Thursday, 25 January 2024

Bayar zakat KWSP di Pusat Zakat Selangor

Setelah beberapa kali tertangguh baru berpeluang nak keluarkan duit KWSP untuk bayar zakat. Mencapai umur layak mengeluarkan duit KWSP bermakna kita telah menjadi pemilik penuh terhadap duit/simpanan yang ada dan wajib mengeluarkan zakat bila cukup haul.

Sebelum ini saya tak pernah bayar zakat. Al-maklum la gaji pun ciput, tidak melayakkan bayar zakat. Tapi saya selalu temankan hubby bayar zakat di kaunter. Masa kerja di UIAM, kami bayar di kaunter Pusat Zakat Selangor. Bila kerja di USIM hubby bayar zakat di kaunter Pusat Zakat Negeri Sembilan. Sunnahnya begitulah, memang kita sepatutnya bayar zakat di tempat di mana kita bekerja. Bila dah ada sistem online, maka kita gunakan sahaja kemudahan yang tersedia.

“Untuk first time ni elok la bayar di kaunter… biar ada feel sikit…” bila hubby bagi cadangan maka kita follow sahaja. 

Kami tiba di Pusat Zakat dalam pukul 3:45 petang. Walaupun dapat nombor immediately tapi terpaksa menunggu hampir satu jam. Pukul 4:30 pm depa dah tutup pintu grail. So kita duduk sahaja menunggu dengan sabar.



By pukul 4:45 pm baru nombor giliran saya naik. Urusannya sangat mudah. Kira serahkan duit bayaran, depa keluarkan resit dan lepas tu kita baca akad bayaran zakat. Semuanya selesai dalam masa lima minit sahaja. Selepas ini, untuk menjimatkan masa (menunggu), bayaran zakat seterusnya boleh dibuat secara online sahaja. Usai urusan di pusat zakat kita singgah mengopi di Tim’s Teapot.

Caffe latte as always.

Broccoli soup & garlic bread.

Alhamdulillah tertunai sudah rukun Islam yang ke-4. Mudah-mudahan Allah luaskan rezeki untuk berzakat lagi dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Aamiin.

Sekian. 😊

Wednesday, 24 January 2024

Shah Alam: Teman (tunggu) hubby meeting & sambil me-time

Tiga hari ini saya menemani hubby ke program di Shah Alam. Kami gerak dari rumah dalam pukul 1:00 tengahari rembang dan singgah makan tengahari di Restoran Cili Merah dahulu sebelum check-in di Hotel Concorde pada pukul 3:00 petang untuk dua malam.

Sedap rasa kari ayam dipadankan dengan ikan gelama masin.

Sementara hubby mula program pada pukul 3:15pm hingga habis sesi petang, saya duduk-duduk dalam bilik hotel sahaja. Cuaca mendung dan hujan gerimis di luar menambahkan rasa malas untuk ke mana-mana. Dari bilik hotel di tingkat 10, jelas kelihatan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang tersergam indah. (Tiba-tiba ada rasa syahdu menyelimuti diri). 

Bangunan masjid seakan arca lukisan di dinding.

Dalam cuaca mendung dari tingkat 10, Hotel Concorde.

Hujan gerimis.

By pukul 6:30 petang, hubby habis meeting sessi petang, kami keluar jalan-jalan cari makan. Di sekitar hotel ni memang banyak kedai dan gerai menjual makanan, walking distance sahaja. Kami makan di gerai (food court) belakang hotel. Lupa pulak nama tempatnya. Tak cukup makan, saya take away satay (Gerobok Satay) buat bekal makan di hotel sementara hubby sambung meeting sesi malam.

Masjid dalam suasana malam, buruk pulak gambar bila ada reflexion dari cermin tingkap.

Esoknya, sementara hubby meeting hari kedua saya keluar jalan-jalan (dengan izin) sekitar Shah Alam. Awalnya saya beriya mencari/search tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Banyaklah yang pakcik Google cadangkan. Tapi bila difikir-fikirkan rasa macam tak sesuai pulak makcik nak jalan sorang-sorang. Akhirnya saya ambik keputusan untuk ambik berkat dalam Masjid sahaja. Sejak semalam dok meninjau dari jauh sahaja maka hari ini kita ambik peluang untuk melihat dari dekat. So, usai sarapan saya drive ke masjid yang mengambil masa hanya 5 minit. Saya hanya duduk-duduk sambil buat apa yang patut. Ada jugak beberapa geng makcik yang duduk berehat sama. Kita angguk dan senyum sahaja sambil buat hal masing-masing.

Haruslah tanda tempat parkir dulu, takut nanti tak memasal tak jumpa jalan pulang.

Suasana dalam masjid yang tenang dan lengang.

Dah selesai urusan di masjid saya teruskan perjalanan ke AEON Mall pulak. Rasa tak sah hidup kalau tak cuci mata dalam shopping mall. Katanya, hidup harus seimbang, ada masa kita duduk beribadat, ada masa kita enjoy. Sebelum itu kita lunch di The Chicken Rice Shop dulu. Saya order nasi ayam plus satu set nyonya pie tee dan air 3 layer tea. 


Alhamdulillah, walau dalam restoran agak crowded tapi makcik boleh duduk makan sorang-sorang. Saya pilih tempat paling luar, so sambil makan sambil melihat gelagat manusia yang lalu-lalang. Ramai yang datang berdua, bertiga dan dengan keluarga. Paling ramai mereka yang bekerja dan keluar ofis waktu lunch hour, so kita duduk-duduk sambil join the crowd. 

Semua licin kecuali nasi… selalunya memang saya mintak nasi separuh tapi sebab di sini depa dah buat set, maka terpaksalah makan setakat yang mampu sahaja. (Moga Allah ampunkan dosa).

Usai makan, seperti biasa kita pusing mall cuci mata dan bawak balik hasil tangkapan sehelai dua baju bagi menggantikan baju-baju lama yang dah lusuh dan kecut sejak makcik dah membesar dengan jayanya. By the time saya balik hotel semula cuaca di luar dah mula mendung serta guruh dan kilat sabung-menyabung. Tidak lama kemudian hujun turun dengan lebatnya. Lagi sekali makcik hanya duduk di bilik sambil memandang keluar jendela melihat kejadian alam.

Keadaan langit dengan awan gelap pada pukul 4:00 petang…  macam nak malam.

Hujan mula turun… dan awan gelap mula hilang.

Alam diselubungi air hujan yang mencurah-curah.

By maghrib hujan dah mula reda dan langit menghadirkan lembayung senja. Sungguh, saya ralit menikmati kejadian alam langit yang bertukar corak dan warna di balik jendela. (Dek kerana hp saya tak berapa power, maka kita capture momen-momen indah dalam kenangan/memori sahaja).

Selepas hujan reda...❤

Di bawah lembayung senja.

Semoga Allah kekalkan keamanan di bumi yang tercinta ini. Aamiin.

Sekian.😊

Tuesday, 23 January 2024

Late lunchdate @Sari Ratu, Taman Melawati

Sejak dah tinggal berdua, beriya pulak hubby ajak keluar makan. Sekejap sarapan, sekejap lunch, kadang minum petang. Dinner je jarang-jarang sebab hubby tak suka keluar malam-malam.

Sebagai isteri mithali, kita menurut sahaja. Bak kata orang bijak pandai, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Maka pemilihan rezeki (menu makanan) juga penting agar tiada musuh kepada kesihatan, walaupun orang sihat boleh juga dijemput ajal bila-bila masa.

So, pada suatu hari yang tenang kami ke Restoran Sari Ratu, Taman Melawati. Sebelum ini pun dah beberapa juga kami ke sini bersama anak-anak bila terasa hendak bertukar selera. Saya paling suka daging dendengnya yang rangup, boleh ratah macam keropok dan jus alpukat (iced blended avocado).

Daging dendeng adalah wajib.

Kali ini kami pilih rendang daging, masak lemak ikan tenggiri, masak lemak pucuk ubi dan seharusnya daging dendeng dan jus alpukat. Saya kurang serasi dengan pucuk ubi tapi kita cubit je sikit buat raso-raso.

Licin…. kecuali lemak pucuk ubi yang masih berbaki.

Mirror selpi katanya.

“Kesian kalau nak kena masak macam-macam, makan untuk dua orang sahaja..." begitulah.

Sesungguhnya rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara. Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan manusia yang sentiasa bersyukur. Aamiin.

Sekian.😊

Monday, 22 January 2024

Sayur bayam: Pengalaman saya.

Selama ini saya dah tahu bahawasanya saya tak boleh makan sayur bayam tapi degil, nak jugak masak dan makan. Kalau menurut nenek saya, bayam ni kategori daun sejuk, so kalau makan memang akan sakit urat. Saya pernah makan sayur bayam dalam kuantiti yang agak banyak masa mengandung anak pertama dek terpengaruh dengan khasiat yang ada dalam bayam yang katanya bagus untuk ibu-ibu mengandung. Tak sangka masa tidur malam tu saya diserang simpul biawak/ tarik mengkarung atau dalam bahasa mudahnya, cramp, dari seluruh kaki hingga ke pinggang. Memang sakit yang amat sangat. Nak bangun cari minyak angin pun tak berdaya. Maka duduklah saya menangis sorang-sorang sambil berzikir, beristighfar dan berdoa dalam diam agar Allah tarik kesakitan dan gantikan dengan pahala berganda. Alhamdulillah selepas setengah jam ianya beransur lega. Saya bangun perlahan-lahan cari minyak angin dan urut perlahan-lahan sambil terus berdoa agar kesakitan itu tidak berulang lagi. Sejak dari itu saya sangat berhati-hati dalam memilih makanan.

Namun bila sesekali terasa teringin, saya akan masak untuk santapan bersama hubby. Walaupun begitu saya hanya ambil secubit dua ‘buat ubat’, bak kata seorang sahabat baik saya.

Bayam masak lemak buat juadah makan tengahari.

Baru-baru ini masuk dalam inbox saya tentang pro&con sayur bayam ini. Saya simpan di sini sebagai rujukan di masa depan. 

Thank you to the original writer.

(copied and pasted):

“Take a look at what Nutritionist Mike Geary has to say about spinach… his thoughts may surprise you.
_____

Spinach is often promoted as a healthy green, but contains FAR more downsides than good sides...

Spinach is one of the highest oxalate foods that's commonly eaten by modern humans (in addition to beet greens, beets, almonds, and other veggies and nuts).

The amount of oxalates in a serving of spinach is extremely high, up to 600 mg in a normal sized bowl. The "safe" amount of oxalates in a daily diet according to world renowned oxalate expert Sally Norton should be between 100-200 mg per day total to avoid a lot of the health problems caused by high oxalate plants.

So you can see how concerning spinach is with these extremely high oxalate levels.

The problem with eating too much oxalates too frequently is that it can cause serious issues such as kidney stones, thyroid problems, gut damage, skin issues, and joint pain.

In fact, some people have even gotten "oxalate poisoning" by drinking green smoothies too often and had to go to the ER for kidney failure.

In addition, the nutrients in spinach such as calcium and iron are very poorly absorbed by the human body, with a dismal 3-4% bioavailability. Compare that to the very high bioavailability (high absorption) of nutrients like iron and calcium in meat and dairy at 30-40% bioavailability.

Overall, I believe that spinach has more cons than pros, and I avoid it. Dozens of my clients and friends have also reported dramatically improved digestion and less joint pain when eliminating leafy greens such as spinach.

More problems with a particular common vegetable below that could be damaging your gut and hormones…”

Kesimpulannya, ada juga amalan dan petua orang-orang tua dulu-dulu yang berguna kepada generasi muda. Mungkin mereka tak dapat buktikan secara saintifik dek tiada kajian yang menyeluruh namun mereka beramal berdasarkan pengalaman sendiri. Terima kasih kepada arwah nenek saya yang banyak mengajar saya erti hidup. Missing her as always. Semoga rahmat Allah sentiasa bersamanya di sana.

Sekian.😊

Sunday, 21 January 2024

KL East Mall: Teman (tunggu) Hubby meeting

Beberapa hari lepas, Hubby ada meeting  with a colleague pada pukul 10:00 pagi di KL East Mall. So dah alang-alang nak keluar pagi, kita awalkan keluar rumah supaya boleh sarapan dulu. Asalnya nak sarapan dalam mall sahaja, lupa pulak yang opening hours mall bermula pukul 10 pagi, bermakna semua kedai hanya akan dibuka pada pukul 10 juga. So kami singgah sarapan di Q-Bistro, PV sahaja. By pukul 10 pagi baru kami sambung perjalanan ke KL East Mall.

Telur separuh masak as always… plus teh tarik halia.

Dah tembam pun masih dengan teh tarik.

Kami tiba dan parking di Basement 1. Katanya meeting hanya akan ambik masa satu jam sahaja. So saya bajet depa akan bersurai paling lewat dalam pukul 11:30 pagi. Lepas tu janji nak gi beli groceries di Jaya Grocer sama-sama. Sementara hubby bermeeting, saya jalan-jalan window shopping keliling mall. Banyak kedai dalam mall ni dah memulakan tema hiasan sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tak lama lagi.

Hiasan Tanglung di centre court.

Dalam masa satu jam sahaja saya dah habis menapak dari utara ke selatan, timur ke barat dalam mall tiga tingkat ini. Sambil itu kita singgah window shopping dalam memana kedai yang berkenan di hati. 


Dah penat berjalan, saya singgah minum di Penang Chendol. Hajat nak pekena chendol barang semangkuk tapi memikirkan dah ambik teh tarik masa sarapan, kita tukar dengan iced lemon tea sahaja.


Dah melepasi pukul 12 tengahari depa belum habis meeting. So saya masuk Jaya Grocer sendiri untuk beli barang-barang dapur. Lepas tu saya singgah menunggu di Coffee Beans pulak. Menghampiri pukul 1.30pm perut pun macam nak berlagu sendu maka kita order makan tengahari pulak. 

Spageti bolognese.

Rupa-rupanya by pukul 2.15 petang baru depa habis meeting. Banyak sangat yang perlu dibincangkan sebelum hubby (dan saya) terbang. Sebagai isteri mithali, kita turutkan sahaja segala susun atur program (planning) yang hubby dah buat. Lagipun sekarang ini tiada apa yang dikejarkan melainkan menghabiskan sisa hidup yang ada bersama orang tersayang sambil me-time bila ada peluang. Begitulah…

Sekian. 😊

JomRun @Putrajaya.

Kata orang, untuk mendapatkan ketenangan dalam hidup, kena kurangkan keinginan/kehendak.. Sungguh bagai dikata, sejak menghampiri usia emas ini saya dah kurangkan banyak keinginan/kehendak dalam hidup dan mula merasa ketenangan ‘as cool as cucumber’.  

“Ummi nak masuk FunRun tak? Jom… kat Putrajaya.”

Dah lama saya tak join memana run. Last, masa FunRun USIM a few years ago. Depa buat larian pada waktu malam. Seronok sebab kurang panas. FunRun kali ini diadakan di Putrajaya. Flag off pada pukul 7.30 pagi so pada pukul 7.00 pagi kami dah gerak keluar dari Hotel Zenith dan berkumpul di Dataran Wawasan.

Muka cuak takut tak dapat habiskan ‘larian’.

Pukul 7.20 pagi semua peserta dah bekumpul di garis mula. Hilang sikit rasa cuak bila melihat ada juga peserta lain geng makcik. So kita mulakan larian dengan Bismillah. Jalan slow slow dulu buat warm-up lepas tu baru kita tambah speed. Speed tak speed pun, kita banyak berlenggang kangkung sahaja sambil menikmati udara pagi yang nyaman dengan langit mendung dan hujan gerimis. 


Hubby dan anak nombor dua maintain berlari.

Alhamdulillah, walaupun hanya berjalan (laju) makcik dapat habiskan larian dalam masa yang ditetapkan. Hubby dan anak menantu (yang tiba awal) dah siap sedia menunggu di garisan penamat untuk memberi semangat. Dengan semangat waja kita melangkah gagah melepasi garisan penamat pada kiraan masa 5 minit sebelum masa penamat. Cukuplah dapat medal Finisher 5KM.

Depa bagi air mineral dan coklat vanilla.


Bangga dengan medal masing-masing.

“Lepas ni nak lari kat mana pulak?” Rasanya nak kena berehat dulu, ambik nafas dan lunjur kaki. Sementara itu kita keep on jogging manja sahaja bila-bila masa mengizinkan.

Sekian cerita pada 6hb Januari 2024, bersempena juga dengan hari lahir makcik yang dah beberapa dekad berlalu.😊

(Boleh baca cerita sebelum ini di sini.)

Thursday, 18 January 2024

Azam yang asyik ke laut

Awal tahun baru ni dah berazam untuk jogging consistantly. Konon nak cukupkan 6000 steps everyday. Tapi dek banyak alasan, samada dicari atau datang sendiri maka terpaksalah makcik mengalah dengan takdir. Hari ini kita paksa diri naik treadmill dicelah-celah kesibukan. Usai buatkan sarapan untuk hubby, kita ambik bau je dulu. Lepas kemas meja kita terus mulakan larian (berjalan je padahal). 


Cukup 10 minit dulu sebab matahari dah memancarkan haba. Lepas dah kering peluh baru kita makan pagi.

Lihatlah sarapan yang bakal menambahkan kalori berganda.

Tapi bak kata anak nombor dua saya...

"Makan je ummi asalkan ummi bahagia... at least ummi dah exercise. Kira seimbang jugak tu..." begitulah. Yang penting, minum air kosong dan makan sayur banyak-banyak.

Semoga Allah merahmati kita semua. Aamiin. 

Sekian.😊

Saturday, 13 January 2024

44th Anniversary KB84... budak Mara.

Saya mendaftar masuk ke MRSMKB, sekarang MRSMPC pada 12hb Januari 1980 dan tarikh keramat ini sentiasa diingati oleh setiap individu dalam batch kami. Masing-masing mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman masuk Maktab. Batch kami paling ramai, 261 orang semuanya. Setiap dari kami pasti sentiasa mengingati tarikh keramat ini layak tarikh kelahiran seorang manusia baru.

“Jom gi reU kita…” Banyak kali jugak sahabat sekolah mengajak saya untuk turut sama menyambut Anniversary kami masuk Maktab. Dan banyak kali juga saya terpaksa memohon keuzuran dek kekangan masa dan keadaan. Dan untuk kesekian kalinya, tahun ini dah masuk tahun ke 44 kami bersama. Walau ramai rakan seperjuangan yang saya kurang kenal tapi persahabatan tetap terjalin utuh terutama dengan sahabat sejantina yang kami namakan sebagai GOJEZES KB84. Kalau dengan satu batch kami namakan sebagai KB84 SaengSokmo2. Walau saya tidak pernah aktif dalam group wasap tapi sentiasa mengikuti perkembangan sahabat lain yang aktif. Beberapa kali saya cuba left group tapi ada sahaja sahabat yang add semula.

“Mas duduk je diam-diam dalam grup tu. Jadi silent reader pun takpe… at least tahu perkembangan kawan-kawan lain.” Begitulah utuhnya persahabatan kami. Sebenarnya itulah hasil didikan sebagai budak Mara. Benarlah kata pujangga… bila kita makan bersama, tidur bersama dan bermusafir bersama akan terjalin persahabatan abadi.

Hari ini kita follow live telecast daripada sahabat yang berkesempatan menghadirkan diri diprogram reUnion sempena 44 tahun persahabatan kami di Cherating, Terengganu. 

"Walaupun tak dapat bersama, kita tetap satu... budak Mara..." begitulah. Dan kita abadikan beberapa foto yang dikongsi sebagai kenangan.

Sempena 44 tahun persahabatan, dari umur 13 tahun (Tingkatan 1) hingga kini.

Kek special untuk setiap kali pertemuan.

Birthday cake untuk kami yang lahir dibulan Januari.

Dan saya copy juga antara mesej yang dikongsi bersama.

"Antara pesanan gojezes semasa sesi mlm tadi, 

- 'andai saya pegi dulu, tolong ingat saya dlm doa kalian'

- 'persahabatan Kita ini terlalu istimewa, moga dgn ikatan kasih sayang Kita ini, Allah memasukkan Kita dlm golongan org2 yg mendapat naunganNya semasa di Mahsyar nanti'.

- 'andai di Syurga Nanti kalian tidak menemuiku, carilah daku, jadilah saksi Kita berkasih sayang kerana Allah, Mohon pada Allah, bawalah daku ke Syurga' 🤲🏽😭💝

Uhibbu fillah...."

Semoga persahabatan berkekalan hingga ke syurga. Aamiin.

Sekian.😊

Kenduri @BoraOmbak & mengopi @Ayer8, Putrajaya

Hari ini makcik teman hubby menerima jemputan kenduri kawen anak kawan hubby semasa sambung belajar dulu. Dah bertahun depa tidak bersua muka, rasanya sejak masing-masing dah grad dan bernikah kahwin. Ada juga beberapa kenalan lain yang turut hadir. So kita biarkan mereka menyambung semula silaturahim yang lama terputus. Sementara depa bermini re-union, kita duduk diam-diam mengadap makanan sambil angguk dan senyum bila perlu.

Dewan yang terang dan luas.

Mengadap Tasik Putrajaya yang tenang.

Usai makan kita ke Ayer8 untuk mengopi. Hubby suka singgah di Kopi Mesin pekena Americano dan keropok lekor.  

Mengopi dan keropok lekor.

Di sebelahnya ada kedai Tudung NurHannah. Memang port lepak makcik sementara hubby habis mengopi. Dan hari ni kita grab 3 helai tudung sama bentuk sama warna untuk menggantikan tudung sedia ada yang dah lusuh dan buruk.

Tudung biasa makcik-makcik.

Kenduri sudah, mengopi pun sudah, tudung pun dah beli, moh la kita balik. Semoga kita sentiasa di murahkan rezeki dalam rahmatNya. Aamiin.

Sekian.😊 

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...