Menjelang cuti sekolah lagi saya dah susun macma-macam perkara untuk dibuat sepanjang cuti sekolah ni. Setelah beberapa lama tak menguruskan hal maintenance rumah tangga banyak pulak peralatan yang memerlukan proses baik pulih. Paling ketara, pam tandas bilik air anak-anakku. Dah agak lama tak berfungsi. Alhamdulillah saya dikurniakan anak-anak yang sangat penyabar dan memahami umi mereka yang sibuk kengkonon career woman tapi kengkadang boleh je bertukar menjadi super woman. Atas kesabaran yang tinggi depa tahan je guna cara traditional. Tadah air dalam baldi lepas tu curah je lepas melepas.
So selepas selesai menguruskan perpindahan Abuni dan anak-anaknya saya memulakan operasi seterusnya. Membaik pulih pam tandas pulak. Selepas saya buka penutup tangki pam tu barulah nampak apa masalahnya. Rupa-rupanya tali penyambung sistem tu dah putus. Saya cuba godek-godek kot-kot boleh repair. Memang tak de harapan lah. Sebabnya peralatan tu datang dalam satu sistem yang lengkap. Satu pakej. Kalau satu benda rosak, rosak lah the seluruh system. Terpaksa lah ganti semua sekali.
Saya cuba juga nak DIY. Tapi bila tengok arahan pemasangan yang agak complicated saya pun decide untuk panggil plumber. Dah tua-tua ni rasa malas pulak nak memendap dalam bilik air lama-lama. Senang je nak cari plumber ni. Pergi je mana-mana kedai hardware yang berdekatan. Tulis nama dan nombor talipon kat dalam buku appoinment depa. Nanti akan ada plumber yang akan call kita untuk set appointment. Sementara menunggu berubahnya seluruh sistem itu, terpaksalah saya pujuk anak-anak bertahan dengan sistem yang ada menggunakan cara manual.
Nina siap tulis arahan dan digantung di dinding bilik air tu. So sementara menunggu sistem dibaik pulih, sesiapa yang nak guna tandas ni mesti ikut arahan yang tertera. Kalau malas, guna je cara tradisional iaitu pakai baldi dan cetong. Tak lama. Selepas 2 hari menunggu akhirnya pam tandas berfungsi sepenuhnya.
Siap bahagian pam tandas, beralih ke paip air sinki dapur pulak. Dah beberapa hari paip tu bocor. Air asyik menitik walaupun dah tutup ketat-ketat. Saya dah beli paip baru. Spanar pulak tah kemana. So dah alang-alang panggil orang repair pam tandas suruh dia ganti paip kat sinki tu pulak. Jimat tenaga saya nak memulas spanar tu. Dah menghampiri usia emas ni kudrat perlu dijimatkan umtuk perkara yang lebih personal. Untuk diri sendiri.
Siap bahagian pam tandas, beralih ke paip air sinki dapur pulak. Dah beberapa hari paip tu bocor. Air asyik menitik walaupun dah tutup ketat-ketat. Saya dah beli paip baru. Spanar pulak tah kemana. So dah alang-alang panggil orang repair pam tandas suruh dia ganti paip kat sinki tu pulak. Jimat tenaga saya nak memulas spanar tu. Dah menghampiri usia emas ni kudrat perlu dijimatkan umtuk perkara yang lebih personal. Untuk diri sendiri.
Lampu dapur pun dah dibaik pulih. Biasanya kalau setakat ganti mentol atau starter saya buat sendiri je. Tapi sebab choke dia dah rosak terpaksalah panggil mereka yang pakar. Kang tak pasal-pasal seorang umi didapati kejung akibat renjatan elektrik....:). Lampu ni bonus je sebenarnya. Tidak mengganggu kehidupan harian pun. Selama ini saya boleh je hidup dengan stand lamp mudah alih yang saya letak atas meja dapur. Tapi dah alang-alang nak bayar orang datang repair, kita suruh jelah depa repair apa-apa yang patut. Rezeki Allah bagi elok lah dikongsi bersama.
Selepas ini ada beberapa lagi siri baik pulih yang perlu dilakukan. Mudah-mudahan dengan kudrat yang ada ni saya sempat menyiapkan semua program yang dirancang sepanjang cuti sekolah ini. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment