Saturday, 3 June 2017

Lubuk Pahala di Bulan Mulia.....

Sejak masuk bulan mulia ini ramai yang up status dan share post tentang penatnya para isteri dan ibu menyediakan juadah berbuka dan bersahur. Ada isteri dan ibu yang bercerita dari pengalaman sendiri. Tak kurang juga para suami yang mengagumi penat lelah isteri memasing tanpa rasa nak menolong. Ala-ala kagum dari jauh gitu. 

Sejak saya kecik hingga dah besar panjang begini cerita tentang penat-lelah isteri dan ibu menyediakan juadah berbuka dan bersahur macam tak pernah berubah. Isteri atau ibu akan bangun seawal jam 4 pagi sediakan juadah penuh meja, lepas tu kalut-kalut kejutkan suami dan anak-anak. Ada yang liat,  dua tiga kali kejut tak bangun-bangun lagi. Nak nak pulak kalau yang rumah dua tingkat, pepagi buta isteri atau ibu dah buat exercise sampai dua tiga kali panjat tangga. Lepas masak kena kemas dapur. Kalau isteri atau ibu tu bekerja kalut bersiap nak pi kerja pulak. Nak setel anak pi taska tadika pun dia juga. Balik kerja kalut nak sediakan juadah berbuka bagai. Lepas tu sedih makan hati sorang-sorang sebab tengok suami dok lepak depan TV, tak tolong apa-apa. Sambil sedih sambil fikir pasal kebahagiaan orang lain. Untungla bagi pasangan yang sweet-sweet share tanggungjawab gitu. You masak, I kemas dapur. You sediakan sahur I sediakan juadah berbuka. You hantar anak, I ambik anak. You kemas ruang tamu, I cuci toilet bla, bla, bla..... 

"Bulan posa ni pesta orang cari pahala. Kita buatlah apa yang patut ikhlas kerana Allah....." Sungguh, Nenek saya tidak pernah merungut dalam hal rumah tangga. Tak tahulah kot saya kecik lagi masa tu jadi takdelah nenek nak mengadu apa-apa pada saya. Ataupun nak up status kat mana-mana. Mungkin juga nenek ada merungut atau membebel sensorang tapi saya tak faham apa-apa masa tu. Almaklumlah hati masih suci murni bak kain putih mulus. Yang saya nampak, juadah sahur dan juadah berbuka sentiasa tersedia. Dan nenek akan kejutkan semua orang untuk bersahur dan pastikan kami makan walaupun takde selera. Tak pernah lah pulak nenek sibuk-sibuk nak suruh saya menghargai penat lelah dia.

Dan saya, akan selalu ingat pesan nenek. "Kita buat semua benda ni bukan untuk suami, tapi sebab kita taat pada perintah Allah supaya taat pada suami."

Sejak jadi isteri dan ibu saya selalu ambik iktibar dari kecekalan dan kesabaran nenek. Tak perlu bandingkan rumahtangga kita dengan orang lain. Sapa kata mengurus rumatangga ni kerja mudah??? Pengurus kot!!! Memang akan kurus. Penat memang penat, lagi-lagi kalau takde pembantu. Penat macamana pun, kalau kita enjoy dalam ketaatan kepada Allah, Insya Allah semua rungutan dari bisikan syaitan itu akan terkubur dengan sendirinya. Yang penting jaga hati kita supaya tidak dicucuk oleh hasutan syaitan. Jangan banding dengan suami orang lain. Apa yang kita nampak konon sweet-sweet tu mungkin separuh benar sahaja. Walau suami tak tolong dalam urusan rumah tangga mungkin dia banyak tolong benda lain yang kita take for granted. 

Suami itu kita yang pilih. Dan dia datang dengan pakej. Ada baik ada buruk. Sama juga macam kita. Dalam ramai-ramai manusia perempuan dalam dunia dia pilih kita untuk dijadikan isteri. Maka bersyukurlah dengan jodoh yang Allah dah tentukan. Kalau suami tidak pernah merungut pasal kita, siapalah kita nak merungut pasal dia. Selagi larat nak buat kerja rumah, kita buat. Kalau dah tak larat tak payah buat. After all gaduh-gaduh tergigit lidah tu kan asam garam dalam rumah tangga. Tambah gula sikit Insya Allah manis semula. 

*Kredit untuk Hubby sebab: 
  • sediakan tempat tinggal yang selesa. (walau penat nak setel dalam rumah, luar rumah, laman dan sebagainya tapi saya enjoy tengok pokok-pokok saya)
  • sediakan kereta (saya cuma bayar minyak, maintenance, insuran dan roadtax sahaja).
  • sanggup travel ulang-alik Ampang-Nilai setiap hari walaupun dah ada rumah hinggap kat sana (dah tak tahu bagaimana rupanya sekarang sebab dah lama tak jenguk)
  • sediakan semua keperluan keluarga tanpa banyak soal, minta je kad ATM atau kad kredit, (sebab gajimu duitku!).... 
  • yang paling penting, beri ruang sepenuhnya untuk saya uruskan rumah tangga mengikut undang-undang dan acuan saya, menjadikannya Rumahku Syurgaku.....

So, apalah sangat setakat nak sediakan juadah sahur dan berbuka. Sebulan je pun dan pahala yang Allah sediakan berganda-ganda. Yang pasti, hubby dan anak-anak biasanya redha je hadap apa-apa juadah yang terhidang asalkan dari air tangan saya. Alhamdulillah.

(Takde kaitan dengan post)


PS: Suami dan anak-anak adalah jalan ke syurga maka luruskanlah jalan itu.....


No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...