Wednesday, 25 November 2009
Boring, boring, boring
Monday, 23 November 2009
Congrats Prof...
Tahniah to hubby for the promotion. Before this cuma Prof Madya, tapi ramai je yang dah panggil prof. Now dah betul-betul professor barulah boleh panggil hubby prof. Jeles la ni...huhu.
Bangga sebenarnya. Sebab rasa macam ada contribution juga towards that. Hihi.. bak kata famous saying tu.." Behind every successful man there's always a woman." Dok kat belakang pun kira okay apa. Tulang belakang gitu. Haha...saja nak tumpang sekaki.
Apa-apa pun saya doakan hubby istiqamah dengan jalan yang dipilih. Lagi besar jawatan lagi besar amanah, so lagi besarlah tanggungjawab. Moga hubby cekal dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Ummi dan anak-anak akan sentiasa menyokong dari belakang. (Asyik kat belakang je!...)
Thanks for the hadiah and makan-makan etc. Best jugak ada orang naik pangkat nih. Lepas ni nak minta apa pulak ya...?
Sunday, 22 November 2009
Semangat tuh..
Malang pulak kursus tu clash ngan program Takrim sekolah rendah. So terpaksalah saya attend program sebelah pagi je, sebab petangnya nak kena tengok anakanda terima hadiah pulak. Kang kecik hati pulak kalau bonda tak ada.. Alhamdulillah walaupun hanya dapat attend program separuh jalan je, saya masih mendapat manafat yang besar. Selain berjumpa semula kenalan lama, saya dapat kenalan baru.
Perkara yang paling terkesan pada saya ialah menjadi guru perlukan banyak pengorbanan. Guru perlu menjadi pelajar pada masa yang sama. Penceramah memetik kata-kata William Hart ( siapa ya) " A great teacher inspires". Huhu..jauh lagi tu.
Apa-apa pun mudah-mudahan saya mampu melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan saya kelak. Mudah-mudahan juga ilmu yang saya curahkan bakal menjadi ilmu yang bermanfaat... Amin.
Saturday, 21 November 2009
Life is wonderful.
Pagi tadi baru gi ambik report card anak saya yang darjah 1 dan 4. Alhamdulillah keputusan mereka memberansangkan. Insyallah akan terima anugerah sempena hari penyampaian hadiah sekolah esok. Yang saya agak suspen ni nak tunggu keputusan PMR and SPM puteri2 saya yang berdua tu pulak. Yang bujang lagi sorang tuh form 1, dapat result dalam 2 minggu lagi. Suspen jugak tu sebab sidia seorang ni hantu bola. Bab-bab belajar ni asyik tolak tepi jer..Huhu life is so colourful....
Apa-apa pun saya sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka...
Tuesday, 17 November 2009
Nervous weh..
Apa-apa pun mudah-mudahan dipermudahkan Allah segala urusan dan mendapat balasan yang terbaik di sisiNya. Doa saya mengiringi semua anak didik saya terutama anakanda putri saya. May Allah helps you achieve your target. Tak lupa juga kepada bebudak kelas Prinsip Akaun saya. All the best in your SPM, target A+ in your Prinsip Akaun paper. Saya sayang kamu...
Meja troli beroda
Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...
-
Tanggal 14 Mac 2015 majlis menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pulak. Orang Kedah kata bertandang. Orang Kelantan kata hantar men...
-
Dah setel bab lapor diri di Kolej, nak kena mohon pinjaman/biasiswa pulak. Kalau ikutkan surat tawaran tu semua pelajar sudah ditawarkan pin...
-
"Kat Hospital Ampang tak boleh buat Puan. Boleh cuba Klinik Kesihatan Ampang ataupun kat Cheras Baru.Yang paling bagus Hospital Kuala ...