Friday, 29 March 2024

60 Days In UK: Central Park Hotel & Iftar @Tukdin

Selasa, 26hb Mac 2024

Hari ini dah masuk hari ke-55 kami di bumi bertuah ini dan masuk minggu kedua kami di Southampton. Seperti minggu lepas, hari ini saya menemani hubby ke London lagi dan stay overnight sebelum berurusan di SOAS, University of London esoknya. Kami gerak dari Southampton dalam pukul 11:00 pagi untuk train ke London Waterloo pada pukul 12:00 tengahari. Oleh kerana kami merancang untuk solat terawih di Malaysia Hall, kami menginap di hotel yang berdekatan sahaja. Kalau minggu lepas kami menginap di hotel Queens Park, kali ini kami booking hotel Central Park, selang beberapa pintu dari Malaysia Hall. Depa benarkan untuk check-in awal tanpa caj tambahan so kami terus daftar masuk sebelum pukul 2 petang, sempat menonton perlawanan bola sepak live antara Malaysia dan Oman. Hubby tengok live streaming daripada laptop. Perlawanan di Malaysia pada pukul 10 malam. Walaupun kalah 0-2 tetaplah kita menyokong tanah air tercinta.

Kaunter daftar masuk di lobi hotel.

Kami booking bilik double tapi rezeki depa bagi bilik agak luas dengan katil extra so bolehlah berehat sebelum bersiap untuk berbuka. Hotel ini masih under construction dan renovation. So ada sedikit kekurangan di sana-sini.

“Takpelah… kita nak tidur satu malam je. Redha jelah…” Mudah sangat hubby berdamai dengan keadaan, so kita pun terimalah seadanya.


Selak je tirai, nampak batang besi construction di luar tingkap.

Bilik air yang selesa walau sedikit sempit.

Lif ada tiga, tapi satu je yang function. Satu dah berselubung dengan kain hitam dan satu lagi under construction.


Feature wall di kawasan tangga, nampak abstract dan menarik walau tak paham apa yang cuba disampaikan.

By pukul 5:00 petang kami keluar ke kedai makan Tukdin yang terletak di jalan Craven Hills dengan berjalan kaki. Tak jauh pun, berjalan lenggang kangkung selama 9 minit, dah sampai. 

Deretan rumah yang cantik di sepanjang jalan ke kedai makan.

Semasa kami tiba, kedai masih kosong tapi ada beberapa meja yang dah di pre-booked. Alhamdulillah depa masih terima walk-in. So kami terus masuk, duduk dan order makanan. Saya order nasi putih, sup ekor dan ikan (sea bass) goreng pedas sementara hubby ambik set nasi lemak dan tambah mee goreng mamak untuk moreh. Portion satu hidangan agak banyak, so lebihan makanan kami take away buat juadah bersahur pulak. Alhamdulillah tiada pembaziran.

Susun atur kerusi meja yang simple.

Depa bagi dua biji kurma (free) untuk dua orang.

Air mineral £3 (RM18) sebotol 350ml.

Bubur nasi, ala-ala bubur lambuk, free compliment sebelum depa siapkan makanan yang kita order.

Bubur nasi, yummy.

Sup ekor £15.90 (RM95)

Nasi putih, sup ekor dan ikan (sea bass) goreng pedas for makcik.

Nasi lemak for hubby £14.90 (RM90).

Alhamdulillah… done Iftar Ramadhan day 16.

Usai berbuka kami balik ke hotel untuk solat Maghrib sebelum solat terawih di Malaysia Hall.

Perangai makcik balik surau/masjid dengan telekung solat.

Esoknya kami hanya makan bersahur dengan left over iftar malam tadi. Lepas itu bersiap sedia untuk keluar bersiar-siar di Hyde Park sebelum balik ke Southampaton semula.

Left over nasi, ayam goreng dan ikan goreng pedas.

Semoga kita sentiasa dikurniakan keafiatan dan dimudahkan urusan di dunia dan akhirat. Amiin.

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...