Dua bulan lepas kami pergi IKEA Cheras. Hubby nak belanja armchair untuk isteri terchentanya. Nak suruk duduk berehat di ruang tamu tanpa gangguan. Biar gemok-gemok duduk saja lepas penat beraktiviti dan nak berlawan sapa lagi gemuk lepas ni.😁
Sambil tu hubby nak cari meja tambahan untuk study area juga. Tapi biasa la kalau makcik gi IKEA... aktiviti pertama haruslah berangan di ruang pameran.
 |
Nak tukar almari buku... kita KIV dulu. |
 |
Simpan untuk rujukan. |
 |
Teringat penyangkut kain telekung kat rumah. |
 |
Nak letak pokok pelesu di TV area. |
 |
Nampak balang kaca, tetiba rasa tak cukup balang nak isi biskut kat rumah... so kita sambar dua buah. |
Sebenarnya tujuan utama ke IKEA ialah nak beli armchair. Dah dapat armchair baru boleh proceed dengan meja pulak. Selagi tak jumpa armchair... jangan sesekali cari meja... begitu undang-undangnya. Tapi jenuh jugak makcik nak buat pilihan. Ada saja yang tak kena. Lastly kita ambik yang paling praktikal mengikut kayu ukur sendiri.
 |
Jenuh hubby menunggu bini nak decide mana kerusi yang sesuai. |
Usai memilih semua yang dihajati kami singgah lepak di kafe bagi menghilangkan lelah. Sedar tak sedar dah dua jam saya melilau dalam kawasan ruang pameran sambil berangan. Bila dah duduk baru terasa penatnya badan dan kaki pun lembik.
 |
Kita park troli dulu sebab tak boleh bawak ke ruang kafe. |
Tak ramai yang beratur membeli makanan sebab masih awal. Saya order fish and chips tambah mushroom soup dan garlic bread. Hubby ambik sandwich/tortila dan popia.
 |
Dah habis makan baru teringat nak ambik gambar sisa yang ada.
|
Usai makan kami terus gerak balik dan tiba di rumah hampir pukul 3:00 petang. Lagak orang muda keluar berjalan dari awal pagi hingga kepetang. Kemudian saya terus keluarkan kerusi untuk pemasangan. Baru sempat separuh jalan tiba-tiba pinggang saya jadi keras macam terkunci (locked) tak dapat bergerak. Jenuh pulak hubby terpaksa, mengangkat saya untuk bangun dan memapah serta memimpin saya untuk bergerak serta menyapu minyak panas di kawasan pinggang selama beberapa hari. Alhamdulilah selepas seminggu menjaga posture dan exercise pinggang saya kembali sembuh. Hilang segala sangka buruk (slip disc, etc). Mudah-mudahan dijauhkan Allah.
 |
Hubby selesaikan pemasangan selepas saya terlantar sakit. |
Selepas 10 hari, saya mula rasa sembuh sepenuhnya barulah kita masuk 'kilang' semula untuk proses pemasangan meja dan kabinet pulak. Alhamdulillah mudah sahaja prosesnya. Tapi kabinet tu sangat berat so kami decide untuk pasang sikit-sikit yang asas di tingkat bawah dan hubby angkut bit and pieces ke tingkat atas. Rumah kami dua tingkat dan ruang study hubby berada tingkas atas.
 |
Peralatan yang diperlukan. |
 |
Hubby angkut bahagian yang dah siap ke tingkat atas. |
Di atas, kita cuma cantumkan semua bahagian dah siap tadi dan susun di tempat yang dihajati.
 |
Barang order. |
 |
Barang siap. |
Alhamdulillah, selepas dua bulan badan saya dah back to normal. Masih lagi ada kudrat untuk mengangkat pasu bunga dan susun semula perabut-perabut sekitar rumah.
Serik? Tidak sekali. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kesihatan yang baik hingga keakhirnya. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment