Thursday, 30 September 2021

Cempedak goreng

Dah tiga hari buah cempedak ni tersadai atas meja belakang rumah. Saya beli di gerai berdekatan rumah. Depa jual timbang kilo. Sekilo RM6. Memandangkan tiada sapa di rumah saya ambik sebiji sahaja. Berat 2 kilo.

Kata orang kalu nak beli cempedak, pilih buah yang cekang bulat. Tapi saya tengok semua sama je. So saya ambik yang paling dekat. Betullah... bila dibelah... bahagian yang kurang cekang tu memang tak ada isi berbanding dengan bahagian yang cekang padat.


Selepas diselak-selak dapatlah ulasnya dalam semangkuk besar... ada dalam 50 ulas.

So kita bancuh tepung beras dengan air kapur. Tambah sedikit garam dan kunyit... celup buah cempedak dan goreng dalam minyak yang banyak. Saya goreng cukup-cukup untuk makan sahaja. Selebihnya saya masukkan dalam tupperware dan simpan peti sejuk.

Alhamdulillah cukuplah buat minum petang orang pencen suami isteri. Tak berani nak makan banyak sebab takut berangin satu badan. Almaklumlah... dah usia lebih setengah abad ni nak kena berhati-hati dengan pemakanan.

Sama banyak isi dan biji.

Masa kecik-kecik dulu selalu makan biji cempedak rebus tanpa masalah angin. Tapi sekarang terpaksa tolak tepi.

Bijinya sedap.. rasa ala-ala buah berangan.

Esoknya anak-anak semua balik untuk staycation.... maka saya sambung goreng buah yang disimpan semalam. Alhamdulillah dapat share dengan anak beranak pulak.

Gorengan kedua.

Sungguh benar kata orang... air tangan sendiri lebih berkat. Makan banyak mana pun badan masih maintain tanpa angin. Lebih-lebih lagi bila makan bersama keluarga. Alhamdulillah. 🥰

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...