Wednesday, 25 November 2009

Boring, boring, boring


Sekarang tengah boring dok menunggu orang siapkan repair paip bocor kat toilet tingkat atas tu. Dah naik pening dengar dia dok menggerudi dinding nak cari bahagian paip mana yang bocor. Adus! Macamanalah orang boleh tahan kalau nak renovate rumah. Dah dekat 2 jam dah nih. Kejap lagi nak masak pulak... Apa la dok membebel sesorang. Tak patut betul. astaghfirullah... Saya kena bersyukur toilet atas tu tak runtuh. Kalau tidak lagi parah.

Monday, 23 November 2009

Congrats Prof...



Tahniah to hubby for the promotion. Before this cuma Prof Madya, tapi ramai je yang dah panggil prof. Now dah betul-betul professor barulah boleh panggil hubby prof. Jeles la ni...huhu.

Bangga sebenarnya. Sebab rasa macam ada contribution juga towards that. Hihi.. bak kata famous saying tu.." Behind every successful man there's always a woman." Dok kat belakang pun kira okay apa. Tulang belakang gitu. Haha...saja nak tumpang sekaki.

Apa-apa pun saya doakan hubby istiqamah dengan jalan yang dipilih. Lagi besar jawatan lagi besar amanah, so lagi besarlah tanggungjawab. Moga hubby cekal dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Ummi dan anak-anak akan sentiasa menyokong dari belakang. (Asyik kat belakang je!...)

Thanks for the hadiah and makan-makan etc. Best jugak ada orang naik pangkat nih. Lepas ni nak minta apa pulak ya...?

Sunday, 22 November 2009

Semangat tuh..

Tadi baru balik kursus MGI. Baru dapat suntikan or rather semangat baru untuk tahun baru. Nak kena renew azam yang belum tertunai tahun ni untuk tahun depan pulak. Azam saya?? Setiap tahun sama jer... nak buat yang terbaik dalam apa saja. Apa saja??
Malang pulak kursus tu clash ngan program Takrim sekolah rendah. So terpaksalah saya attend program sebelah pagi je, sebab petangnya nak kena tengok anakanda terima hadiah pulak. Kang kecik hati pulak kalau bonda tak ada.. Alhamdulillah walaupun hanya dapat attend program separuh jalan je, saya masih mendapat manafat yang besar. Selain berjumpa semula kenalan lama, saya dapat kenalan baru.
Perkara yang paling terkesan pada saya ialah menjadi guru perlukan banyak pengorbanan. Guru perlu menjadi pelajar pada masa yang sama. Penceramah memetik kata-kata William Hart ( siapa ya) " A great teacher inspires". Huhu..jauh lagi tu.
Apa-apa pun mudah-mudahan saya mampu melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan saya kelak. Mudah-mudahan juga ilmu yang saya curahkan bakal menjadi ilmu yang bermanfaat... Amin.

Saturday, 21 November 2009

Life is wonderful.

Ni baru ubah template baru. Kebetulan puteri saya tengah release tension (SPM) so bolehlah minta tolong dia design template baru. Sejak cuti ni asyik tak sempat je nak berblog sebab kena queue guna computer. Anakanda saya berebut-rebut masuk queue so terpaksalah saya ambik masa yang hujung-hujung jer.
Pagi tadi baru gi ambik report card anak saya yang darjah 1 dan 4. Alhamdulillah keputusan mereka memberansangkan. Insyallah akan terima anugerah sempena hari penyampaian hadiah sekolah esok. Yang saya agak suspen ni nak tunggu keputusan PMR and SPM puteri2 saya yang berdua tu pulak. Yang bujang lagi sorang tuh form 1, dapat result dalam 2 minggu lagi. Suspen jugak tu sebab sidia seorang ni hantu bola. Bab-bab belajar ni asyik tolak tepi jer..Huhu life is so colourful....
Apa-apa pun saya sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka...

Tuesday, 17 November 2009

Nervous weh..

Hari ni last day nak pi sekolah. Ada meeting guru je. Esok tu yang lebih penting. Adus! nervousnya saya mengalahkan budak nak ambik SPM. Ni lah orang kata, anak nak pereksa, maknya yang nervous terlebih. Paper BM ngan Sejarah pulak tuh.. Mudah2 an genetik ayahnya mengalir laju kat dia. [Kembang hubby I... ]
Apa-apa pun mudah-mudahan dipermudahkan Allah segala urusan dan mendapat balasan yang terbaik di sisiNya. Doa saya mengiringi semua anak didik saya terutama anakanda putri saya. May Allah helps you achieve your target. Tak lupa juga kepada bebudak kelas Prinsip Akaun saya. All the best in your SPM, target A+ in your Prinsip Akaun paper. Saya sayang kamu...