Wednesday, 11 January 2023

Lunchdate @ Aeon Taman Maluri lagi & beli groceries @ Lotus Ampang.

"Jom lunch. Ambik awal sikit... lapar pulak..." dan seperti biasa saya akan keluar rumah, jemput hubby di tempat kerja dan terus ke destinasi makan-makan. 

Kami ke Aeon Taman Maluri untuk kesekian kalinya. Kali ini dah expert sikit nak cari parking. Lepas pick up hubby saya masuk semula ke jalan Sg Besi, buat U-turn kemudian exit ke jalan Jejaka 1. Walaupun masa lunch hour ni agak susah nak dapat parking, ditambah pulak ramai yang parking untuk naik MRT Maluri, tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki, memang tidak akan salah alamat. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Kami makan kat Restoran Selera Kelantan lagi. Sama je menunya so kita tak perlu ambik gambar lagi. Lepas makan kita mengopi dulu sebelum hantar hubby ke tempat kerja semula.



On the way balik saya singgah beli groceries di Lotus Ampang. Kat sini selalu ada pakcik-makcik offer barang untuk jualan.

“Beli keropok ni dik... tolong pakcik nak buat belanja anak sekolah..." 

“Anak sekolah kat mana?" Saja saya bertanya.

“Kat Pattani….” Panjang dia bercerita sebenarnya. Saya ambik sebungkus. Keropok Terengganu katanya. Harga RM15 sebungkus dalam 500gm. Walau tahu saya dah kena scam tapi kita layankan saja. Macam la kita tak tahu rupa keropok Terengganu. Kesian pulak tengok dia membawa sebeban keropok dalam guni.

Keropok tamban katanya. Cap pun pakai yang fotostat.

Buruk pulak rupa bentuk keropoknya.

Selepas digoreng... dah rupa keropok hangit.

Sebenarnya saya selalu kena scam kalau datang ke Lotus Ampang ni. Depa selalu tunggu kat parking lot dan target makcik-makcik comel. Kadang saya layankan saja sebab kesian. Kadang saya buat tak tahu je.

Keropok Terengganu asli beli kat Kemaman, masih banyak dalam simpanan.

Dinner masak sendiri, nasi putih ulam petai jugak yang paling best.

Sekian cerita lunch date kali ini. Next time kita fikir nak dating kat mana pulak.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...