Kami jarang buat apa-apa plan untuk birthday. Tapi sempena birthday hubby pada hari 7th December baru-baru ini tetiba pulak rasa nak staycation. So kami buat booking kat Hotel Perdana KL untuk satu malam. Bila dah jadi YB (yang bersara) walaupun tarikh hari lahirnya jatuh pada hari bekerja kami tiada masalah nak kena ambik cuti.
Kebetulan hubby ada program di Istana Sultan Perak kat KL regarding zakat Etiqa disebelah pagi maka kami decide untuk gerak ke hotel selepas solat Zohor. Sementara tu saya masak dulu untuk makan tengahari. Selebihnya saya bungkus untuk bawa ke hotel buat bekal.
Kami turun dari rumah dalam pukul 2.30 petang. Jarak perjalanan hanya memakan masa 30 minit sahaja. By pukul 3.00 petang dah boleh check-in dan masuk bilik di tingkat 27.
|
Kena check suhu sebelum masuk lif ke bilik hotel. |
Bilik hotelnya ala-ala apartment satu bilik siap dengan ruang TV/tamu dan ruang dapur serta peralatan memasak yang simple tapi lengkap dengan teko cawan pinggan mangkuk sudu garpu. Cukup la untuk dua orang makcik dan pakcik pencen.
|
Ruang dapur dengan stove dan peti ais dua pintu |
|
Ruang dapur bahagian sinki |
|
Bilik air simple. |
|
Ruang TV. |
Bila dah setel masuk bilik, kita pun bukak bekal repeat makan left over tengahari tadi. Banyak pulak makcik bawa bekal, tak salah untuk berjimat cermat dan banyakkan makan buah, katanya.
|
Bekal dari rumah. |
Lepas makan kami lepak-lepak dalam bilik sahaja sementara menunggu perlawanan bolasepak Malaysia lwn Vietnam (4-0). Dari tingkap bilik kami hanya nampak bangunan Tabung Haji yang terletak betul-betul di sebelah bangunan hotel.
|
Bangunan Tabung Haji dari tingkap bilik. |
|
Kemain makcik posing dalam lif nak turun ke lobi. |
Usai solat Maghrib kami turun berjalan kaki ke KLCC. Jaraknya hanya sepelaung so bolehlah tambah bilangan steps. Kami dinner di Serai@KLCC. Seperti biasa tekak Melayu haruslah cari nasi.... lagi pulak birthday boy (tua)... tekak Kelantan asli... mana maunya segala kek bagai. Hanya nasi yang dapat mengenyangkan, katanya.
|
Nasi kerabu ayam percik for birthday boy. |
|
Nasi putih dengan asam pedas Serai untuk saya. |
|
Tambah jus limau soda |
|
Mampu habiskan separuh sahaja sebab portion agak besar. |
Usai makan kami jalan-jalan tepi tasik melihat panorama malam yang dihiasi lampu. Kebetulan masih lagi dalam musim Krismas dengan replika pokok krismas depan pintu masuk Suria KLCC maka semua orang pakat berselfi dan wefi. Makcik pun tak lepas peluang... padahal nak pegang camera hp pun ke laut.
|
Ini sahaja gambar wefi yang paling decent. |
|
Lagi satu pose dalam lif... makcik baru nak up. |
Kami tiba di bilik hotel semula agak lewat malam. Rasa kelakar pulak bila dah tua baru ada peluang nak ambik angin malam. Masa muda-muda dulu dok sibuk kalut dengan anak-anak. Bila dah pencen ni dan anak-anak pun dah besar panjang barulah umi dan ayah dapat peluang mencari ketenangan. Esoknya pulak bersarapan di Cafe Binjai dengan mengabaikan segala pantang larang diet untuk sementara waktu. Kita nikmati apa yang disajikan dengan aman. Seperti biasa hubby akan pilih menu Melayu... dan saya akan pilih western food.
|
Fettuccine carbonara+sliced beef etc etc for me. |
|
Penuh pinggan tapi small portion je semua. |
|
Fruit salad |
|
Pastry.. saya pilih croissant. Comel je buatannya. |
Usai sarapan kami ke bangunan Tabung Haji yang terletak betul-betul di sebelah Hotel Perdana. Jalan kaki saja... morning walk katanya. Tujuan asal hanya nak setelkan urusan penukaran kad ATM Bank Islam yang dah nak expire hujung bulan Januari ini. Tapi bila masuk sahaja bangunan Tabung Haji ni tiba-tiba terasa rindu ingin mengunjungi rumah Allah sekali lagi... so kita lepak sekejap ambik feel dan berdoa semoga urusan haji yang entah bila nanti dipermudahkan Allah.
Alhamdulillah selesai staycation sempena birthday hubby cara orang pencen. Sebenarnya birthday tak birthday pun usia kita tetap meningkat dari hari ke hari... dan bakinya jugak makin pendek.
PS: Semoga dengan usia yang berbaki ini dapat dipenuhi dengan amal ibadat sebagai bekalan ke sana nanti. Amiin.