Sunday, 24 March 2024

60 Days in UK: Kew Bridge & River Thames

Sabtu, 9hb Mac 2024

Hari ini dah masuk hari ke-38 kami di London. Sejak berpindah ke rumah sewa ketiga ini kehidupan agak tenang sedikit dan hubby ada banyak masa untuk membawa isteri terchentanya keluar bersiar-siar. Kali ini kami keluar berjalan kaki menyusuri tebing Sungai Thames di Kew Bridge, ke kawasan Kew Pier hingga ke Kew Botanic Garden. Awal pagi, langit cerah dan cuaca agak nyaman. Masa kami bersiap nak keluar pada pukul 9:30 pagi, tetiba pulak langit mendung dan berangin. Namun begitu kita teruskan juga perancangan sambil berjalan santai-santai.

Kew bridge yang menghubungkan kawasan sebelah sini (Hounslow) ke Richmond.

Dalam cuaca yang kurang menarik.

Pokok masih dengan ranting tanpa daun.

Jinak pulak nampak itik ni.

Kawanan itik yang kelihatan sangat jinak.

Burung merpati pun turut serta.

Kami berjalan kaki menyeberangi Kew Bridge hingga ke seberang sungai. Suasana agak tenang. Ramai juga pejalan kaki yang membawa anjing bersiar-siar. Saspen juga bila berselisih jalan dalam cuaca yang agak suram begini, takut tergesel dengan makhluk yang basah lembab terpaksa pulak nak kena sertu. 

Atas Kew Bridge.

Kawasan perumahan di sini agak tersusun, nampak kemas dan up-class sedikit. Sepanjang deretan rumah akan ada kawasan laman yang dipenuhi dengan hiasan laman dan pokok bunga. Sungguh, saya sangat teruja dengan rimbunan bunga-bungaan di sepanjang jalan. Sempat lah makcik menumpang ambik gambar kenangan dengan nikmat Allah nan satu itu.

Bunga magnolia.

Cherry blossom.

Lepas penat berjalan kita berehat sebentar melepaskan lelah. Berjalan dalam cuaca sejuk dan berangin ni memang banyak menggunakan tenaga dalaman. So from time to time kita ambik nafas untuk re-charge tenaga.

Sepi wefi dulu.

Kami mengatur langkah lagi hingga ke Kew Garden. Dah lama teringin nak melawat ke sini tapi memandangkan terpaksa berjalan kaki dalam kawasan yang luas, kita surrender awal-awal lagi. Lagipun makcik cuma berminat nak tengok pelbagai jenis bunga ros, dan waktu paling sesuai adalah musim panas (Summer). Oleh kerana sekarang baru nak masuk musim Spring, pokok-pokok bunga ros baru nak mengeluarkan kudup bunga, so rasa macam tak berbaloi pulak dengan bayaran masuk yang mahal.

Ambik aura depan pintu masuk Kew Botanic Garden.

Setelah penat berjalan lebih 10000 langkah, ayuhlah kita balik berehat di rumah pulak. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Amiin.

Sekian.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...