Friday, 24 July 2009

Yummy,yummy kerapu stim.


"Ummi, naper dia colour hitam? Biasa kalau masak stim kan colour putih.." Pandai jer Dayah komen. Tak bagi makan kang baru padan. Dayah memang rajin tolong saya kat dapur. Suka jer kacau. Sebenarnya ini resepi modified khas untuk hubby dan anak-anak saya jer.
2 ekor ikan kerapu sederhana besar. [ beli kat pasar Selayang, siap siang dan cuci sekali]
3 batang serai dipotong.
2 labu bawang besar belah 8
2 biji lada besar masak dihiris
1 inci halia dihiris nipis
10 ulas bawang putih [lagi banyak lagi elok....buang angin]
Garam, sos tiram, asam jawa etc secukup rasa.
Masukkan semua bahan beserta ikan ke dalam kuali. Tambah sedikit air. Tutup kuali. Pastu jerang jer atas api sederhana. Lepas 5 minit balikkan ikan. Masak lagi 5 minit. Pastu siap. Makan panas-panas. Pasti licin.
"Sedaplah ikan nih.." Komen Dayah lagi. Tu lah jangan pandang pada luarannya. Hitam itu menawan.......

Mudah-mudahan mereka berjaya.

Semalam adalah hari kedua saya mengadakan PUI Mathematics PMR. Topic yang ingin saya tekankan hari tu adalah locus. Saya inginkan murid-murid saya mahir melukis locus sebab ia adalah soalan wajib. Lagipun rata-rata mereka mengatakan topic locus tu susah. Saya dah pesan supaya bawa semua peralatan untuk melukis locus pada minggu lepas lagi.
Setelah memberi tips menjawab soalan saya menyuruh mereka memulakan latihan. Malangnya ramai yang terkial-kial tak boleh nak lukis. Bukan sebab tak paham tapi tak ada peralatan.
" Sapa yang tak bawa protractor, berdiri sekarang....!" Saya mengeraskan suara . Hati dah mula panas dah. Masing-masing berdiri dengan muka selamba. Bila ditanya jawapannya standard. "Ana lupa cikgu."
"Ana tak dengar cikgu pesan."
" Protractor ana hilang cikgu.."
Saya dah panas hati tahap maksima. Saya bukan sakit hati dengan alasan yang diberi. They can give any reason they want. Yang saya panas hati tu adalah CARA mereka, to be precised saya geram dengan SIKAP mereka. Rata-rata menjawab dengan selamba jer. Ada tu macam bangga sebab tak payah buat latihan. Dari semua yang kena berdiri tu hanya SEORANG yang berkata. "Ana minta MAAF cikgu, ana tak dengar cikgu pesan hari tu."
Hati saya sejuk tetiba. Saya memang lemah kalau orang minta maaf. Rasa macam nak bagi jer A kat dia. Tapi dia terpaksa mengharungi sendiri PMR nanti. Apa-apa pun she's got my blessing. At least masih ada yang pandai berbudi bahasa. Bagi yang lain tuh saya amat berharap mereka akan berubah SIKAP kepada yang positif. Kejayaan akan bersama mereka setimpal dengan apa yang mereka usahakan.

Tuesday, 21 July 2009

Juara di hati saya.


Hari Sabtu yang lepas saya ke Sunway Pyramid. Bukan shopping tau. Tapi membawa 6 orang murid lower form menyertai kuiz Mighty Minds anjuran RHB-The Star. First time masuk program macam tu. Nervousnya mereka Allah saja yang tahu. Untuk qualifying round mereka kena jawap 20 soalan. Soalannya agak mencabar juga, merangkumi subject Science, Mathematics and General Knowledge. Anak-anak al Amin memang juara dengan subjects academic. But when comes to general knowledge...memang kena banyak pendedahan lagi. Walaupun tak qualify untuk hands on challenge saya tetap bangga dengan mereka.....
Credits to my hubby for pushing me to make that happen. Terimakasih juga sebab sudi jadi driver, plus teman saya sepanjang di Sunway Pyramid despite baru balik umrah, plus nak kena terbang ke S'pore pula keesokannya. Terharu lah pulak....
Apa-apa pun it was a good experience for me too. Menang ke kalah ke mereka adalah juara di hati saya.

Thursday, 16 July 2009

Bila ayah mereka pergi umrah



"Ummi apa plan kita? ..." Immediate respond dari puteri sulung saya.

Anak kedua dan ketiga biasanya tak kata apa-apa. Yang keempat akan senyum-senyum pada sibongsu..
"Yahoo... boleh tidur ngan ummi." Puteri bongsu saya tak akan lepas peluang tidur ngan saya bila ayah mereka keluar daerah. Biasanya yang the last two lah yang sibuk nak tido ngan saya. Nak jadi baby semula.
Saya..? seperti biasa, akan sentiasa resah sehingga hubby selamat pulang ke rumah.

Alhamdulillah hubby selamat pulang dari menunaikan umrah pada minggu lepas. Ramai yang bertanya kenapa saya tak ikut sama. Sedih tau!.. Hajat hati memang nak pegi tapi belum diizinkan Allah lagi.

Apa-apa pun saya bangga kerana dapat memberi ruang untuk hubby pergi beribadah. Alhamdulillah saya dapat settled kan hal-hal di rumah sepanjang hubby di Mekah. Ewah-ewah nak riak lah pulak. Mudah-mudahan semuanya diganjari pahala yang sewajarnya.....amin.






Saturday, 11 July 2009

Rumahku Syurgaku.


Semenjak dua menjak ni saya mendengar beberapa cerita tentang anak-anak sekecil 4-5 tahun nak lari dari rumah. Masa first time dengar cerita tu rasa agak kelakar. Wow! Advance betul budak zaman sekarang. Kecik-kecik pun dah pandai nak lari dari rumah. Yang best tuh kakak ngan abang dia siap tolong pack kain baju lagi. Ada pulak yang offer buatkan bekal takut adik kecilnya lapar nanti.

Alasannya...."Tak orang sayang adik kat rumah ni. Adik nak cari rumah lain."


Remeh jer kan alasan mereka........ Tapi bagi anak sekecil itu kasih sayanglah sebenarnya yang menyegarkan, menyuburkan dan menghidupkan mereka. Mereka hanya perlukan kasih sayang dari orang-orang yang bergelar ibu, ayah, abg, kakak dsb. Tapi agaknya orang-orang ini dah tak pandai nak berkasih sayang secara manual lagi. ( True,true nowdays semuanya nak pakai auto or perhubungan maya.... Or they have a weird way to show their love... sampai anak-anak itu tak faham yang mereka sebenarnya disayangi.)


Itu cerita kanak-kanak. Kes remaja yang lari dari rumah pula memang dah biasa kita dengar. Alasan yang sama...."Keluarga dah tak sayang saya.... Mereka tak suka saya..., apa saya buat semua tak kena. Mak asyik membebel jer. Ayah asyik outstation. Adik beradik lain semua baik. Saya jer yang jahat...." So kebetulan ada orang lain yang nak sayang dia (jantina lain ler masalahnya...) dia ikutlah sidia tuh. Aduh...cetek benor akal mereka.


Entahlah. Zaman berubah, manusia pun berubah agaknya. Seingat saya, masa kecik dulu tak pernahlah pulak rasa nak lari dari rumah. Walaupun rumah saya dulu tidak se gah rumah anak-anak sekarang, saya suka jer duduk rumah. Rumahku syurga ku.Kalau mak ayah membebel, buat pekak jer, ataupun angguk jer, ngaku jer kalau buat salah ( tapi saya jarang buat salah.. heheh.) Pastu mesti mereka belanja best-best...


Sebenarnya saya takut menghadapi perubahan zaman. Kalau zaman dulu saya hanya mendengar ada isteri yang lari dari rumah. Bila saya dah besar sikit saya mendengar remaja pulak lari dari rumah. Sekarang ini anak-anak kecil pulak yang pandai lari dari rumah. Semuanya sebab rasa tak disayangi. Nanti tidak mustahil anak-anak dalam kandungan pun minta jangan dilahirkan sebab takut tak akan dapat kasih sayang bila lahir nanti.....tulah agaknya dah banyak janin yang dah gugur dan digugurkan... Subhanallah!


Malam tadi semasa melihat anak-anak saya nyenyak tidur, saya terfikir adakah mereka juga pernah ada perasaan begitu. Na'uzubillah. Apa-apa pun saya sentiasa mengharapkan mereka sentiasa merindui syurga.....bermula dari rumah saya.

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...