Tuesday, 9 May 2023

Jalan-jalan Jepun: Tokyo Universiti of Technology

Ahad, 30hb April 2023

Melawat tempat anakanda sambung belajar adalah top priority dalam planning hubby ke Jepun. Maka pada hari kedua, usai jamuan raya (juga dalam hubby’s list of priorities) di rumah anakanda kami ambik bas ke Tokyo University of Technology. Lupa pulak apa nombor bas itu. 

Posing dulu sebelum naik bas.

Bus stand depan rumah anakanda.

Kami turun bas di luar kawasan universiti dan kena berjalan kaki dalam 7 minit untuk sampai ke pintu utama. Oleh kerana pada hari Ahad semua tempat pun tutup, kami hanya melihat-lihat dari luar bangunan ambik feel sahaja. Cuaca mendung dan berawan memberi rasa yang agak selesa untuk kami berjalan-jalan melawat kawasan sekitar.

Depan mercu tanda Universiti.

Tokyo University of Technology.

Bangunan tertinggi sebagai mercu tanda Universiti.

Institute Katayanagi khas untuk Engineering course.

Deretan bas percuma untuk kemudahan pelajar universiti. Saya kira ada dalam 15 buah bas. (Mungkin lebih)

Peta kampus. Kita mampu tengok je. Sepatah haram makcik tak paham.

Tempat students melepak waktu break tengahari katanya.

Kawasan padang penuh dengan patung kuda berlari. Tak pasti untuk apa.

Mercu tanda dari arah depan.

Kawasan rehat library. Boleh duduk makan dan santai-santai.

Ruang bacaan di tingkat atas. Banyak lagi bilik-bilik di ruang atas tapi tutup.

Depa buat lubang bulat-bulat atas jalan, mungkin untuk kurangkan jalan licin semasa ada salji. 

Sempat tengok training bola kat stadium.

Stadium bola yang cantik.

Hajat dihati nak menikmati bunga-bunga sakura tapi dah habis musim. Sebagai ganti kita tengok sahaja apa yang tinggal. Kawasan universiti ni penuh dengan pelbagai pokok kecik dan besar. So kita nikmati sahaja kehijaun dedaunan yang tinggal.



Deretan pokok sakura tanpa bunga.

Kebetulan masa kami pusing keliling universiti terjumpa pulak taman bunga ros (mungkin hasil dari kelab pencinta alam). Masa melawat UK dulu saya dah berangan nak melawat Rose Garden (Kew Garden) tapi masa tidak mengizinkan. Rupa-rupanya rezeki saya ada di Jepun. Cukuplah buat rasa rasa.

Rose bed.. mungkin akan lebih meriah dengan jambangan roses dalam seminggu dua lagi.



Bloody red rose.🌹



Kemain makcik, mengabadikan kenangan.😄

Kami menghabiskan masa lebih satu jam di sana. Walaupun tidak dapat masuk ke dalam bangunan cukuplah buat memberi gambaran tentang keadaan pembelajaran anakanda di sana. Semoga Allah bantu selamanya.🌹

Sekian.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...