Rabu, 14hb Februari 2024
Dah masuk dua minggu (14 hari) kami di sini. Semalam singgah kedai cari barang dapur. Tetiba teruja tengok buah tomato bertangkai. Selama ini dok tengok buah tomato sebiji-sebiji, tetiba pulak rasa peghak. So saya ambik dan bayar harga £1.10 (RM6++) untuk 4 biji itu. Balik rumah, kita masak sup kambing (lamb) dan campak je buah tomato tu buat hiasan. Alhamdulillah done untuk makan tengahari di perantauan.
Buah tomato yang segar. |
Sup kambing. |
Done. |
Mudah je nak masak sup kambing. Saya beli bahagian rib yang dah siap potong, supaya mudah empuk. Saya rebus dan tambah halia dan bawang putih ketuk dan masukkan serbuk sup Adabi (bawa khas dari Malaysia). Lepas 10 minit saya tambah kentang yang dibelah empat. Bila semua dah empuk, saya masukkan buah tomato, daun bawang dan bawang goreng. Sebenarnya saya tak jumpa daun bawang macam kat Malaysia. Saya ganti dengan daun leek, sejenis pokok bawang jugak tapi bahagian bawangnya tak jadi bawang. Depa guna daun sahaja bubuh dalam stew dan soup. Bolehlah buat ghaso-ghaso.
Leek... dalam keluarga bawang juga tapi tak membawang. |
Siap dalam masa 20 minit. Angkat dan hirup panas-panas dalam cuaca sejuk. Alhamdulillah.
Semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua. Aamiin.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment