"Hidup ke pokok umi ni?" Anak bujang saya yang sorang tu selalu menyakat. Mentang2 la saya ni baru nak berjinak2 ngan pokok.
Dah lama sangat saya tinggalkan aktiviti bercucuk tanam ni. Masa kecik kat kampung dulu saya yang selalu menyakat nenek saya bila dia tanam pokok.
"Sempat ke tok makan buah ni?"
"Alah.. memang la tak sempat. Aku tanam bukan nak makan. Esok2 bila dia berbuah hangpa la makan. Aku nak kutip pahala je"
Ya, sejak cuti sekolah ni saya sangat sibuk menanam pokok. Dengan kawasan tanah yang seadanya tu saya kena fikir betul2 pokok apa yang paling sesuai. Entah kenapa saya terminat nak tanam pokok2 eksotik yang banyak khasiat. Pokok2 eksotik ni asalnya pokok hutan, jadi kalau nak tanam kena jaga betul2. Pastu lambat pulak berbuah.
Pokok durian belanda ni baru seminggu saya tanam.
Kata orang dengan pengurusan yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat. Mungkin akan berbunga pada akhir tahun ketiga dan pada tahun keempat insyallah dah boleh tengok hasilnya. Kata orang lagi pokok durian belanda ni keluar banyak bunga tetapi yang matang menjadi putik dan terus menjadi buah sikit je.
Buah durian belanda akan matang dalam masa 12-13 minggu selepas berputik dalam keadaan biasa. Kadangkala, semasa keadaan cuaca tidak menentu, putik durian belanda menjadi dorman selama beberapa minggu dan menyambung semula tumbesarannya apabila keadaan cuaca kembali normal. So, dalam 5 bulan jugak la baru dapat rasa hasilnya.
Buah durian belanda yang belum matang berwarna hijau tua, tidak berkilat dan tapak duri meninggi. Buah yang matang berwarna cerah, berkilat, kulit agak rata dan duri menjarak..
Orang Kedah panggil Derian ropa ( Eropah ).Saya selalu makan buah ni masa kecik dulu sebab pokok ni kat belakang rumah saya je. Saya je kot yang suka makan buah ni. Orang lain macam tak suka je. Sejak dah tua ni baru saya tahu buah ni banyak khasiatnya. Boleh buat ubat Gout dan menurunkan darah tinggi serta kurangkan bahaya cancer.. amalkan sehiris pagi dan malam Insyallah berkesan.Guna daun nya utk halau tikus dalam rumah..Kalau demam, minum je air rebusan daun dia.
Ni pulak pokok katak puru. Baru tanam pagi tadi.
Orang Kelantan panggil pokok katak puru, kat tempat lain tak pasti pula namanya. Masa saya kat Kedah dulu tak pernah pulak kenal buah ni. First saya makan buah ni selepas kahwin dulu. Masa tu pi visit saudara hubby kat Kelantan. Depa makan cicah 'colek'. Sedap. Rasa ala2 jambu batu, tapi lemak masam sikit. Tapi rupa buahnya sangat hodoh berwarna coklat dan mengerutu macam badan katak puru. Sejenis pokok hutan juga serta sukar untuk di temui. Ini pun saya minta mak mertua saya semaikan dulu. Lepas tu saya angkut pokok tu balik KL. Tengokkan pokok tu tak tahulah saya sempat ke tidak merasa hasilnya. Orang kata bertahun2 baru boleh dapat hasilnya. Apa khasiatnya pun saya tak tau. Saya cuma suka sebab dia sedap dan agak eksotik.
Pokok delima ni nampak promising. Dah masuk 2 minggu dah. Harap2 cepatla berbuah.
Kata orang buah delima ni sangat bagus untuk halang penyakit kanser.Pokok delima ni saya dapat kat Gombak je. Penjual tu kata saya boleh dapat hasilnya dalam masa setahun lagi. Entah lah. Nampak pokoknya dah membesar elok. Harap2 betul lah tu.
Mudah2an pokok2 ni memberi menafaat kepada semua orang. Bak kata nenek saya kita nak kutip pahala je, tak sempat makan buah pun tak apa. Hmm..