Saya mendaftar masuk ke MRSMKB, sekarang MRSMPC pada 12hb Januari 1980 dan tarikh keramat ini sentiasa diingati oleh setiap individu dalam batch kami. Masing-masing mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman masuk Maktab. Batch kami paling ramai, 261 orang semuanya. Setiap dari kami pasti sentiasa mengingati tarikh keramat ini layak tarikh kelahiran seorang manusia baru.
“Jom gi reU kita…” Banyak kali jugak sahabat sekolah mengajak saya untuk turut sama menyambut Anniversary kami masuk Maktab. Dan banyak kali juga saya terpaksa memohon keuzuran dek kekangan masa dan keadaan. Dan untuk kesekian kalinya, tahun ini dah masuk tahun ke 44 kami bersama. Walau ramai rakan seperjuangan yang saya kurang kenal tapi persahabatan tetap terjalin utuh terutama dengan sahabat sejantina yang kami namakan sebagai GOJEZES KB84. Kalau dengan satu batch kami namakan sebagai KB84 SaengSokmo2. Walau saya tidak pernah aktif dalam group wasap tapi sentiasa mengikuti perkembangan sahabat lain yang aktif. Beberapa kali saya cuba left group tapi ada sahaja sahabat yang add semula.
“Mas duduk je diam-diam dalam grup tu. Jadi silent reader pun takpe… at least tahu perkembangan kawan-kawan lain.” Begitulah utuhnya persahabatan kami. Sebenarnya itulah hasil didikan sebagai budak Mara. Benarlah kata pujangga… bila kita makan bersama, tidur bersama dan bermusafir bersama akan terjalin persahabatan abadi.
Hari ini kita follow live telecast daripada sahabat yang berkesempatan menghadirkan diri diprogram reUnion sempena 44 tahun persahabatan kami di Cherating, Terengganu.
"Walaupun tak dapat bersama, kita tetap satu... budak Mara..." begitulah. Dan kita abadikan beberapa foto yang dikongsi sebagai kenangan.
Sempena 44 tahun persahabatan, dari umur 13 tahun (Tingkatan 1) hingga kini. |
Kek special untuk setiap kali pertemuan. |
Birthday cake untuk kami yang lahir dibulan Januari. |
Dan saya copy juga antara mesej yang dikongsi bersama.
"Antara pesanan gojezes semasa sesi mlm tadi,
- 'andai saya pegi dulu, tolong ingat saya dlm doa kalian'
- 'persahabatan Kita ini terlalu istimewa, moga dgn ikatan kasih sayang Kita ini, Allah memasukkan Kita dlm golongan org2 yg mendapat naunganNya semasa di Mahsyar nanti'.
- 'andai di Syurga Nanti kalian tidak menemuiku, carilah daku, jadilah saksi Kita berkasih sayang kerana Allah, Mohon pada Allah, bawalah daku ke Syurga' 🤲🏽😭💝
Uhibbu fillah...."
Semoga persahabatan berkekalan hingga ke syurga. Aamiin.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment