Jumaat, 19hb September 2025
Hari ini hari ke-6 kami di UK. Cuaca hari ini agak berawan dengan suhu 18°C serta nyaman. Pagi ini saya bangun awal lagi dan bersarapan dengan strawberry dan susu segar. Sejak dulu saya memang suka minum susu segar pagi-pagi.
 |
Strawberry dan segelas susu segar. |
By pukul 7:30 pagi kami dah bersedia untuk menemani anak no-2 ke dewan peperiksaan yang diadakan di Sheffield Hallam University at English Institute of Sports yang bermula pada pukul 8:00 pagi. Tempatnya hanya walking distance sahaja dari hotel tempat tinggal kami. Dalam masa 5 minit kami dah tiba di depan pintu dewan.
 |
Sambil menikmati pokok yang mula menguning dimusim luruh. |
 |
Suami terchenta yang sentiasa di sisi. |
 |
Of course ada Ummi dan ayah sebagai tulang belakang. |
Selepas anakanda masuk ke dewan exam, kami jalan-jalan cari kedai kopi sementara menunggu depa selesai periksa untuk sesi pagi. Mengikut Pakcik Google, ada kedai kopi tak berapa jauh, dalam 750 meter dari dewan periksa. Maka ayuhlah kita menapak dalam cuaca yang sangat nyaman ini.
 |
Bangunan kedai kopi yang astetik. |
 |
The Library Cafe nama kedainya. |
 |
Orang lain minum kopi namun saya selesa dengan hot chocolate. |
 |
Walau muka nervous tetaplah kena isi perut. |
Usai mengopi kami patah balik ke dewan untuk menunggu anakanda selesai exam sesi pagi. Kemudian sama-sama berjalan balik ke hotel untuk lunch. Hubby dah siap order nasi chicken mandy dan lamb mandy via Uber Food untuk lunch. Usai makan dan berehat sebentar, anakanda ditemani menantu pergi ke dewan exam untuk sesi petang pula. Saya dan hubby hanya mengiringi dengan doa sambil berehat di bilik hotel. Bila selesai peperiksaan pada pukul 4:00 petang kami semua dah sedia menunggu di luar pintu dewan. Anakanda dah buat yang terbaik. Apa sahaja keputusannya kita serahkan pada yang Esa.
 |
Muka lega lepas dah habis periksa. |
Saya dan hubby membiarkan anak-menantu meraikan kelegaan lepas habis periksa sendiri. Sementara mereka merakam kenangan di Sheffield, saya dan hubby balik berehat di bilik hotel. On the way balik tiba-tiba ternampak bangunan Bank Natwest yang mengimbau kenangan semasa saya A-level back in 1985 dahulu. Namun biarlah kenangan itu tersimpan rapi.
 |
Bangunan bank yang masih hidup hingga kini. |
Kami tiba di bilik hotel semula sebelum waktu Maghrib. Suhu pada petang hari agak panas menjangkau 20°C, so eloklah makcik dan pakcik berehat bagi mengumpul tenaga untuk perjalanan esok hari pula. Semoga semuanya berada dalam keberkatanNya. Aamiin.🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment