Showing posts with label Over coffee. Show all posts
Showing posts with label Over coffee. Show all posts

Tuesday, 5 December 2023

Tea Break @Tim's Teapot

"Jom Tim's Teapot".

Sejak dua menjak ni rajin benar hubby ajak keluar mengeteh/mengopi. Kedai Tim's Teapot ni pun dah lama tersenarai dalam list of places for ngeteh. Dah beberapa kali kami ke sini dan menu pilihannya memang tidak mengecewakan. Parking pun mudah.

Lemongrass & Ginger Tea for makcik dan saya suka bekas teh itu.

Meatball spaghetty, also for makcik.


Berries Tea & Tuna Sandwic for hubby.

Sambil makan kita sembang tentang planning untuk ke UK tahun depan. Nak beli flight ticket, nak booking lodging, nak going places, nak packing luggage... etc, etc.

"Nanti kat UK bolehlah try English Tea pulak...". Begitulah. Dan yang pasti berangan itu percuma.

Moga Allah mudahkan.

Sekian.😊

Thursday, 30 November 2023

Coffee @Locca Cafe & Jalan-jalan @Datum Jelatek

Minggu lepas, asalnya hubby ajak ke KL East, tapi kita tukar fikiran di saat akhir bila fikirkan traffic jam masa nak balik nanti. Kita ubah haluan ke AEON Setiawangsa dan singgah di Kedai Ayam Penyet Bes for late lunch sebelum nak beli groceries di Pasaraya AEON Mall. 

Entah kenapa hidung saya tak boleh tolerate dengan bau yang menyusuk kalbu dari d'Laksa maka kami ubah haluan lagi. Cancel planning nak beli groceries di AEON Mall. Usai makan nasi kita ke Datum Jelatek pulak. 

Licin. Dah siap makan baru teringat nak ambik gambar.

"Dah setel kerja, boleh la keluar jalan-jalan..." dan jalan-jalan kami haruslah di sekitar kawasan jajahan sahaja.

Target nak beli groceries di The Food Merchant.

Kami tiba di Datum Jelatek dalam pukul 4:00 petang. Keadaan agak tenang dan parking pun mudah. Olek kerana baru lepas makan tadi, maka seharusnya lah kita mengopi pulak. Biasa la, bila dah umur pencen ni makin terikut-ikut perangai nak kena minum air panas selepas makan. Kali ini kita ke Locca Cafe. Saya ambik hot Caramel Latte sementara hubby setia dengan hot Americano. Usai mengopi baru boleh jalan-jalan cari groceries dengan senang hati.




Caramel latte for makcik & Americano for hubby.

Hubby akan tambah pastry, as always.

Over coffee, kita sembang tentang kehidupan selepas semua anak-anak dah terbang dan berjaya dalam hidup masing-masing. Semoga mereka tidak lupakan Ummi dan ayah dan sentiasa menyelitkan kami dalam setiap doa mereka. Aamiin.

(*Walau katanya dah pencen, hubby masih aktif membuat kerja-kerja freelance terutama dalam memartabatkan Shariah Audit di bumi Malaysia yang terchinta ini.)

Sekian. 😊

Coffee @Century Bru Coffee & Follow-up Mata @Pusrawi.

Hari ini teman hubby for another follow-up di Pusrawi, KL. Sebenarnya temu janji ini dah tertangguh beberapa kali. Saya pun dah lupa bila tarikh  temu janji yang asal. Mungkin dah lebih 4-5  bulan yang lepas. Tapi disebabkan hubby pun tak komen apa- apa masalah, so kita take our own sweet time bila rasa nak jumpa doktor.

Kami gerak dari rumah dalam pukul 8:30 pagi dan tiba di hospital dalam pukul 9:00 pagi. Seperti biasa kami parking di Basement 2 dan naik tangga ke lobi hospital. Kemudian naik tangga besar ke tingkat atas untuk register. Lepas tu tunggu depa panggil untuk bagi nombor giliran berjumpa doktor. Selepas 20 minit menunggu depa panggil dan kami dapat nombor 24006 untuk berjumpa Pakar Mata, Dr Barkeh. (Kami giliran ke-6). 

Sementara menunggu giliran kita minum dulu. Kami turun ke lobi semula dan memilih mengopi di Century Bru Coffee

Apple Danish for makcik.

Dalam pukul 10:00 pagi kami naik semula ke tempat menunggu. Kali ini kami tidak menunggu lama. Dan dalam masa lebih kurang 30 minit selesai semua urusan.

"Everything looks okay. Keep on taking Ganfort and we'll be seeing you on a longer note.... may be six months". Alhamdulillah.

By pukul 11:00 pagi kami dah balik rumah semula dan boleh menikmat roti sarang lebah yang dibeli dari kedai serbaneka yang terdapat di lobi hospital.

RM8 sebekas.

Over coffee, kita sembang tentang hari tua... siapa yang akan jaga siapa nanti. Tak kisahlah Minah mati dulu ke Do mati dulu. Mudah-mudahan kita akan tua bersama dan kekal sihat hingga ke akhirnya. Aamiin.

*Ganfort ialah ubat mata yang kami beli dari Farmasi every month. Gunanya untuk mengurangkan tekanan pada mata dengan meletakkan setitik dalam mata kiri dan kanan setiap malam sebelum tidur. 

Sekian.😊

Thursday, 16 November 2023

Coffee @Gloria Jean's & Jalan-jalan Cari Laptop.

Saya jarang ke Wangsa Walk kerana memikirkan ianya adalah tempat untuk orang-orang muda. Masa anak-anak kecik dulu selalu jugak kami datang ke sana. Tapi sekarang dah banyak alternatif mall yang wujud di sekitarnya maka kami memilih mall yang lebih 'orang-pencen-friendly'. Bila hubby ajak survey komputer riba baru-baru ini, despite apa yang saya fikirkan maka Wangsa Walklah tempat utama untuk dituju. Rupa-rupanya ramai je pengunjung yang dah terlebih usia. Ada yang datang berdua (macam kami), ada yang datang bawa keluarga tapi majoritinya adalah orang-orang muda. Mungkin sebab di sini ada panggung wayang, karaoke, bowling serta banyak pilihan kedai makan. Kami singgah late lunch di JM Biryani Gam. Portionnya banyak untuk seorang, so seperti biasa, saya bungkus untuk sambung makan di rumah pulak. Lepas tu haruslah mengopi dulu sebelum meneruskan aktiviti pencarian laptop hubby. Kami lepak minum kopi di Gloria Jean's.

Americano for hubby, Caramel latte for makcik.

Done secawan.

Over coffee kita sembang pasal laptop dan sebagai isteri mithali, saya menurut sahaja semua perancangan.

“Hari ni kita survey je dulu. Nanti lain kali kita datang beli betul-betul...”  

Saya ambik gambar dan spesifikasi beberapa model yang hubby dah pilih buat shortlist. Until next time, moga Allah mudahkan.

Sekian.😊

Saturday, 11 November 2023

Naan & Tandoori @ Restoran Craven Cafe.

"Jom ngeteh..."

Jarang benar hubby ajak keluar ngeteh petang-petang. Dulu sebab sibuk kerja so tak ada masa nak keluar melepak petang-petang. Sekarang ni, bila dah tak ada commitment, anak-anak pun semua dah terbang, boleh la kita penuhi masa dengan melayan permintaan suami. Anytime ajak keluar makan... kita onz sahaja.

Nan cheese for makcik.


Di kawasan perumahan ni banyak tempat makan yang menarik. Kali ini kita ke kedai mamak, Craven Cafe,  Bukit Antarabangsa pekena ayam tandoori pasangkan dengan roti naan. Saya ambik naan cheese tapi portion dia agak besar. Saya hanya mampu habiskan separuh sahaja, selebihnya boleh bungkus bawak balik, sambung buat sarapan esoknya.

Tiada topik berat yang dibincangkan, hanya berkisar tentang kehidupan harian yang mula berubah sejak anak-anak dah tiada di sisi.

Sekian.😊

Family Lunch Date @Rembayung

Rabu 21hb Januari 2026 Sejak dibuka awal bulan ini bukan main lagi anak-anak dok battle untuk dapatkan slot untuk makan di Restoran Rembayun...