Tuesday, 25 December 2018

Yet....another graduate in the family.

"Umi, Dayah dapat dua tiket VIP sebab dapat award....."

Alhamdulillah setakat ini berkat rezeki anak-anak, kami juga selalu dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Kebetulan hubby pernah kerja di UIAM dan kini berpindah ke USIM, maka pihak UIAM bagi dua tiket VIP sebagai wakil USIM tanpa mengetahui kami ada anak yang akan graduate hari pada hari yang sama. Dah jadi empat tiket VIP pulak. Dan dah alang-alang dapat tiket VIP tu kami share dengan tok besan pulak. Depa juga dapat empat tiket masuk sebab ada dua orang anak graduate pada masa yang sama. Alhamdulillah lebihan tiket yang ada tu kami share-share dengan orang lain pulak. Kebetulan ada kawan dan saudara mara depa yang ramai-ramai datang untuk turut sama meraikan kejayaan anak-anak. Alhamdulillah kami dan besan dapat sama-sama duduk di tempat VIP. 

Kami punya sesi pagi, so pepagi lagi dah keluar untuk menikmati suasana yang tenang dan damai. Parking pun agak mudah dan orang pun belum ramai. So sempatlah kami bergambar kenangan sementara suasana masih belum sibuk.

Port wajib depan CACC.

Sebelum graduan beratur untuk masuk dewan


Makcik masih belajar selpi....

Selepas mengetahui anak kami adalah antara yang graduate dan mendapat anugerah best student overall maka kalutlah pihak UIAM nak entertain parent yang bertuah ini. Depa siap cari pengiring khas untuk bawa kami pi masuk 'glass room' pulak. Sebenarnya hubby lebih suka kami pergi sebagai ibu-bapa biasa sahaja, tak perlu  protokol bagai. Tapi disebabkan pihak universiti telah sediakan laluan dan acara khas untuk staf dan bekas staf yang ada anak graduate maka kami terpaksalah meraikan tuan rumah. Haruslah saya berasa kekok sebab yang dalam 'glass house' tu semua Datuk-datin dan Tan Sri bagai. Sabo jelah....

Graduan Medic....Alhamdulillah.

The Best Student Overall.....Alhamdulillah.

Selepas majlis konvo depa iring pi makan-makan dalam majlis bersama Rector dan TNC UIAM pulak. Sebagai tetamu kita ikutkan sahaja apa tuan rumah dah susun sepanjang majlis. Walaupun saya tak biasa dengan protokol terpaksa jadi rusa masuk kampung. Yang penting kita hadirkan wajah yang manis sepanjang masa.

Kekoknya lahai... terpaksa duduk semeja dengan orang-orang besar.

With another TNC USIM dan isteri.

Tak sangka lama pulak kami berlama-lama kat dalam tu. Dah namanya tetamu terpaksalah ikut rentak tuan rumah. Rupa-rupanya depa buat acara penyampaian hadiah gambar kenangan sebagai cenderahati. Tak manis pulak kita nak keluar awal walaupun tok besan dok menunggu di luar dewan. 

By the time selesai acara makan-makan dan penyampaian hadiah orang dah sangat ramai di luar dewan sebab dah mula bertembung dengan persiapan untuk sesi petang pulak. Tak sempat nak bergambar sangat sebab hujan dah mula turun. Kami hanya sempat berlegar-legar di luar dewan sahaja sementara menunggu hubby pi ambik kereta untuk balik. Suasana pun dah mula jam teruk.

Kenangan sementara hujan reda.

Seperti biasa juga setiap kali habis program, harus ada acara makan-makan. Dah alang-alang lunch hour kita singgah sahaja di Melawati Mall on the way balik. Sebelah malam nanti ada lagi acara makan-makan dinner dengan keluarga besan. So untuk tengahari tu kita makan ringan-ringan sahaja.

Missing Ein, Amin dan Marwan sebab depa tak dapat cuti....

Seperti biasa....sabar je melayan Umi.

Sebenarnya graduan medic ni dah ada program Oath Taking Ceremony (OTC) masa kat UIAM Kuantan hari tu. Tak ingat pulak bila tarikh sebenarnya. Yang pasti, keluar je result final year, semua dah dikira graduan so depa ada special session untuk meraikan doktor-doktor baru. 

Berkali-kali Dayah pos gambar aksi pakai topi untuk approval Umi. First time nak pakai topi sarjana nervousnya bukan main lagi.

Rehearsal entah kali ke berapa

Sepatutnya macam ni tapi sebab Umi tak bekenan dahi jendul tu..... 

The proud and happy families.....

Doctors in the house....

The proud mommies....

Lepas dah selesai bergambar kami pi makan tengahari. Kedai apa ntah, dah lupa. Tapi on the way ke exit Gambang. Boleh tahan juga menunya. Macam-macam ada. Harga? Tak pasti sebab semuanya on the new graduates. Hari ni depa belanja..... Alhamdulillah.

Lepas selesai lunch kami terus gerak balik KL. Perjalanan sangat tenang dan damai. Tapi disebabkan hubby tak cukup tidur malam sebelum tu maka kami tidak mahu mengambil risiko tertido masa driving. Kami berhenti di R&R Gambang. Saya sambung drive hingga tol Karak sambil hubby tidur di sebelah. Kami switch driver apabila hubby dah segar semula. Lagipun hubby tak pernah benarkan saya drive di Hiway Karak. Alhamdulillah kami selamat tiba di Ampang sebelum jam 4 petang. Home sweet home.....


PS: Sentiasa bersama setiap kali anak-anak graduate. Mudah-mudahan kami dipanjangkan usia untuk melihat kejayaan anak-anak yang mendatang selepas ini.

*Tapi awat Dayah asyik pakai baju sama je setiap masa?

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...