Saya jarang ambik cuti. MC jauh sekali. Masa anak kecik dulu selalu la juga. Sebab anak-anak tak sihat. Tapi baru ni Allah uji. Sikit je pun. Berpunca dari sakit
perut hari Jumaat, membawa ke hujung minggu. Tapi ada hati juga pi Pesta Buku malam tu. :)
Dah masuk 3 hari perut saya rasa
tak selesa. Simpton yang tak dapat dikenal pasti. Dah macam-macam teori saya
jumpa kat Mr google. So hari Isnin tu terpaksa la bercuti. Saya pi klinik, tapi lupa pulak nak minta MC. Tak tahu lah sekolah nak kategorikan cuti apa. Suka hati depa lah. Cuti ehsan ke, cuti tanpa gaji ke. Redha je lah...Yang penting saya dapat berehat.
So hari Isnin tu pepagi lagi hubby terpaksa pi hantar anak2 ke sekolah. Balik singgah beli
sarapan. Pastu keluar balik ada meeting kat UIA. Tengahari bawa balik makanan
tengahari pulak. Lepas tu petang pi ambik anak sekolah. Adoyai...sian pulak
tengok hubby susah payah bila saya sakit.
"Petang ni pi hospital pakar. Suruh doktor check apa
masalahnya.."
Hmm... ni yang malas ni. Nak menunggu kat hospital tu. Buat saya lagi
stress je.
"Umi ni macam orang tua lah. Macam orang kampung takut nak gi
hospital." Sukahati je si Iman ni menambah.
Hahah....cakap la apa saja. Saya memang malas nak lalui trauma buang masa menunggu
kat hospital tu. Elok sakit sikit-sikit tak pasal-pasal terus dapat hyper
tension.
Asal kejadian hari Jumaat tu saya tak sarapan. Dah memang jenis
memilih makanan. Kalau tak kena dengan selera memang la saya tak makan. Dah la
menu kat sekolah tu tak banyak pilihan. Nasib awak lah kalau nak mengada-ngada
tak lalu makan. Tak nak makan sudah! Tak ada sapa nak melayan
ketidakadaseleraan awak ye! Kebulur la sensorang :( Pastu perut masuk
angin....padan muka.
Tengahari tu makan nasi ayam. Mungkin sebab perut dah kosong so angin pun
dah terperangkap. Dapat penyakit pedih ulu hati pulak (orang selalu panggil
gastrik). So malam tu berguling-guling la tak boleh tidur. Asyik ulang alik pi
toilet sampai 6 kali. Silap saya juga sebab pi minum Vitagen sampai 2 botol.
Menambahkan acid dalam perut. Lupa pulak Vitagen tu hanya elok untuk sakit
perut kalau keracunan makanan atau pun salah makan je.
So hari Sabtu terus pi hospital pakar, A & E dan pesakit luar. Konon pi
hospital pakar sebab nak dapatkan treatment yang bagus.
"2016. Nombor sekarang 2013. Sila duduk."
Lebih sejam menunggu, nombor kat papan tu ta gerak-gerak. Adoyai...
Malas nak buat hal kami pun beredar pi klinik Izham. Biasanya kami pi
klinik Izham je pun. Tapi sebab suspek ada penyakit yang lebih serius umpamanya
Gall stone, Stomach Ulcer/Cancer dan seumpamanya...tu yang terus pi hospital
pakar. Huhu....kenapa tah pi melalut sampai ke penyakit-penyakit yang
menyeramkan tuh..Na'uzubillah.
"2016. Nombor sekarang 2015. Sila duduk."
Entah suratan atau kebetulan saya dapat nombor yang sama juga. 2016. Sungguh. Allah bersama orang yang sabar. Alhamdulillah. Memang tidak
mengecewakan. Semuanya setel dalam masa 30 minit je. Seperti yang saya agak,
penyakit angin sebu je. Bahasa glamernya gastrik. Biasa lah, doktor akan
bekalkan bermacam-macam jenis ubat.
Mengalahkan orang sakit tenat.
Dan seperti biasa juga saya hanya makan apa yang saya nak sahaja
So hari tu saya bagaikan puteri...
"Umi tak payah masak lunch. Nanti ayah singgah beli lunch."
"Iman beli air kelapa..."
Owh..air kelapa. Dah lama saya tak minum air kelapa. Lupa pulak tentang khasiatnya selama ini.
Sebenarnya sejak dari kecik saya diajar supaya sentiasa minum air kelapa muda. Banyak khasiat yang mungkin masih belum dikaji oleh orang kita.
Ayah saya memang pengamal air kelapa muda. Dah jadi macam rutin pulak bila setiap kali rasa tak sihat saya akan diberi minum air kelapa. Kat belakang rumah (kat kampung dulu) memang ada beberapa batang pokok kelapa khas untuk air kelapa muda. Petang-petang kami akan lepak-lepak santai sambil menikmati kelazatan air kelapa muda....oh rindunya waktu itu. Eh! Tetiba pulak...... Tapi sejak dah konon-konon moden ni saya selalu beli air 100+ je bila anak2 tak sihat. Bajet moden konon. Dah lupa asal usul. Adoyai...
Sebenarnya menurut orang tua-tua air kelapa muda ni dapat meneutralkan semula kadar racun dalam tubuh kita. Juga mengembalikan kehilangan air dalam badan kita. Terutama kalau kita terkena cirit-birit elok sangat lah diminum air kelapa ni. Masa kecik-kecik dulu ayah saya selalu sediakan air kelapa untuk berbuka puasa. Untuk mengembalikan tenaga. Untuk budak-budak yang ada masalah kecacingan pun boleh. Bagi je budak-budak tu minum selalu. Nak bagi sedap tambah sikit air limau nipis dan sedikit garam bukit. Ada juga yang guna untuk merawat santau, batuk berdarah, ketagihan rokok dan dadah. Tapi ada doa-doa dan ayat-ayat tertentu yang kita kena baca. Malangnya saya tak pernah ambik kisah nak belajar bab-bab perubatan ni. Cukup hanya dapat minum bila rasa tak sihat je.
Alhamdulillah setelah meneguk dua biji air kelapa muda khas untuk saya seorang saja, selepas sejam badan terasa kembali segar. Alhamdulillah esoknya dah boleh pi sekolah. Kesian budak-budak nak ulangkaji musim pereksa ni....