Monday, 10 July 2023

Overnight @ Villa Nazirah, Klebang.

Bulan lepas kami berpeluang ke Melaka. Kebetulan ada jemputan kenduri kawen di Batu Berendam so kita lajak terus stay overnight kat sana. Depa buat kenduri pada hari Sabtu. Kami gerak awal pagi untuk join rombongan pengantin masuk makan beradap. Alhamdulillah majlis berlancar. By pukul dua petang kami dah gerak ke homestay untuk check in di Villa Nazirah, Klebang.

Semua urusan booking airbnb diuruskan oleh anak nombor 4 secara online. Saya cuma sponsor duit sewa sahaja. Depa caj RM900 untuk satu malam. Villa Nazirah ni jenis rumah semi-D, dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air, fully furnished dan fully air-cond. Paling penting haruslah ada kolam renang untuk anak-cucu mandi-manda dan berenang. Sampai sahaja masing-masing dah bersedia untuk terjun kolam.

Ruang tamu yang luas.

Ruang dapur yang luas dan selesa lengkap dengan peralatan masak dan makan.


By petang kami keluar jalan-jalan di tepian pantai. Area pantai Klebang ni agak tenang walaupun ramai pengunjung. Kami parking kereta di carbooth Pantai Klebang dan duduk-duduk ambik angin pantai sambil anak menantu merakam kenangan dengan drone.

Parking Carbooth Pantai Klebang.


Walaupun homestay menyediakan ruang untuk bbq tapi malas pulak nak buat persiapan dan bakar membakar. Kami pilih untuk makan di luar sahaja asalkan dapat pekena ikan bakar. Kami singgah di restoran Ikan Bakar Anjung Kayyu, Klebang Besar. Malangnya servisnya agak lambat walaupun pengunjung tidak ramai. Kami terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum makanan tiba. Cucu-cucu pun dah restless. Tapi berbaloi dengan rasanya yang sedap.

Telur goreng garing.

Talapia bakar.


Suasana malam yang tenang.

Pagi esoknya semua orang bangun lambat dek kepenatan. Oleh kerana makcik jenis early riser, pepagi lagi  kita dah keluar cari makan. Asalnya nak cari roti canai arang tapi malas pulak takut ramai orang. So kami singgah makan nasi lemak di warung tepi jalan sahaja. Tapi tak kena pulak dengan tekak saya sebab rasa sambalnya agak masin pada lidah saya. Kata orang rezeki jangan ditolak so kita makan sahaja setakat yang mampu sambil berhati-hati menghindari penyakit darah tinggi. Lepas sarapan kita sambung berenang lagi sebelum check-out. 


Seronok dan teruja melihat kolam renang yang bersih.


Tok ayah dan little heronya.

Rumput karpet, teringin nak letak di laman rumah saya tapi serabut pulak bila fikirkan  kucen jiran yang suka membuat onar.

By pukul 11 pagi kami dah bersedia untuk gerak balik. Sebelum itu kita ambik gambar kenangan sempena Hari Bapa 18 Jun 2023. Sepatutnya ada kek Father’s Day tapi tiba-tiba berlaku kesilapan teknikal so kita cancel semua sambutan hari bapa… sebab setiap hari pun hari bapa.

Tok Ayah dengan cucu sulongnya.

Tok Aayah dengan anak sulong.

Ummi’s Girls… missing Ciksu & Cisa.

The whole lot.🥰

Sejak dua menjak ini saya dah mula lepaskan hobi mengumpul barang dalam rumah, slowly nak mencapai konsep minimalis. So mengambil aspirasi Villa Nazirah ini saya dah mulakan aktiviti 5S untuk kesekian kalinya. Yang penting rumah mesti sentiasa bersih dan kemas dengan barang-barang yang perlu sahaja. Barang-barang hiasan dan cenderahati yang yang mengusik jiwa kita sisih jauh-jauh. Biarkan semua kenangan itu tersimpan di hati sahaja.

“Eloklah buang semua barang yang tak perlu. Nanti kalau Ummi dah mati senanglah hangpa nak mengemas…” Gitu.

Sekian.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...