Tuesday, 30 September 2025

UK Trip: Sheffield City Centre & Meadowhall

Rabu, 17hb September 2025

Hari ini hari ke-4 kami di UK. Cuaca di Sheffield pagi ini agak dingin dengan suhu 11°C. Di luar pun hujan renyai-renyai sejak malam tadi. Cuaca di UK ini selalu tidak menentu, so setiap hari memang kena update dengan weather forecast.

Setiap hari saya akan semak/update weather forecast setempat.

Pagi ini kami bersarapan di hotel kerana pakej bayaran bilik sudah termasuk harga breakfast. Walaupun tak banyak pilihan makanan halal, kita berpada dengan apa yang ada sahaja. Yang mana kita rasa was-was kita tak payah ambik. Biasanya saya cuma pilih makanan vegan yang berasaskan tumbuhan. Depa agak strict kalau vegan, depa tidak akan campur dengan apa-apa lemak atau daging binatang. Goreng vegan pun depa akan gunakan vegetable oil. So kita boleh yakin tentang ‘kebolehmakan’nya di situ.

Cereals dan buah.

Saya pilih baked beans, hashbrown, mushroom dan fruit cocktail serta minuman hot chocolate.

Usai makan anakanda berehat sambil study di bilik hotel sahaja. Saya dan hubby menunggu hujan reda untuk keluar berjalan-jalan di Sheffield City Centre. By pukul 10 pagi hujan mula reda (masih gerimis) dan matahari mula mengeluarkan cahaya. Hotel kami terletak dalam bandar, so kami ke City Centre dengan berjalan kaki sahaja. Seperti biasa hubby akan singgah di kedai buku jika terjumpa dan mengopi. Usai mengopi dan membeli buku kami sambung berjalan-jalan sekitar City Hall dan ambik gambar sekeping dua buat kenangan. Walaupun dalam hujan gerimis tidak menghalang makcik dan pakcik pencen bersuka ria sebelum balik ke hotel untuk berehat.

Dalam kedai buku Waterstone.

Mengopi dulu... americano, fudge, hot chocolate dan scones.



Lepas solat Zohor, cuaca dah mula terang. Suhu pun nyaman. Kami keluar lagi. Kali ini bersama anak menantu pulak. Kami naik tram, bayar £5.90 seorang dan tiket valid selama 24 jam untuk ke mana-mana sahaja. Kami ke Meadowhall Mall melihat-lihat kawasan sambil mencari makanan untuk late lunch.

Order kebab @ German Doner Kebab (milik orang Turkey) for lunch.

Halal kebab and chips.

Usai makan kami cuma berjalan-jalan window shopping. Malas nak membeli apa-apa kerana kami nak travel light. Sebabnya makcik ni kalau dah mula membeli tak pandai nak berhenti, takut penuh pulak beg nanti. So kita duduk berehat di bangku mall sementara anak-menantu berjimba keluar masuk kedai.

Ummi Ayah hanya duduk duduk sementara anak menantu jalan-jalan cuci mata.

Thank you for visiting Meadowhall... katanya.

By maghrib kami dah tiba di hotel semula. Penat berjalan sejak pagi tadi, dan langkah hari ini sudah melebihi 10000 steps. Alhamdulillah masih bertenaga. Semoga kekal sihat untuk hari-hari seterusnya. Aamiin. 🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian.😊

UK Trip 2025: London-Sheffield

Selasa, 16hb September 2025

Hari ini hari ke-3 kami di UK. Setelah dua hari di London tiba masa untuk ke destinasi sebenar tujuan kami ke sini iaitu menemani anak no-2 menghadapi peperiksaan menjadi pakar dalam bidang Psychiatry di Sheffield Arena.

Perancangan hari ini adalah kami akan bergerak ke Sheffield dan check-in di Hotel Travelodge selama 2 malam. Awal pagi lagi kami dah check out dari hotel Premier Inn Heathrow dan menaiki train/tube Piccadily Line terus ke stesen King's Cross St Pancras. Pergerakan agak mudah kerana dengan luggage yang banyak kita boleh menggunakan laluan OKU dan lif.

St Pancras Station.

Sarapan dulu di kafe Benugo, St Pancras

Kami ambik train pukul 12 tengahari dari St Pancras dan tiba di Sheffield dalam masa sejam. 

Hubby booking train seats with table online dari Malaysia lagi.

Stesen keretapi Sheffield.

Naik lif di train station.

Sebaik tiba di bumi Sheffield, anak no-2 terus sakit perut. Mungkin sebab terlalu nervous dan stress untuk menghadapi peperiksaan nanti. Apa-apa pun kita singgah makan tengahari dahulu sebelum bergerak ke hotel.

Lunch vege burger.

Usai makan kami ambik teksi untuk ke hotel. Asalnya nak berjalan kaki tarik beg sahaja tapi bila dah ada teksi tak perlulah nak kufur nikmat. Kami bayar sewa £6 untuk satu teksi dan tiba di hotel just in time untuk check-in pada pukul 3:00 petang.

Check in di Travelodge Hotel.



One for the memory.

Selepas masuk bilik dan berehat sebentar saya dan hubby keluar ke City Centre untuk mencari makan malam. Saya agak cuak untuk terus berjalan jauh-jauh dek suasana sudah menghampiri waktu malam. Depa tutup kedai pukul 7 malam. Kami sempat beli air mineral dan sandwic tuna di Subway untuk anakanda yang masih sakit perut. Alhamdulillah kami sempat balik hotel semula sebelum waktu Maghrib. Semoga Allah merahmati setiap saat dalam kehidupan kita. Aamiin.🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini }.

Sekian. 😊

Monday, 29 September 2025

UK Trip 2025: London Buckingham Palace & Tokdin

Isnin, 15hb September 2025

Hari ini hari ke-2 kami di UK. Kami menginap di hotel Premier Inn Heathrow untuk dua malam. Pepagi lagi hubby dah ajak turun sarapan di kafe Costa Coffee yang terletak di lobi hotel, tingkat 1. Saya cuma order air hot chocolate. Pagi tadi saya bangun pukul 2.30 pagi dan makan sandwic prawn mayo left over malam tadi. Usai minum saya dan hubby keluar ambik angin pagi di perkarangan hotel. Suhu pagi ini adalah 14°C. 

Menikmati dingin pagi dengan minuman panas.

Kita tinggalkan anak no-2 untuk sambung study di meja kafe. Masih ada masa 4 hari hingga hari Khamis untuk dia study for the exam under strict supervision ayahnya. Bila dah selesai sesi pagi baru boleh take a break untuk jenjalan sekitar London hari ini.

Sibuk ayah nak pastikan anaknya study for the exams.

Matahari baru mula naik.

Nak sunkiss kononnya.

Perancangan hari ini adalah untuk sambung keluar berjalan-jalan sekitar London. So usai anakanda study kami bersiap untuk keluar. By pukul 9:30 pagi kami dah naik Tube Piccadily Line dari Heathrow T4 terus ke stesen Green Park. Suasana dalam train agak tenang kerana dah lepas waktu puncak orang keluar ke tempat kerja.

Kemain sengih dalam tube.

Kami tiba di stesen Green Park dalam pukul 10:30 pagi dan terus berjalan laju-laju melalui The Green Park untuk ke Buckingham Palace. Hajatnya nak tengok proses changing guard depan istana yang bermula pukul 11:00 pagi. Namun by the time kami tiba pengunjung lain dah sangat ramai. Kami hanya dapat menyelit dicelahan manusia yang ada. Saya pun tak pasti apa istimewanya proses changing guard itu. Yang pasti ramai pengunjung yang datang lebih awal, ada yang siap bertenggek atas sepanjang tembok pagar. Terasa bodoh pulak bila kita hanya menambahkan bilangan pengunjung tanpa dapat melihat apa-apa. Akhirnya saya hanya duduk di perkarangan istana menikmati cuaca yang cerah, terang dan nyaman dengan suhu 17°C sementara anak-menantu dapat rezeki menyelit depan pintu pagar utama istana untuk merakam gambar dan video proses changing guard tersebut.



Seronok anak menantu dapat menyelinap masuk ke depan istana untuk merekod video dan bergambar dengan kuda dan guard semasa proses changing guard berjalan. Nanti kita tengok youtube sahaja. Sementara menunggu depa selesai, saya dan hubby berehat sambil minum-minum di gerai St James's Park yang terletak di hadapan istana. Bila semua dah reda barulah kita masuk ke dalam pagar istana semula untuk bergambar dari dekat.

Dalam St James’s Park yang teduh nyaman.


Depan istana dalam cuaca yang sangat cerah.

Selesai semua urusan di Buckingham Palace kami berjalan kaki ke Victoria Underground Station sambil merakam gambar bangunan yang menarik sepanjang jalan. Kami naik tube dan turun di stesen Covent Garden dan sambung berjalan-jalan melihat kawasan.

Pondok talipon warna merah tidak berfungsi lagi. Depa biarkan sebagai hiasan sekitar kota London.  


Menunggu train di stesen Green Park.

Basikal pokok hiasan sekitar kawasan Covent Garden.






Walaupun baru masuk hari kedua di tempat orang, hubby dah mula rindu makanan Melayu. So kami ke Restoran Tokdin di London. Menunya sangat menarik. Rule no-1 adalah jangan convert harga. Hubby bayar £120 untuk 4 orang. Nampak macam berpatutan jika harganya dalam unit RM untuk 4 orang makan tapi kalau dah dalam unit £, tiba-tiba terasa hendak mengconvert. Dan sebagai ex-cikgu Math & Akaun haruslah makcik sibuk mencongak... £120 darab 5.7 equals to RM684, ternganga sekejap. Tapi bila tengok hubby rileks je swipe credit card kita pun cool down. Katanya apa salahnya sekali sekala belanja bini dan anak-menantu makan.

Clock wise: Ayam masak merah, udang masak lemak dengan rebung, kari ikan dan sup ekor.

Alhamdulillah, kenyang.

Usai makan kami menapak ke stesen Paddington untuk naik train balik hotel semula. Cuaca masih baik walau sedikit gerimis. Semoga hari esok lebih ceria. Aamiin. 🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian.😊

UK Trip 2025: London Big Ben & Tower Bridge

Ahad, 14hb September 2025

Hari ini hari pertama kami di UK. Malam tadi dalam flight saya dapat tidur agak lena dan makan pun kenyang. Kami mendarat di Heathrow Airport Terminal 4 dalam pukul 6:00 pagi waktu London. Oleh kerana waktu Subuh dah masuk dalam pukul 5:00 pagi, kami bersolat dalam pesawat sebelum flight mendarat.

Proses imigresen sangat laju kerana kami telah mendaftar (visa masuk) secara online sejak dari Malaysia lagi. Proses claim luggage pun laju. By pukul 7:00 pagi kami dah duduk sarapan di Costa Coffee Heathrow Airport. Usai sarapan kami simpan luggage di Hotel Premier Inn Heathrow. Hubby dah buat booking dua bilik hotel secara online dari Malaysia lagi.

Sebelum apa-apa, kita sarapan dulu.

Perancangan hari ini adalah berjalan-jalan sekitar London sahaja sementara menunggu waktu untuk check-in hotel. Untuk pengangkutan kami menggunakan public transport sahaja terutama keretapi (tube) bawah tanah. Sebelum itu kita top-up kad Oyster (macam touch & go) di vending machine. Kami naik tube Elizabeth Line ke Paddington dan singgah bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Wesminster pulak.

Paddington Station.

Kata orang, tidak sah kalau ke London tanpa mercu tandanya maka kita ambiklah gambar sekeping dua buat kenangan. Sambil tu kita teman anak menantu yang excited bergambar dan buat video. Cuaca hari ini agak berangin dan sejuk. Langit pun berawan, so tak berapa cantik untuk bergambar… namun kita berpada dengan apa yang ada sahaja buat kenangan.

Hubby depan Big Ben.

Kemain anak menantu mencari shot yang sesuai.

Tukar lense camera pulak.

London Eye.

Laluan subway ke Tower of London.

Setelah penat berjalan, perut pun mula lapar, kami singgah beli fish and chips di gerai berhadapan dengan Tower of London. Ada 3 buah gerai fish & chips di sini. Kita pilih kedai halal. Depa letak signboard tanda ‘halal’ depan kedai, so kita percaya sahaja.

Fish & chips yang yummy.

Tower of London.

Tower Bridge.

One for the memory.


Tiba masa untuk balik ke hotel semula, kami berjalan ke tube station dan berhenti di port yang menarik perhatian. Biasa la makcik bila nampak pokok bunga tetiba teringat pokok-pokok di halaman sendiri sambil snap gambar sekeping dua buat kenangan.


Red rose.

White rose.


Kemain makcik nak snap gambar bunga.😂

Kami tiba di hotel semula dalam pukul 3 petang, cukup masa untuk check-in. Hubby beli air dan sandwic dari Costa Coffee machine yang terletak di lobi hotel buat bekal malam nanti. Semoga mendapat tenaga untuk aktiviti seterusnya. Aamiin.🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian. 😊