Saya tak ingat bila last saya duduk sorang-sorang di rumah. Rasa macam dah lama tak ber me time. Pada saya me time tu duduk sorang-sorang buat apa yang kita suka tanpa ada gangguan sesiapa. Tak perlu nak kalut-kalut fikirkan tanggung jawap terhadap orang lain. Enjoy doing what you like in your time, your own way.
Alhamdulillah this weekend saya dapat peluang ber me time. Semalam bye-bye hubby pi outstation. Anak-anak semua dengan hal masing-masing. Iman di Kajang. Hidayah di Kuantan. Ein di UM. Amin di Tangkak. Nina study PT3. Yeah.... betul-betul dok sorang-sorang berpeluang nak isi masa dengan hobby dan terapi untuk diri sendiri. Alahai apa sangat lah me time saya tuh. Setakat nak mengisi masa dengan hobi samada membaca novel, mengemas rumah atau berkebun. Nampaknya saya juga terpaksa mula menyesuaikan diri pabila keseorangan.
"Cikgu free tengahari ni? Saya nak hantar pokok mulberi...." Tiba-tiba dapat mesej daripada anakanda Afrah, sama-sama kerja di al-Amin.
Sebenarnya saya dah lama cari pokok mulberi ni sejak mengetahui banyak khasiat daripada pucuk dan buahnya. Dah singgah kat beberapa kedai pokok tapi takde stok. Alhamdulilah, berkat sabar Allah hantar pokok terus depan rumah. Siap dengan tester lagi. Buahnya sangat manis. Terima kasih buat anakanda Afrah yang manis dan lemah lembut.
Nampaknya me time saya kali ini ialah berkebun. Dapat memenuhi impian menanam pokok mulberi. Saya guna teknik tanam batang. (Dah memang dia bagi batang pun). So dalam mencari-cari tempat yang sesuai nak mencucuk batang pokok tu maka terserlahlah betapa lamanya saya tidak berme time dengan pokok-pokok sekitar rumahku syurgaku ini. Take for granted depa boleh hidup sendiri independently. Kesian sangat tengok pokok-pokok yang terpaksa bersaing berebut cahaya matahari sesama sendiri. Dah la sejak akhir-akhir ni cuaca tak menentu. Kadang hujan, kadang mendung, kadang panas terik. Allahu.... terasa berdosa pulak diriku ini.
Pokok limau, lemas dalam perdu lengkuas.
Pokok durian di celah-celah rimbunan serai.
Menurut Pakcik Google, pokok mulberi ni boleh ditanam samada dalam pasu atau terus atas tanah. Kebetulan saya masih ada beberapa pasu reserve untuk taman herba saya. (Hmmm.... entah bila la nak siap taman herba tu) Saya guna 2 pasu untuk letak 2 batang pokok untuk setiap pasu. Selebihnya saya cucuk atas tanah terus. Katanya kalau menjadi, pokok ni akan mula bertunas selepas dua bulan. Kita tunggu dan lihat. Mudah-mudahan ada rezeki boleh dikongsi dengan orang lain juga.
Pasu 1
Pasu 2.
Dua batang tanam atas tanah sepanjang tembok belakng rumah..
Sambil-sambil itu sempat meninjau hasil tanaman. Rupa-rupanya banyak hasil yang belum dituai.
Limau kasturi galak berbuah tapi tuannya baru perasan.
Tak perasan selama ini limau kasturi ni berbuah lebat. Dahannya melempai ke luar pagar. Biasanya tupai-tupai gemar berkongsi hasil tanaman saya, Tapi limau kasturi ni macam tak berusik pulak. Depa tak minat gamaknya. Kalau buah mangga tu selalu je berebut dengan depa. Kadang kita semangat tunggu buahnya mengkal tetiba hilang, tinggal biji je atas lantai. Kadang ada juga bibik jiran-jiran sekitar yang ambil mangga muda buat menyicah.
Saya tebas pokok-pokok lengkuas yang melanggar sempadan. Alhamdulillah baru nampak rupa pokok limau ini dengan jelas. Saya tak pasti limau apa. Main teka sahaja pokok limau sebab daunnya berbau macam buah limau. Tunggu jelah setahun dua lagi kok-kot ada rezeki boleh merasa hasilnya.
Limau apa tah.
Pokok letup-letup pun rajin menjalar dan memanjat sekitar rumpun lengkuas tu. Saya biarkan aje buat habuan makanan tupai. Buahnya manis apabila masak ranum. Saya biasa makan buah letup-letup ni masa kecik-kecik dulu. Masih terbayang masa zaman hingusan semasa di kampung dahulu. Saya selalu bermain petang-petang dengan kawan-kawan sekitar kampung. Kami kutip je buah-buah yang ada. Petua orang tua kalau sesuatu buah itu dimakan burung atau tupai bermakna ianya juga sesuai untuk manusia.
Pokok letup-letup pun galak berbuah.
Lambat pulak pokok durian ni nak membesar.
Betik ni baru galak berbunga. Bila tah nak berbuah.
PS: Tengahari tadi hubby dah balik dari out station. Bawa balik sekotak ikan segar. Lepas ni nak bersilat dengan ikan-ikan pulak.....The end of my me time.
No comments:
Post a Comment