Sunday, 26 February 2023

Cucur kucai buat sarapan

Pagi tadi turun ke laman. Tetiba pulak rasa nak togelkan pokok daun kucai. Ada pun sepasu sahaja. So saya potong semua tinggal tunggulnya dalam seinci. Daunnya saya potong kecik-kecik, tambah hirisan bawang holland, ikan bilis, garam dan sedikit gula. Last sekali masukkan tepung dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan 10 minit. Lepas tu goreng.... jadilah cucur buat sarapan pagi tadi.😊

Daun kucai segar dari ladang.

Biarkan adunan 'set' sebentar.

Sepinggan cucur buat sarapan.

Kucai yang togel.

Mudah-mudahan pokok kucai akan tumbuh segar untuk kegunaan dibulan puasa nanti. Aamiin.

Sekian. 😊

No comments:

Autumn in Tokyo: KLIA2-Myoden, Ichikawa

Day 1: Sabtu 29th November 2025 Semalam kami keluar rumah naik Grab Car pada pukul 10:00 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 11:15 pagi. Terus dro...