Thursday, 6 April 2023

Jalan jalan mendaki @ KL East Park

“Jom Ummi… lepas ni Nina dah takde nak teman…” 

Dah beberapa kali saya sebut nak ‘hiking’ kat KL East Park tapi malas nak isi borang online. Katanya masuk percuma hingga hujung bulan March tapi kena buat registration online dalam masa tiga hari sebelum mendaki. So sementara Che Mek bongsu ni ada kat rumah kita penuhi wish list nan satu ini dahulu. 

Untuk booking, kita boleh pergi ke website KL East Park, isi details dan pilih slot masa yang kita suka, bergantung kepada kekosongan. Depa bagi masa dua jam untuk naik dan turun.

Oleh kerana dah last minute, kami dapat slot sehari sebelum Ramadhan. Nak tak nak terpaksalah kita redha dengan rezeki yang ada. Kami ambik slot pukul 9:00-11:00 pagi. Pada waktu yang ditetapkan kami pun memulakan pendakian... (kemain buat gempak). 

First thing first kita study peta laluan dulu. Bukitnya tidaklah tinggi mana tapi untuk seorang makcik yang perasan fit memang agak mencabar jugak la. Mula-mula kena ikut laluan bersimen/tar, lepas tu kena ikut laluan tanah biasa berbatu serta akar pokok. Tang ni kena pandai cari batu dan akar mana nak pijak. Takut sat lagi jatuh tergelincir. Ada juga bahagian yang sedikit landai bagi mengurangkan mengah.

Suhu pada pukul 9:00 pagi.






Suhu pada pukul 11:00 pagi.


Kami hanya sampai separuh jalan sahaja. Takut pulak nak naik sampai puncak. Gayatnya tak boleh bawak bincang. Untuk naik saya masih boleh bertahan lagi, tapi untuk turun saya kena fikir seratus patbelas kali. Nanti tak pasal-pasal rosak kepala lututku yang dah dihujung usia ini. Kami tiba di bawah semula sebelum pukul 11:00 pagi. Cuaca pun dah mula panas... jomlah kita sejukkan badan dalam KL East Mall pulak.

Sekian.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...