Semalam hubby dapat cenderahati lagi. Pejabat Pendaftar hantar sejadah Rawdhah beserta bunga segar. Saya tukang excited sahaja... tumpang seronok tengok orang dapat hadiah.
Bunga-bunga segar tu depa cucuk dan hias atas kotak. Dalam kotak tu depa penuhkan dengan span basah.
Bila cabut bunga-bunga tu semua batangnya pendek kemetot. Saya longgokkan atas meja. Nak dibuang sayang pulak tapi tak tahu macamana nak letak dalam vase.
Akhirnya makcik labu susun je dalam mangkuk yang sesuai. Lepas tu tuang air sekadar mencecah batang yang ada.
Kita guna mangkuk sup buat pasu. |
Penambah hiasan di meja makan. |
Sekian keras tangan hari ini. Moga Allah bantu hari-hari yang seterusnya.😊
No comments:
Post a Comment