Thursday, 25 August 2022

Medical check-up untuk masuk kerja

Lepas dah komfem hubby terima kerja yang ditawarkan hari tu maka bermulalah sesi things to do before masuk kerja. Pertama sekali kena isi dan hantar borang penerimaan ke ofis KUPTM di Cheras. Lepas tu kena buat medical check-up. Makcik rasa macam dejavu pulak sebab sebelum ini dah banyak kali melalui sesi perjalanan masuk kerja untuk hubby dan anak-anak. So setakat nak teman pi medical check-up tu small matter sahaja.

Mengikut borang medical check-up tu, kami kena berurusan di klinik atau hospital kerajaan sahaja. Yang paling mudah adalah ke Klinik Kesihatan Cheras. Tapi kena buat appoinment online dahulu. Depa akan bagi tarikh dan masa yang sesuai. 

Tenang sahaja.

Temu janji kami pada pukul 3:00 petang. Usai solat zohor kami terus gerak dari rumah. Waktu kami tiba keadaan sangat tenang. Parking pun mudah. Terus beratur untuk berurusan di kaunter saringan. Depa check appoinment dan go through borang medical check-up untuk pastikan semua butiran lengkap diisi.

“Kena buat test dadah dulu ni Encik… tapi kat klinik sini takde servis. Encik kena buat kat Klinik Medivron… paling dekat kat Permaisuri. Bila dah dapat result boleh datang jumpa doktor.” Gitu pulak kisahnya. Maka kami pun ke klinik sana. Parking pulak takde. Sudahnya saya drop hubby sahaja dan double park tepi jalan sambil melepak dalam kereta.

Me-time๐Ÿ˜

Rasanya depa buat ujian air kencing dan test darah. Alhamdulillah semua berjalan lancar walau memakan masa selama 45 minit. Depa caj RM80. Lepas itu kami ke Klinik Kesihatan semula. Kali ini parking mula penuh tapi rezeki kami dapat menyelit. Alhamdulillah.

Result ujian dadah… macamana entah nak baca… tapi doktor kata semua okay.

By the time kami sampai ke kaunter pendaftaran jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Kena isi borang pendaftaran dan bayar RM1 untuk pendaftaran dan RM20 untuk urusan medical check-up. Jumlah bayaran, RM21 sahaja.


Resit bayaran.

“Murah sangat caj klinik kerajaan ni… singgit je. Medical check-up RM20… hmm beza sangat dengan test dadah tadi… sampai RM80.” Mulalah makcik mengomen.

Check tekanan darah dulu.

Unit patologi untuk check air kencing.

Dah kosong.

By pukul 5.30 petang klinik pun dah kosong. Kami orang terakhir keluar dari klinik. Alhamdulillah tahap kesihatan hubby memuaskan. Minggu seterusnya dah boleh masuk kerja. ๐Ÿ˜Š

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...