Sunday, 5 May 2024

LebaRun (Selamat Berlari Raya)

Bila anak no-2 ajak berlari sempena KL Car Free, laju je makcik-pakcik pencen bersetuju, semua expenses paid (by her). Penganjur caj RM50 seorang untuk baju, drinks dan medal. Flag off pukul 7.00 pagi, so usai subuh kami terus gerak ke KL dan parking di Basement Parking, Dataran Merdeka. Parking sini cashless dan tak boleh guna touch & go. Kena ada debit/credit card atau QR untuk buat bayaran. 

Apa-apa pun kita posing dulu.

And selpi/wefi by the pro.

Saya ambik laluan 3km sahaja. Dengan hanya berlenggang-kangkung dan sesekali berlari-lari anak pun boleh tiba ke garisan penamat dalam masa 34 minit.😁





Selpi/wefi lagi.

Usai warm down kita play tourist sekitar Dataran Merdeka pulak. Sekian lama duduk KL baru sempat melihat keindahan Kotaraya ini. Apa lagi, ayuh lah berposing syok sendiri sementara anakanda nak melayan.






Dataran Merdeka.

Kita tambah koleksi medal.

Hiasan landskap yang cantik.

By pukul 9:00 pagi kami dah gerak balik dan singgah sarapan roti canai di Restoran Suberi, Keramat. Lepas tu boleh berehat sepanjang hari bagi melepaskan lelah. 

Gambar official... Kita tengok sahaja, kalau nak yang proper, kena beli. 

"Jom masuk larian lagi... kita cari tempat lain pulak." Semangat pulak hubby. Ayuhlah kita, kalau itu boleh menyihatkan. Semoga kekal sihat hingga ke akhirnya. Amiin.🌹

Sekian cerita larian pada 28hb April 2024, minggu lepas. 😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...