Sejuk banget.

Dari Marble Arch kami teruskan perjalanan hingga ke Bryanston Square. Hubby memang seorang yang sentiasa mengingati apa-apa sejarah yang dekat dihatinya. Memandangkan di sinilah bermulanya sejarah kami sebagai anak perantau yang menimba ilmu jauh dari kampung halaman maka setiap langkah perjalanan ke sini kekal teguh dalam ingatannya. Kalau saya, haruslah mengadap Google Map. Kalau tidak, dah sesat barat entah ke mana. 

Bryanston Square.

Nombor 44, Bryanston Square... tempat Malaysian Students berurusan suatu masa dahulu.

Dah penat berjalan haruslah nak isi perut pulak. Jomlah kita mencari makanan ruji orang Melayu asli. Kami ke Restoran Melur, milik orang Melayu di Edgware Road. Harganya boleh tahan dan portion hidangannya agak lumayan, so kami minta bungkuskan (tapau) makanan yang tak habis. Kami order set nasi lemak, nasi ayam dan nasi goreng. 

Late lunch @ Melur (milik Pak Awie) Edgware Road.


Depan pintu masuk restoran.

Dah kenyang perut, moh ler kita balik hotel semula. Dari Restoran Melur, kami hanya berjalan kaki (10 minit) untuk balik ke hotel. Oleh kerana masih jet-lag, by pukul 4:00 petang mata saya dah hampir pejam. Dan seperti hari-hari sebelumnya saya akan tidur sangat awal dan bangun semula dini hari. Lepas tu boleh sambung makan makanan yang ditapau tadi. Semoga Allah kurniakan kesihatan untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.

Sekian. 😊

Saturday, 17 February 2024

60 Days In UK: London Victoria-Bayswater-Edgware

Jumaat, 16hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-16 kami di sini. Setiap kali nak keluar berjalan saya dan hubby akan plan perjalanan sesuai dengan tube connection. Sebelum turun dari rumah kena tahu dulu apa line nak ambik dan mana platform nak guna. Depa guna colour code untuk setiap tube line. So agak mudah untuk kita hafal line yang berbeza-beza mengikut warna yang ditetapkan. 

Dan pada hari yang mulia hubby took a break from SOAS dan ajak jalan-jalan pusing kawasan. Tapi sebelum itu haruslah isi perut di rumah dulu. Saya cuma buat roti bakar ala-ala pizza on go. Saya guna roti sebagai base, potong sosej ayam dan tomato, susun atas roti dan tabur mozarella cheese. Lepas tu bakar dalam oven, 180 degree selama 5 minit. Untuk menambahkan crispy di bahagian bawah base, saya bakar atas kuali pulak… biar rasa kruk krak.

Siap untuk di bakar dalam oven.

Sambung bakar dalam kuali.

Sarapan… siap.

By pukul 9:30 pagi kami turun dari rumah, ambik tube Victoria Line (warna biru cair) ke Victoria Station yang terletak dalam City of Westminster. Kompleks stesen ini juga dikenali sebagai London Victoria, merupakan Central London Railway terminus yang menghubungkan kawasan lain dengan keretapi dan tube Circle Line (warna kuning), District Line (warna hijau) dan Victoria Line (biru cair). Di sini juga terletak terminal bas National Express.  Kami stop over di sini sambil jalan-jalan melihat kawasan sebelum mengopi di Costa Coffee di hadapan pintu keluar masuk Underground.

Dalam terminal London Victoria.

Di hadapan Victoria Underground Station.

Kawasan luar stesen yang cerah.

Cerah dengan langit yang cantik.

Kami meninjau di Cardinal Walk, tempak orang melepak dan makan-makan. Di situ ada beberapa restoran termasuk restoran Five Guys tapi menunya semua macam non-halal. Five Guys ni famous dengan fast food hamburgers, hotdogs dan fries. Ada juga menu untuk vegetarian tapi penuh dengan was-was. So kita jalan-jalan cuci mata sahaja. 

Cardinal Walk.

Depan Restoran Five Guys.


Ngopi dulu @ Costa Coffee.

Sebelum masuk waktu solat Jumaat kami ambik Circle Line dari London Victoria untuk ke Malaysia Hall yang terletak di nombor 34, Queensborough Terrace untuk solat Jumaat. Kami turun di Bayswater Station dan berjalan kaki dalam jarak lima minit perjalanan. Solat Jumaat di sini terbuka untuk masyarakat Islam di London. Sebelum ini di sana juga ada Malaysia Hall Canteen tapi dah tutup atas sebab-sebab tertentu. 

On the way ke Malaysia Hall tu ada kedai bunga. Tetiba rasa teruja melihat jambangan bunga yang dipamerkan. Banyak betul bunga ros warna merah hati, mungkin left over masa Hari Valentine (14/2) hari tu. Tapi kita cuma ambik bau dan cuci mata sahaja.

Harga £40-£55 sejambak.

💖

Van posman… teringat cerita Postman Pat masa anak-anak kecik dulu.

Queenborough Terrace yang damai.

Kami tiba agak awal sebelum waktu solat Jumaat. So kita ambik masa untuk selpi dan lepak-lepak dulu. Sepatutnya depa tidak sediakan ruang wanita semasa solat Jumaat yang biasanya penuh dengan dengan jemaah lelaki. Tapi hari ini depa bermurah hati membenarkan saya duduk berehat di ruang solat wanita. Kebetulan ada seorang wanita lain yang meneman anak lelakinya solat Jumaat maka bolehlah saya berkenalan dan bersembang sementara menunggu hubby selesai solat.

Kaunter depan di Malaysia Hall.


Ruang solat wanita.

Usai solat kami ke Edgware Road untuk makan tengahari. Kebetulan ada anak saudara hubby datang bercuti di London so kami ajak sekali makan ramai-ramai. Hubby pilih makan di Restoran Melur. Katanya pemilik restoran ini adalah tukang masak asal dari kantin Malaysia Hall sebelum ini. Kami order kari ikan, rendang daging, ayam goreng masakan Bali dan sup ekor. Sebagai pencuci mulut, kami order pengat pisang dan sagu gula melaka. Alhamdulillah makanannya rasa Malaysia dan sangat sedap. 

Melur special… air serai+lemon.

Kari ikan yang yummy.


Anak saudara hubby, (bertopi) serta anak isterinya.

Cuaca mula mendung di luar restoran.

Usai makan kami terus balik rumah dan tiba dalam pukul 4:30 petang. Menghampiri waktu malam (waktu Maghrib pada pukul 5:20 petang) cuaca di luar dah semakin sejuk maka eloklah makcik dan pakcik pencen duduk diam-diam berehat dalam rumah sahaja. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Aamiin.

Sekian.😊

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...