Tuesday, 31 January 2023

Cuti CNY: Day 4

"Jom... rasa nak makan sushi lah..." jarang benar hubby nak ajak makan selain makanan Pantai Timur. Walau rasa macam dah buang tebiat, kita turutkan saja. 

Kami ke Melawati Mall yang sepelaung sahaja dari rumah. Sebelum makan kita pusing mall dulu, cuci mata sambil berangan.πŸ˜…

@ SSF, Melawati Mall.


Benarlah... berangan itu percuma.😁

Dah puas berangan baru senang hati nak isi perut. Kami masuk Sushi King. Walau shushi bukanlah menu kegemaran saya, bolehlah kalau nak pekena sekali-sekala. 

Saya pilih kacang hijau kukus/rebus. Sedap jugak, ala-ala kacang rebus gitu. Nina pilih udang. Hubby pilih menu berasaskan ikan... salmon, mackeral dan apa ntah macam belut kot. Banyak yang sah-sah beliau tak lalu pun nak telan, in the end sayalah yang kena habiskan.πŸ™„


Selesai.πŸ˜‹

Jom bayar bil.

Maka tamatlah cuti CNY selama 4 hari. Semua pun dah balik ke tempat masing-masing. Tinggallah saya dan hubby meneruskan kehidupan.

Sekian.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...