Wednesday, 24 August 2022

Sepagi di Hotel Zenith, Putrajaya. (Teman temu duga kerja)

Bila hubby ada program di Putrajaya lagi, kita pun sambung excited. Seronok pulak nak jadi isteri cerdik dan solehah... penyejuk hati, penajam fikiran... di rumah dia isteri, di jalanan kawan... pabila kita buntu dia penunjuk jalan...🎵🎵😊

Sebenarnya ini cerita lama. Sejak bulan Mac 2022 lagi. Tapi dok simpan buat pekasam. Ceritanya hubby dapat interview kerja tapi sebab nak tunggu result interview dulu sebelum nak cerita apa-apa akhirnya terlupa. Cemana ntah tetiba ada rezeki orang suruh apply kerja kosong kat KUPTM hari tu. Kebetukan tengah takde nak buat apa (baca: pencen), so hubby pun sesaja test market. Alhamdulillah depa panggil interview selepas beberapa sesi interview online.

Zenith Hotel Putrajaya.

Banyak rupanya program kat hotel hari ni.

Hubby punya giliran nombor 6. Kami tiba dalam pukul 10.35 pagi. Kalau dikira congak tolak tambah giliran hubby mungkin pada pukul 11.30am. Sementara menunggu giliran kami lepak minum sambil hubby prepare apa nak jawab masa interview nanti.

Hiasan hotel yang unik.

Cafe latte as always



Member muka nervous. 

Sementara hubby pergi interview makcik ronda tengok kawasan. Masuk toilet je pun… tapi sebab takde orang maka kita selpi macam orang muda. Lepas tu sambung  termenung kat coffee house semula.

Bersih dan cantik bilik airnya.



10.35am-12.54pm sahaja.

Alhamdulillah interview hubby berjalan lancar dan hubby dapat menjawab soalan yang diajukan dengan jelas dan yakin. Sebagai isteri mithali haruslah makcik rasa bangga dan mengharapkan hubby dapat masuk kerja semula bagi menghilangkan kebosanannya duduk rumah. Padahal makcik yang penat nak melayan…😆💟

Usai urusan temuduga kita jalan- jalan cari lunch pulak sambil snap-snap gambar dari dalam kereta sahaja. Malas makcik nak menjakun ditengahari buta.



“Rasa macam lulus je… Insya Allah ada reseki dapat kerja ni… “ teruja pulak dengar hubby sangat confident.

Insya Allah… aamin.

… Dan pada pertengahan bulan Jun 2022 baru-baru hubby masuk kerja semula. Maka berakhirlah makcik bergelar bini orang pencen. Now back to makcik pencen semula… 😀

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...