Rabu, 17hb September 2025
Hari ini hari ke-4 kami di UK. Cuaca di Sheffield pagi ini agak dingin dengan suhu 11°C. Di luar pun hujan renyai-renyai sejak malam tadi. Cuaca di UK ini selalu tidak menentu, so setiap hari memang kena update dengan weather forecast.
![]() |
Setiap hari saya akan semak/update weather forecast setempat. |
Pagi ini kami bersarapan di hotel kerana pakej bayaran bilik sudah termasuk harga breakfast. Walaupun tak banyak pilihan makanan halal, kita berpada dengan apa yang ada sahaja. Yang mana kita rasa was-was kita tak payah ambik. Biasanya saya cuma pilih makanan vegan yang berasaskan tumbuhan. Depa agak strict kalau vegan, depa tidak akan campur dengan apa-apa lemak atau daging binatang. Goreng vegan pun depa akan gunakan vegetable oil. So kita boleh yakin tentang ‘kebolehmakan’nya di situ.
![]() |
Cereals dan buah. |
![]() |
Saya pilih baked beans, hashbrown, mushroom dan fruit cocktail serta minuman hot chocolate. |
Usai makan anakanda berehat sambil study di bilik hotel sahaja. Saya dan hubby menunggu hujan reda untuk keluar berjalan-jalan di Sheffield City Centre. By pukul 10 pagi hujan mula reda (masih gerimis) dan matahari mula mengeluarkan cahaya. Hotel kami terletak dalam bandar, so kami ke City Centre dengan berjalan kaki sahaja. Seperti biasa hubby akan singgah di kedai buku jika terjumpa dan mengopi. Usai mengopi dan membeli buku kami sambung berjalan-jalan sekitar City Hall dan ambik gambar sekeping dua buat kenangan. Walaupun dalam hujan gerimis tidak menghalang makcik dan pakcik pencen bersuka ria sebelum balik ke hotel untuk berehat.
![]() |
Dalam kedai buku Waterstone. |
![]() |
Mengopi dulu... americano, fudge, hot chocolate dan scones. |
Lepas solat Zohor, cuaca dah mula terang. Suhu pun nyaman. Kami keluar lagi. Kali ini bersama anak menantu pulak. Kami naik tram, bayar £5.90 seorang dan tiket valid selama 24 jam untuk ke mana-mana sahaja. Kami ke Meadowhall Mall melihat-lihat kawasan sambil mencari makanan untuk late lunch.
![]() |
Order kebab @ German Doner Kebab (milik orang Turkey) for lunch. |
![]() |
Halal kebab and chips. |
Usai makan kami cuma berjalan-jalan window shopping. Malas nak membeli apa-apa kerana kami nak travel light. Sebabnya makcik ni kalau dah mula membeli tak pandai nak berhenti, takut penuh pulak beg nanti. So kita duduk berehat di bangku mall sementara anak-menantu berjimba keluar masuk kedai.
![]() |
Ummi Ayah hanya duduk duduk sementara anak menantu jalan-jalan cuci mata. |
![]() |
Thank you for visiting Meadowhall... katanya. |
By maghrib kami dah tiba di hotel semula. Penat berjalan sejak pagi tadi, dan langkah hari ini sudah melebihi 10000 steps. Alhamdulillah masih bertenaga. Semoga kekal sihat untuk hari-hari seterusnya. Aamiin. 🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.
Sekian.😊