Tuesday, 6 August 2019

Sorotan Syawal 2019: (5 Jun - 3 Julai)

Kata orang, raya sebulan. Selepas sahaja habis beraya di kampung maka bersusun-susunlah jemputan open house setiap hujung minggu. Tahun ini kami tidak berhajat untuk buat open house. Hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti keluarga serta memenuhi jemputan open house sahabat handai sahaja. 

Hujung minggu pertama: 8-9 Jun 2019

Biasanya dalam minggu pertama ini rasa malas je nak ke mana-mana. Banyak masa diperlukan untuk mendobi kain-baju raya selepas balik kampung hari tu. Lagipun masa-masa terakhir cuti sekolah ni nak isi masa dengan anak-anak sahaja. Setelkan beli barang-barang nak balik asrama dan sebagainaya. Maka minggu hujung minggu ini kita isi masa dengan hal-hal keluarga dan rumah tangga. Lepas tu pi beraya kat KL Sentral sambil hantar anakanda naik ETS balik asrama.

Hujung minggu kedua: 15-16 Jun 2019

Minggu ini ada beberapa jemputan open house tapi kita utamakan yang mudah sahaja. Oleh kerana hubby keluar kawasan maka kita hanya berziarah sahabat guru sahaja. Dah namanya raya, walau tak dapat jemputan kita terjah sahaja. Pergi berziarah sahabat guru yang dah lama tidak bersua.

Rumah Cikgu Suhana

Rumah Cikgu Sakinah

Walaupun tak buat open house tapi saya tetap mengalu-alukan kedatangan sahabat yang ingin berkunjung ke rumah pada hari-hari biasa. 

Alhamdulillah pada hari Khamis, 20 June 2019, saya menerima kunjungan adinda tercinta yang merupakan junior semasa di sekolah menengah dahulu. Kami bersahabat sangat lama dan terpisah selepas tingkatan tiga dan baru berjumpa semula bila dah menginjak usia emas. (Thanks to FB). Alhamdulillah, walau sangat lama tidak bersua tapi apabila bersua kembali, mesranya seakan tidak pernah berpisah.

With sis Muna

Sis Muna dengan anak dan cucu plus Mekca

Kami tak dapat berborak lama sebab saya terpaksa ke Nilai, rutin biasa ulang-alik Ampang-Nilai. Esoknya ada majlis jamuan Hari Raya USIM pulak. Pertama kali saya turut serta program jamuan Hari Raya USIM sejak hubby bekerja di sana. Sebelum ini saya sibuk dengan aktiviti sekolah sahaja. Apabila dah pencen ni barulah berpeluang menemani suami... 

Majlisnya agak formal sebab depa jemput pihak istana sekali. Majlis diserikan dengan kehadiran DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis bersama Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pro Canselor USIM. Apabila dah formal macam tu maka pergerakan pun agak terbatas. Jadi saya hanya duduk di meja yang disediakan dan berborak dengan tetamu semeja sahaja. ( Huhu... makcik tak biasa dengan orang-orang besar....)


Sebelah malammya ada jemputan open house sahabat yang sama belajar semasa di UK dahulu. Jadi usai kerja hubby petang tu kami terus gerak ke Akira, Puchong. Biasalah jalan jam petang Jumaat. Kami berhenti solat maghrib di Petronas mana ntah area Puchong dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah walaupun dah malam, kami sempat berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan dahulu.

Bersama Kak Haseenah

Tuan rumah, Kak Lina, bertudng hitam.

Hujung minggu ketiga: 22-23 June 2019

Pagi-pagi lagi hubby dah gerak ke Nilai untuk program pendaftaran Tamhidi USIM. Saya tinggal untuk setelkan kerja-kerja rumah dahulu. Dalam pukul 11 pagi baru saya memulakan perjalanan dari Ampang ke Nilai. Jalan agak sesak, katanya ada kemalangan menghala ke Seremban. Kalau pada hari-hari biasa pun jalan MRR2 memang sedia sesak, ditambah lagi jalan sesak kat PLUS hiway maka bercintalah saya sensorang dalam kereta. Sepatutnya perjalanan biasa hanya mengambil masa 45 minit/ 1 jam, kali ni dia bagi 2 jam. Saya stop over kat Petronas Serdang, beli Subway dan enjoy... Tiba Nilai dah tengahari lepas tu terus pick up hubby di USIM. Balik rumah rehat sekejap lepas tu terus gerak ke rumah sahabat di Eco Majestic untuk sambung beraya lagi. 

Depa sekalikan dengan majlis aqiqah cucunya. Kebetulan anak sahabat saya itu bersekolah di sekolah saya dahulu maka ramai lah ex-students yang datang bertandang memeriahkan majlis aqiqah sahabat mereka. Terharu pulak masih ada ex-students yang ramah bertegur sapa dengan ex-cikgu depa ni.

Ex student, Aisyah

Rumah kak Syaima'

Petang tu kami gerak balik Ampang semula sebab esoknya ada jemputan raya jiran belakang rumah pula.

Seperti selalu, kami sentiasa ada aktiviti untuk geng cikgu pencen pada hari-hari bekerja sebab tak nak ganggu cuti hujung minggu. Jadi pada hari Selasa, kebetulan ada cikgu dari Melaka datang berziarah ke rumah maka kita panjangkan ziarah ke rumah sahabat lain pula.  

Excited dapat duit raya dari Cg Syima.

Sahabat guru dari al-Amin Melaka

Hujung minggu keempat: 29-30 Jun 2019

Disamping jemputan open house, ramai juga yang buat kenduri kawen sempena musim raya ini. Jadi apabila menerima jemputan kenduri kahwin anak kepada Naib Canselor USIM, haruslah kami tak lepaskan peluang. Depa buat di Bangi. Dah namanya jemputan daripada Naib Canselor, majlis jadi formal, maka terpaksalah saya duduk di meja yang disediakan. Takde peluang nak bersuka ria macam pergi kenduri dengan kawan-kawan....

Pengarah LPU.

Bapa pengatin (Naib Canselor USIM), kiri sekali

Sebelah petangnya ada jemputan daripada ex-student pula. Kebetulan dia juga kawan baik anak bujang saya maka saya mewajibkan diri untuk hadir. Jadi selepas balik dari kenduri di Bangi, kita terus ke Gombak pula. Majlisnya agak santai jadi sempatlah berposing atas pelamin dan berborak dengan pengantin baru.

Tahniah Amar Zaid


Esoknya ada jemputan open house daripada dua sahabat guru di Sri Gombak. Haruslah tak lepaskan peluang. Masa ni lah peluang nak berjumpa dengan sahabat yang lain juga. Kebetulan depa duduk berjiran jadi lebih meriah. Tambah pulak ada menu laksa Johor dan nasi kerabu, my favourite.

Cikgu Arasy dan cikgu Hani

Cikgu Yus. Sedap nasi kerabu.

Alhamdulillah dah habis Syawal. Sungguh walaupun katanya raya sebulan tapi macam tak cukup masa. Banyak jemputan yang terpaksa didiamkan. Nampaknya tak perlu tunggu raya dan tak perlu tunggu jemputan kalau nak berziarah. Pabila ada masa dan kelapangan amalkan sahaja sikap suka berziarah dan menghubungkan silaturrahmi ini provided orang sebelah sana sudi nak terima kehadiran kita...

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...