Dah lama saya tanam pokok lidah jin ini. Sejak pindah ke sini lebih 10 tahun yang lepas pokok inilah yang menjadi hiasan laman saya. Selain mudah diselenggara pokok ini memenuhi ciri-ciri kegemaran saya... hijau, tiada daun-daun gugur nak kena sapu, tidak manja dan senang dijaga. Saya tanam dalam pasu, bila dah merimbun saya pecahkan jadi beberapa pasu. Bila dah banyak sangat saya akan hadiahkan pada kawan-kawan. Yang mana tak perlu, kita buang saja. Masa musim PKP haritu saya mula tanam atas tanah di halaman rinduku dan membiak dengan jayanya.
Dah lama juga saya tidak turun ke laman dimalam hari. Tanpa disangka pada suatu malam yang indah tiba-tiba kelihatan ada bunga di celah-celah daun. Selama ini tiadalah saya tahu yang pokok lidah jin ni boleh berbunga. Lebih sepuluh tahun bersama tidak pernah kelihatan walaupun sekuntum. Jakun pulak tiba-tiba...😄
Cantik pulak kejadian di malam hari.🥰 |
❤ |
Esok siangnya... nampak biasa sahaja. |
Merimbun dalam pasu. |
Banyak lagi dalam pasu keliling rumah. Katanya baik untuk eko sistem dan kesegaran udara, so kita tanam banyak-banyak.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment