Thursday, 30 October 2025

Pokok Kemboja & Melur Kubur

Dah lama saya perhatikan pangkal batang pokok kemboja depan rumah ini. Kesian melihat batangnya luka-luka dek hentaman mesin rumput pakcik pemotong rumput. Keliling pangkal pokok kemboja tu memang subur dengan rumput. Saya dah pesan banyak kali supaya rumput itu dicabut pakai tangan. Tapi kadang-kadang mungkin dia malas dan nak senang kerja... dia tibai dengan mesin sahaja. Maka makin banyaklah luka-luka di kulit batang pokok itu. 

Pangkal pokok kemboja yang menyedihkan.

Semalam saya ada lebihan masa untuk berfikir tentang halaman rindu ini, maka saya ke nursery pokok di tepi hiway MRR2. Dekat je dengan rumah saya. Saya beli anak pokok bunga melur kubur sebanyak 5 bekas dan tanah-tanih secukupnya. 

5 anak pokok melur kubur, nampak cantik pulak bila letak rapat-rapat.

Tanah hitam, tanah merah dan tanah baja.

Dan dipagi hari yang hening ini kita teruskan aktiviti memproses kawasan pangkal pokok kemboja di halaman. Kita alih batu-bata dan cangkul buat lubang keliling pokok. Kemudian susun anak-anak pokok melur ke dalam lubang, tambah tanah dan susun semula batu-bata sekelilingnya. Akhir sekali kita siram dengan air secukupnya.

Kita susun buat tanda dahulu.

Siap.

Nampak macam mudah sahaja tapi jenuh jugak dengan kudrat tenaga yang tinggal sisa ini. Apa-apa pun kita berbangga dengan diri sendiri. Setel keluarkan peluh hingga ke kaki. Semoga pokok melur kubur ini membesar dengan sihat menjadi penyubur kepada pokok kemboja nan sebatang ini. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada tuannya juga. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Autumn in Tokyo: KLIA2-Myoden, Ichikawa

Day 1: Sabtu 29th November 2025 Semalam kami keluar rumah naik Grab Car pada pukul 10:00 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 11:15 pagi. Terus dro...