Wednesday, 29 September 2021

Semalam di Sekeping Jugra.

"Ummi nak cuti kat mana?" Sejak pkp dilonggarkan ini seronok pulak anak-anak nak bawa Ummi jenjalan. Nak belanja Ummi katanya.

Dan bila saya kata tak kisah memana asalkan dapat berkumpul semua orang senang pulak depa pilihan... tapi surprise. Maka pada hari yang dijanjikan berkonvoilah kami 4 buah kereta ke destinasi yang dirahsiakan. Selepas 30 minit perjalanan dari rumah kami tiba di lokasi pilihan. Memang surprise sungguhlah Ummi depa yang terchenta ini. Walau dalam hujan lebat kami tiba depan pagar airbnb Sekeping Jugra dengan selamatnya. Alhamdulillah.🌹

Mula-mula masuk tu menung jugak la bila melihat keadaan ruang tamunya. Konsep rustic katanya... menggunakan bahan-bahan bangunan asal yang lama ala-ala kitar semula.

Kerusi rotan zaman bila entah.

Dinding dengan frame tingkap asal tanpa cat.


Depa gunakan pintu kayu lama ganti plaster ceiling.

Yang menariknya, depa ada sediakan koleksi buku-buku lama di rak-rak buku sebagai bahan bacaan.

Ruang bacaan dengan lampu dan kerusi daripada besi.

Ruang terbuka di sebelah ruang bacaan... sesuai untuk ruang merokok, mungkin. 

Rak buku di laluan ke bilik tidur.


Depa dah buat sebagai buku pinjaman sejak tahun 1962...


Sinki bilik air yang 'rustic'.

Dapur pun depa guna konsep terbuka. Kami bawa dapur memanggang elektrik dan bekalan kambing perap untuk buat kambing bakar. 

Chef in action... goreng fries dan bakar kambing.

Tarikan utama tempat ini adalah swimming pool dan pokok hiasan. Back to nature katanya... sesuai untuk mereka yang suka bergambar dan berposing.

Swimming pool dengan kedalaman 1.2 meter, sesuai untuk orang dewasa sahaja.


Sesuai untuk berposing.

Makcik buat spot check dulu sebelum terjun kolam.

Bilik bersiram selepas mandi kolam.

Air kolamnya berbau klorin yang sangat kuat. Tapi kita peduli apa... dah namanya nak bercuti dan bergembira-ria dengan anak-anak so kita terjun kolam ramai- ramai puaskan hati sendiri.


Cucu-cucu duduk tepi dulu.




The girls..🥰

Dah habis mandi-manda bolehlah kita snap-snap gambar pulak. Sesuai untuk makcik yang suka nature.😊







Kami sewa the whole area untuk satu hari satu malam. Untuk makan minum kita guna grab dan foodpanda sahaja. Alhamdulillah cukuplah staycation untuk satu family 10 orang anak menantu plus dua cucu. Mudah-mudahan ikatan dan kasih-sayang keluarga kekal hingga ke syurga.🌹

PS: Sekeping Jugra, adakah akan repeat lagi? Mungkin tidak.😁

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...