Friday, 16 November 2018

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Beberapa kali dok teringin nak pi makan gulai tempoyak ikan patin Gobang. Tapi asyik tak sempat saja. Saya pernah makan masa pi Kuantan suatu masa dahulu. Memang sedap. Depa ada buka cawangan kat Wangsa Maju. Saya pernah cuba beberapa kali. Alhamdulillah rasanya tak banyak beza dengan yang di Kuantan. Ikan patin masak tempoyak Gobang memang sedap berbanding di tempat lain.

Setelah beberapa kali melalui perancangan yang tidak menjadi maka saya tekad untuk masak sendiri. Kebetulan hari tu pi shopping barang dapur kat Jusco Aeon, rezeki pulak terjumpa ikan patin segar katanya. Maka saya pun capai seekor cuma. Cukup la buat masak dinner untuk kami tiga beranak. (Anak-anak yang lain semua di luar kawasan)

Sebenarnya nak masak ikan patin tempoyak ni mudah sahaja. Ikan tu dibersihkan dulu lepas tu rendam dalam air tepung. Letak anggaran dua sudu tepung gandum ke dalam bekas ikan tu lepas tu biarkan selama lebih kurang 10-15 minit untuk hilangkan lendir. 

Boleh la tiga ketui....

Sementara tu boleh lah pi korek kunyit anggaran sebesar ibu jari. Bersihkan dan tumbuk dengan dua biji cili api. Masukkan bahan tumbuk tu ke dalam periuk dan campur dengan dua senduk tempoyak. Lepas tu masukkan ikan yang direndam tadi. (Ikan tu kena bersihkan dulu dan buang semua sisa air tepung). Gaul dan biarkan/perap ikan dengan bahan tumbuk tadi selama 10 minit lagi.

Perap....

Kemudian tambahkan sedikit air hingga ikan tenggelam dan jerang atas api sambil dikacau selalu. Tambah garam secukup rasa.

Dah mula menggelegak.

Apabila dah menggelegak masukkan segenggam daun kesum. Biarkan mendidih lagi dan ikan masak dengan sempurna. Kalau kurang masam boleh tambah sekeping asam keping.

Tunggu hingga menggelegak lagi.

Siap....

*tak sempat nak ambik gambar gulai yang dah siap terhidang sebab kami dah terus makan hingga menjilat jari.

Rasa? Not bad.... jika melihat berseleranya depa makan sebagai kayu ukur.


PS: Next time kita masak pais pulak.... moga Allah izin.

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...