Sunday, 3 January 2016

Kuantan.....lagi.

Hujung  minggu lepas kami ke Kuantan lagi.  Asalnya kami bercadang nak pi hantar Dayah ke Temerloh pada hari Ahad. Kononnya nak turun pepagi dan terus balik KL pada petangnya. Sambil-sambil tu juga bercadang nak pusing-pusing bandar Temerloh. Puas saya menggoogle cari tempat-tempat menarik kat Temerloh. Last-last berangan nak pi tengok gajah kat Kuala Gandah dan menjelajah pekan sehari yang femes tu. Tapi biasalah, kita merancang Allah menentukan. Kelas depa kat Temerloh tu dibatalkan pulak. Terpaksalah kami terus pi Kuantan. Maknanya terpaksalah kami overnite kat sana. So terpaksalah awalkan perjalanan. Kami turun hari Sabtu pagi dan balik Ahad sebelum tengahari sebab nak elakkan traffic jam.

Biasanya hujung tahun begini kebanyakan hotel dah fully booked. Hajat nak ke Swiss Garden dan melepak kat pantai pun tak tercapai sebab penuh hingga akhir bulan. Alhamdulillah akhirnya dapat buat booking MS Garden. Maka terimbau kembali kenangan detik-detik awal menjejakkan kaki menghantar anak daraku ke UIAM tiga tahun lepas. Kami datang sehari lebih awal sebab nak register awal-awal keesokan harinya. So nampaknya kenangan itu berulang kembali.

Kami bertolak dari rumah pada pukul 10.30 pagi dan tiba di Kuantan jam 2.00 petang. Terus pi cari lunch dulu sebab bilik hotel hanya tersedia selepas pukul 3pm. Dari rumah lagi kami dah berhajat nak pekena ikan patin masak tempoyak kat Temerloh tapi sebab dah tukar plan, kami terus cari Go'Bang Maju, Kuantan. Depa kata tempat ni femes. Dah buka beberapa cawangan termasuk kat Wangsa Maju. Alhamdulillah tidak menghampakan.  

Patin masak tempoyak, makan panas-panas dengan pelbagai ulaman
Patin bakar aka pais patin
Gendang gendut tali kecapi.....

"Sedap juga ikan patin ni."

Nina yang tak pernah rasa ikan ni pun sampai merah-merah muka tahan pedas. Kemain pekena ikan patin masak gulai tempoyak. Saya lebih suka ikan patin pais. Rasa lebih kurang masak tempoyak juga cuma ikan itu dibakar. 

Selepas makan kami terus ke MS Garden. Cuaca sangat terang dan panas. Sangat berbeza dengan Gombak yang asyik hujan petang. Selepas separuh hari perjalanan, badan rasa nak rehat je. Al-maklum faktor usia gamaknya. Cepat penat.

Menjelang petang dan agak teduh kami menelusuri pantai Teluk Cempedak di celah-celah manusia yang ramai. Memang sungguh ramai, datang entah dari mana dengan bermacam-macam ragam. Tujuan utama kami pi Teluk Cempedak ni sebab Dayah nak main bubble besar. 

"Lama dah nak main ni. Segan la tapi. Bila ada Nina baru lah best. Konon layan adik....."

Boleh beli air sabun. Harga ikut saiz tali.
RM2, RM4, RM6 
Excited tengok bubble
Kami beli 2 scoop air sabun dengan tali medium size = RM4. Cuba dulu. Kalau tak puas main boleh beli lagi. Alhamdulillah angin petang tu agak kuat so senang lah nak bentukkan bubble tu.



Seperti biasa, melihat saujana laut lepas adalah suatu kegembiraan buat saya. Pantainya masih bersih dengan pepasir yang putih.

Destinasi seterusnya tidak sah kalau bukan misi mencari ikan bakar kat Tanjung Lumpur sebagai hidangan makan malam keluarga. Paling senang dan selesa ialah di Restoran Ana Ikan Bakar.
Sebenarnya dah beberapa kali kami ke Ana Ikan Bakar ni. Rasanya ini cawangan ke3 dan paling besar, siap dengan surau yang sangat selesa. Siap ada Muadzin. Sempat bersolat maghrib berjemaah selepas makan.
Pelanggan memang sangat ramai. Mungkin kebetulan masa hujung tahun dan cuti sekolah. By Maghrib orang ramai terpaksa beratur untuk mendapatkan tempat duduk.
Keesokannya kami daftar keluar sejurus selepas sarapan pagi di hotel. Hantar Dayah ke UIAM kemudian meneruskan perjalanan pulang. Singgah RnR Temerloh beli patin tempoyak...lagi, untuk lunch ngan anak-anak yang kena tinggal kat rumah pulak...
Bye Dayah....

PS: Insya Allah kami akan sentiasa ke sini lagi.

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...