Monday, 26 June 2017

Apendiks pulak.....

Baru je seminggu sebelum ni kalut pi jumpa doktor, tetiba sakit perut cik baby tu datang balik. Sepatutnya pagi tu ada bengkel PI (PT3) kat UIA, tapi terpaksalah memontengkan diri. Kebetulan pulak hari tu dia dapat first day period makanya suka hati saya je memandai diagnos sakit perut sebab period pain. Beriya-iya lah saya ni suruh sapu minyak Mustajab untuk tahan sakit. Lepas tak berkesan saya bakarkan tungku pulak nak bertungku kot-kot ada darah ketul tersangkut takleh keluar. Malangnya setiap kali saya letak tungku setiap kali pulak dia menjerit sakit. Lain macam betul cara sakitnya kali ini.

"Bawa gi hospital cepat........." ayat biasa hubby bila anak-anak sakit.
Maka berkejarlah saya sekali lagi ke APSH, Accident & Emergency. Terus depa refer ke doktor pakar perut. Terus buat full scan untuk tengok apa masalah sebenar dok bergolak kat dalam perut tu. Semuanya normal kecuali ada sedikit abnormality kat kawasan apendiks. Macam ada cecair kat kawasan apendiks tu. Tapi tak pasti pulak samada cecair daripada apendiks ataupun sebab darah period. Lepas tu depa refer ke doktor pakar (General Surgeon) pulak. Sementara menunggu tu termuntahlah pulak cik baby tu penuh sinki. Sah-sah lah simpton budak sakit apendiks. Lagi pun sakitnya lebih terasa pada bahagian kanan abdomen. Pantang tekan sikit terus menjerit sakit. Terus sahaja doktor tu diagnos sakit apendiks dan terus schedule for operation. Masuk wad hari Sabtu petang, buat operation hari Ahad pagi. Laju sungguh depa buat kerja. Mentang-mentang la kita ada insuran nak cover. Asalkan cukup dokumen (hanya perlukan IC dan kad insuran pesakit sahaja) serta sokongan doktor pakar, mudah sahaja pihak insuran proses untuk bayar caj hospital.
Muka excited sebelum operate.

By jam 8.30 pagi nurse datang suruh salin baju untuk operation. Nampaknya operation untuk apendiks ni dah macam common pulak buat masa ini. Selalu pulak dengar budak-budak kena operate apendiks. Tapi bila kena pada anak sendiri, still rasa cuak juga perasaan ibu ni bila anak kena masuk bilik bedah. But knowing she's in the best of hands, serta mengambil berkat bulan Ramadhan, saya mengisi masa menunggu dengan perkara-perkara positif. 
Lorong sunyi....

Alhamdulillah by kol 1.00 tengahari depa dah tolak masuk wad semula. Dah namanya pun baby memang cepat dan  mudah sahaja masa untuk recover. Lepas berpuasa selama 36 jam baru doktor benarkan makan. Tapi kena mulakan dengan air dan bubur dahulu. Kalau semua okay, takde muntah-muntah, boleh teruskan makan benda-benda lain pulak.
Sedapnya nampak walaupun hanya bubur tawar....

Makin sihat apabila kawan-kawan sahabat setia datang berziarah.
(Friends indeed.... masa susah dan senang)

With adoreable Dr Hamizah.....  (rupa Vivi version senior, kata mereka).... :) 

Alhamdulillah selepas berkampung selama 3 hari 3 malam kami dibenarkan pulang.



PS: Doktor kata boleh makan apa sahaja, tak perlu pantang apa-apa. Hmm.....





No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...