Thursday, 8 September 2022

Malam merdeka @Saloma Bridge.

Dah banyak kali saya dok berangan nak ke Saloma Bridge ni tapi asyik tertunda dek hal yang datang tanpa diundang. Padahal dekat sangat dengan rumah. Kalau jalan clear, drive 15 minit je dah sampai. Saloma Bridge ni cross over AKLEH kat Kampung Baru ke KLCC. Beberapa kali juga kami berniat nak singgah bila kebetulan keluar makan malam di Kampung Baru. Tapi ada je alasan menghalang niat murni itu… dah lewatlah, takde parkinglah, lain kalilah, dah penat mengantuklah… etc etc.

Kebetulan sehari sebelum hari Merdeka baru ni anakanda saya ada kursus di Hospital Selayang, lepas tu terus balik tidur kat rumah Ummi tinggal cik abangnya sensorang kat Putrajaya. Maka kami pun pakat buat planning sempena malam merdeka. Hubby pulak ada program Merdeka di KUPTM. Bila anak bujang berbesar hati nak bawa Ummi jenjalan dimalam merdeka maka kita merdekakan diri di Saloma Bridge. 

Kami keluar rumah lebih kurang pukul 9:00 malam. Dapat parking betul-betul dekat tangga/lif ke atas jambatan. Kami naik tangga untuk ke atas dan turun semula dengan lif demi kemaslahatan lututku.

Kemain makcik sengih sampai ke telinga.

Zoom dari atas bridge... kubur P Ramli kat bawah sana.

Masih dalam pembangunan lagi katanya.

Us... three.

Dengan anak bujang.😘

Anakanda yang rajin melayan kerenah Ummi.😘



Merdeka, merdeka, merdeka.

Usai menggedik atas jambatan kami terus gerak balik. Tiba-tiba datang pakcik naik motor mintak bayaran parking RM3. Celah mana entah parking lotnya. Semua orang pakat cari parking sendiri dan menyelit di mana-mana ruang yang ada sahaja. Malas nak besarkan isu... kita bayar sahaja dan anggap sebagai sedekah. Sebelum pulang kami singgah mengeteh dan meroti canai di Restoran Ali Maju dan tiba di rumah sebelum pukul 12 malam. Sempat la mendengar bunyi percikan bunga api sempena sambutan hari merdeka dari dalam rumah. Manakala hubby tiba di rumah after midnight sebab tunggu depa lepaskan bunga api di KUPTM sana.

Sekian cerita sambutan malam Merdeka 2022. 😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...