Thursday, 26 January 2023

Cuti CNY: Day 1

Berkali-kali hubby buat planning bercuti satu keluarga sempena cuti CNY memandangkan tahun ini semua orang dapat cuti selama empat hari. Sebagai isteri mithali, kita layankan saja walau dah tahu tak akan cukup ahli dek masing-masing ada hal lain yang lebih perlu diutamakan. So sementara menunggu anak-anak yang free balik rumah kami layan diri sendiri dulu.

Sesi siang

Pagi-pagi hari lagi kami ke Taman Tasik Perdana. Hajat nak berjogging tapi sebaik sahaja dapat parking, hujan turun dengan lebatnya. So kami patah balik rumah lepas singgah beli nasi lemak buat sarapan dan berehat sambil menunggu anak-anak pulang di sebelah petangnya. By tengahari hubby tukar plan dan ajak ke KL. Walau agak pelik dengan cadangan nak meredah jalan jam pada hari Sabtu dalam rintik hujan, kita layankan sahaja hajat hubby nak jenjalan dengan isteri terchentanya ini.😁

“Kita parking kat Sogo, gi Jalan TAR. Lepas tu ngeteh kat Sadam, solat Asar dan jalan-jalan kat Sogo sambil tunggu anak-anak join dinner kat Bosphorus.” Sangat lengkap rancangannya.

Namun  benarlah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. 

Kami tak dapat parking kat Sogo sebab tersangatlah jam dan banyak kereta. Sebagai alternatif kami parking di Pertama Complex kemudian menapak ke Bangunan Mara, window shopping sambil cari baju batik hubby. Walau tak banyak pilihan kita berpada sahaja dengan apa yang ada. Selesai urusan di Bangunan Mara, kami pusing-pusing kat Jalan TAR. Makcik mula rasa tak selesa sebab orang ramai dan hujan mula turun. So kami masuk Kedai Buku Mukmin, kedai buku tertua yang masih bertahan hingga kini.

Sabar je redah trafik jam dalam renyai hujan.

Parking @ Pertama Complex.

Kemain soping.😁


Hiasan dinding laluan dalam Bangunan Mara.


Bangunan Pertama Complex

Kedai Buku Mukmin.

Usai membeli- belah kami singgah di Restoran Saddam. Penuh pulak. Akhirnya kami masuk Sogo tapi semua tempat makan pun penuh. Akhirnya kami setel di Coffee Pot, saya order pizza dan iced lemon tea. Cadangan untuk makan besar aka famili dinner di Bosphorus pun kami tukar jadi take away balik makan kat rumah sahaja dek hujan yang semakin lebat. Kesian pulak anak-anak nak datang meredah hujan dan jalan jam. Begitu sekali fikiran mak-ayah ini.😌

Hanya ada beberapa tempat duduk sahaja, memang tidak mencukupi untuk kami sekeluarga.

Salman smoked pizza.

Kopi Turki dan turkish delight. Depa bagi free sementara menunggu order siap.

Sesi malam.

Oleh kerana tiada apa-apa perancangan lain, kita keluar KL by night, girls only. Tetiba pulak suami-suami menantu saya nak ikut menyibuk. Bagus jugak ada drebar bawa mak keliling kota.😁

Kami tidak berlama-lama. Mostly melihat-lihat cahaya dari dalam kereta sahaja, kemudian pitstop di LaLaport dan balik rumah semula. 

Bangunan Public Bank dihiasi lampu malam.

KLCC.




Tangga luar LaLaport

Bekas tapak penjara Pudu.

Pintu gerbang asal Penjara Pudu.

Balai polis KL mengadap bekas tapak Penjara Pudu.


Ummi's  girls... missing Iman.😔

Sekian cerita cuti CNY pada hari Sabtu.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...