Selepas 5 minggu berhenti mengambil ubat kolestrol saya buat prick blood test di Farmasi. Seperti yang dijangka bacaan kolestrol saya naik semula kepada 6.88 hampir mencecah bacaan asal iaitu 7.
![]() |
Bacaan pada hari Selasa 29hb April 2025. |
Semasa fasa pengambilan ubat selama lebih lima bulan dari bulan Oktober 2024 hingga Mac 2025 bacaan kolestrol saya turun naik dalam julat yang selamat. Namun begitu bacaan gula dalam darah saya naik agak tinggi melepasi tahap selamat, mungkin kesan sampingan daripada ubat kolestrol. Memandangkan gula dalam darah sentiasa normal sebelum ini saya decide sendiri untuk berhenti makan ubat kolestrol. Lagipun saya tiada masalah darah tinggi atau masalah kesihatan yang lain maka saya bertahan dulu dengan masalah kolestrol bertuah ini. Bila berhenti pengambilan ubat kolestrol, bacaan gula dalam darah saya kembali normal dan dalam julat yang selamat.
So saya stop dulu pengambilan ubat kolestrol walau cuak bila mengingatkan pesan doktor. Tapi bak kata makcik saya… “Your body your choice…” Sebagaimana saya tak pernah impose apa-apa petua atau pantang larang kepada orang lain, saya sendiri pun tak suka main ikut-ikutan. Sekarang saya cuma tingkatkan azam untuk meneruskan cara hidup sihat dan makan dengan berhemah tanpa mengambil apa-apa ubat. Moga Allah mudahkan perjalanan akhir saya menuju yang kekal abadi. Aamiin. 🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment