Sejak depa buat HO ni dah macam rutin pulak setiap minggu saya akan bertanya puteri tengah tu soalan yang sama. Dan dah jadi rutin juga hubby akan susun jadual untuk ke Temerloh kalau ada long weekend.
Kebetulan ada long weekend baru-baru ni maka kami pun menghala ke Temerloh. Dah lama tidak travel berdua-duaan. Kami gerak dalam pukul 10 pagi, bajet tiba sana by lunch hour. Terus pick up Dayah dan pergi lunch di restoran Selera Patin Bangau Tanjung. Katanya di situ rasa patin tempoyaknya sangat enak. Sungguh, memang sedap, tapi bergantung kepada selera masing-masing. Saya suka patin pais.

Hubby dan anak menantunya. |
Restoran ni terletak dalam kampung melalui kawasan dusun. Kebetulan semasa melalui dusun itu saya terpandang seorang makcik menjual rambutan. Dia main longgok-longgok je dengan harga RM5 untuk selonggok rambutan. Saya ambik dua longgok. Kemudian dia offer 3 longgok untuk RM10. Memandangkan hari yang panas dan rambutannya pun masih banyak saya offer untuk beli semuanya.
"Saya ambik semualah makcik. Senang makcik dah boleh balik lepas ni." Akhirnya saya ambik semua yang ada berlonggok-longgok tu dan bayar dengan harga kasih-sayang. Hubby terkejut tengok saya angkut rambutan penuh bonet kereta.
Selepas makan kami lepak-lepas di tepi Sungai Temerloh sementara menunggu masa untuk balik KL semula. Kami tidak bercadang untuk bermalam di Temerloh memandangkan jarak perjalanan hanya memakan masa kurang dari dua jam sahaja. Pendek kata boleh balik hari.
Sebelum tu kami singgah beli buah durian dan mangga untuk dimakan di rumah Dayah. Harga buah-buah semua tu haruslah sangat murah berbanding di KL. Saya dah bawa bekal pulut untuk dimakan dengan durian. Jadi sebelum balik KL kami pekena pulut durian dahulu. Rambutan penuh bonet kereta tu saya bawa balik KL. Alang-alang dah bertambun-tambun tu saya buka kulit dan simpan dalam peti sejuk untuk sajian anak-menantu dan cucu bila depa balik rumah nanti.
Label itu perlu. |
Banyak kulit dari isi. |
PS: Masa kat kampung dulu-dulu saya pernah buat jam rambutan. Tapi itu masa dulu. Sekarang suasana dah berubah. Rajin pun dah berukar jadi malas...
No comments:
Post a Comment