Thursday, 9 February 2023

Lunchdate @ Restoran Emak Engku lagi

Haritu dah pernah lunchdate dengan hubby di sini.

Ceritanya di sini.

Kali ini kita repeat lagi sebab kebetulan nak cepat dan kedai ini dekat dengan tempat kerja hubby dan mudah nak datang. Selain ruang terbuka, depa juga sediakan ruangan berhawa dingin. So kali ini kita cuba duduk di ruang sini pulak. 

Hubby makan nasi biryani. Malas nak masuk dalam gambar.

Saya ambik ikan cencaru bakar, pajeri nenas, ikan kering dan ulam. Total RM26.

Lai chee kang sedap. RM6.

Biasanya kalau makan menu kampung terutama ikan bakar, saya lebih suka makan di tempat terbuka. Ada kipas pun dah cukup... feel dia lain sikit, rasa macam ala-ala makan tepi bendang dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi kali ini kita lupakan kenangan lama dan hidup dengan masa sekarang. Sambil makan sambil borak dengan tenang… sesuatu yang jarang saya sempat buat dek kekangan masa menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Sekarang ni anytime hubby ajak ke mana-mana saya on sahaja. 😌

Sekian.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...