Saturday, 2 December 2023

Hari-hari Biasa Seorang Makcik

Seperti biasa, saya melalui hari ini seperti hari Sabtu yang lain. Saya bangun awal pagi untuk memulakan kerja-kerja rutin di rumah. Usai khidmat diri, saya mengemas dapur, menyusun pinggan mangkuk, kumpul sampah dan masukkan ke dalam tong untuk dikutip oleh lori sampah yang datang lewat tengahari nanti. Lepas tu saya sapu sampah di laman depan dan keliling rumah.

Pagi ini saya tambah kerja membaik pulih dua buah kerusi makan yang asyik bergoyang bila duduk. Rupa-rupanya ada skru yang dah nak tertanggal. So saya cuma perlu ketatkan semula. Mudah sahaja kerjanya sebab semua peralatan DIY telah ada tersedia.


Pemutar skru.

Seperti biasa juga, pagi Sabtu atau Ahad adalah pagi untuk mengekalkan kesihatan badan. So hari ini hubby dan saya menyambung aktiviti jogging kami yang tertangguh sejak balik umrah hari tu. Biasanya kami akan ke Taman Tasik Titiwangsa atau Taman Botani Perdana atau Taman KLCC. Tapi hari ini kita pilih Taman Tasik Ampang. Alhamdulillah saya dapat buat lebih 4000 steps sejauh 3km. (Banyak steps sebab saya cuma briskwalk sambil berjalan lenggang-kangkung dengan langkah pendek-pendek).

Selpi wajib.

Usai jogging kami singgah beli sarapan di kedai Kueh Tepi Jalan Dot Com area Wangsa Maju. Memang banyak pilihan menu. Rambang pulak mata saya yang rabun ini. Alhamdulillah masih boleh kontrol nafsu, saya cuma pilih pulut ikan kering, soto dan mee rebus. Settle breakfast dan lunch untuk hari ini.

Soto yummy.

Sambil saya makan dan memandang keluar pintu kaca ruang makan, terlihat pulak keadaan halaman rinduku yang lama terbiar. Tetiba rasa sayu dan berdosa melihat pokok-pokok yang dulunya segar bugar kini terabai begitu sahaja. Maka usai makan saya terus turun ke halaman, menyiram pokok-pokok dalam pasu dan membuang daun-daun kering. Mudah-mudahan lepas ni saya akan dapat meneruskan usaha menyelamatkan pokok-pokok yang masih tinggal.

Pokok Siti Zubaidah yang pernah mewarnai hidup saya sebelum ini.😢

Walaupun begitu, masih ada pokok-pokok buah yang masih setia mengeluarkan hasil.

Belimbing madu sedang galak berbunga.


Buah ciku tinggalan sang tupai.

Usai urusan di laman saya sambung mendobi pula. Sementara menunggu kain sedia untuk dijemur kita rehatkan diri sambil update blog. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan hari-hari kita. Aamiin.

Sekian. 😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...