Sunday, 1 November 2015

Hazeline snow untuk anak daraku...

Dah lama saya tak bergosip santai ngan anak-anak dara saya. Sejak Iman ngan Dayah dah besar dan dah pandai jaga penampilan diri saya dah lupa macamana nak start balik ngan Nina. Rasanya Nina banyak rujuk Kak Iman sebagai perunding imej. Tapi sejak Iman dah duduk sendiri ngan Marwan masa mereka bergosip juga dah agak kurang. Dayah pulak jarang dapat cuti. Jarang balik. Sian Nina dah patah dahan untuk berpaut.......:(

"Umi, jerawat ke ni?"

Anak dara bongsu saya dah mula concern tentang kecantikan. Sebenarnya saya sendiri dah lupa bilakah masa saya mula concern tentang paras rupa. Zaman remaja saya bermula di MRSM. Dari tingkatan satu hingga tingkatan lima hidup saya dikelilingi rakan-rakan sebaya. Makan bersama, tidur bersama, senda gurau tawa hilai suka duka dikongsi bersama rakan sebaya. Kami sama-sama kongsi pengalaman bagaimana menjadi gadis remaja. Alhamdulillah saya dikelilingi rakan sebaya yang sangat mengambil berat sesama sendiri. Bahkan hingga kini perhubungan kami masih terjalin erat walau di alam maya. Grup whatsapp tak pernah kering dengan perkongsian semasa.

Mengikut pengalaman saya dulu, apabila dah masuk umur remaja, kami akan mulakan dengan penjagaan wajah. Masing-masing akan mula mencari produk penjagaan muka yang sesuai dengan wajah masing-masing. Saya sendiri mula berkrim muka semasa di tingkatan 4. Sebelum tu saya tak pernah kisah tentang penampilan. Tak pernah kisah tentang apa-apa produk berkenaan kecantikan. Yang pasti saya hanya mandi bersabun 2-3 kali sehari dan shampu rambut setiap 2 hari. Ayah saya selalu belikan sabun lux yang ketul kecik-kecik tu. Kadang warna putih kadang warna pink. Shampu dah tak ingat brand apa. Tapi yang bentuk serbuk dalam sachet kecik-kecik. Kalau nak guna kena tuang serbuk tu atas tapak tangan, letak air biar berbuih lepas tu baru shampu atas kepala. Bilas betul-betul takut saki-baki serbuk shampu tertinggal kat celahan rambut.

Berbalik kepada penjagaan wajah ni, waktu itu saya sangat berhati-hati dengan bajet. Almaklum la anak orang kampung, bajet ciput. So saya cari je lah produk yang mampu milik. Tak payah cleanser, toner dan moisturiser bagai. Guna je sabun mandi sekali harung ngan basuh muka. Two in one. Lepas basuh muka ngan sabun tu wajib pakai krim. Kalau tidak nanti muka jadi tegang dan gatal. So terpaksa lah cari krim bajet yang tidak memudaratkan kulit muka. Saya ni jenis penakut nak cuba produk-produk moden ni. Dari kecik nenek saya ajar pakai bedak sejuk buatan sendiri. Hingga pergi MRSM pun nenek saya bekalkan bedak sejuk. Saya share ngan kawan-kawan pakai malam-malam buat hantu pocong. (Huhu......maafkan saya nenda). Tapi dah duduk MRSM terpaksa la ikut peredaran zaman. By tingkatan 4 saya pun mula berjinak-jinak dengan krim muka. Dan produk pertama saya ialah Hazeline Snow. Saya suka warnanya yang putih mulus, bau yang harum dan texture yang lembut tidak berminyak. Murah je pun tapi biasalah hidup zaman sekolah, terpaksa berdikari tarik bajet sekolah untuk penjagaan diri. 

Saya kekal ngan produk Hazeline Snow rupa asal tu sehingga habis tingkatan 5. Semasa di UK saya banyak terdedah dengan pelbagai produk. Boleh pilih mana kita suka. Tapi saya masih setia dengan Hazeline Snow. Malas nak tukar-tukar produk sebab sayang takut tak serasi ngan muka saya. Kata orang kalau kita dah dapat produk yang sesuai dan serasi serta mampu milik buat apa nak susahkan diri cari yang lain yang mungkin boleh mendatangkan mudharat. Malangnya kat UK susah nak cari stok Hazeline Snow ni. Saya hanya boleh dapatkan stok bila balik bercuti ke Malaysia sahaja. Apabila stok habis saya tercari-cari produk lain sebagai ganti. Dipendekan cerita saya beralih kepada Oil of Ulan sekarang dah tukar nama jadi Oil of Olay, setia hingga kini.

Dan kini pengalaman ini saya turunkan kepada anak-anak dara saya pulak. Sebelum aqil baligh tak perlu pakai apa-apa produk muka. Mandi je macam biasa. Pastikan basuh muka bersih-bersih sebelum tidur. Apabila meningkat remaja barulah boleh fikir tentang rias wajah. Biasanya dalam usia begini saya hanya belikan produk berasaskan timun sebagai pembersih muka. Boleh guna Shurah remaja ataupun Eversoft sari mentimun. Bila dah masuk sekolah menengah baru boleh mula guna Hazeline Snow sebagai krim muka. Iman memang follow saya 100%. Dayah agak culas. Sampai tang Nina dah tak jumpa dah kat mana nak cari Hazeline Snow tu. Merata kedai saya pusing. Merata Watsons dan Guardian saya masuk... nehi. Tak ada stok. Rupa-rupanya Syarikat Unilever pengeluar Hazeline Snow Malaysia dah stop production. Sebab apa tah. Depa dah tak buat untuk jualan di Malaysia sejak tahun 2014. Akhirnya saya belikan produk Safi sebagai cubaan pertama untuk Nina. Kalau sesuai boleh teruskan. Kalau tidak kena cari produk lain. Sian Nina tak dapat meneruskan legasi tatacara penjagaan muka warisan keluarga....:(

Masa anak-anak saya kecik-kecik dulu saya selalu sapukan losyen bayi setiap kali lepas mandi. Iman ngan Dayah membesar di UK. Saya pakaikan Mothercare Baby Lotion. Yang penting murah, sesuai dan berkesan sebagai pelembab kulit budak. Ein pun guna losyen yang sama. Bila pulang ke Malaysia saya masih meneruskan pemakaian Mothercare baby lotion ini. Oleh sebab harganya agak mahal di Malaysia saya tukar kepada product Baby Johnson. Anak-anak saya yang seterusnya pun melalui pengalaman yang sama setiap kali lepas mandi. Saya akan lumur losyen bayi seluruh badan mereka. Hingga lah mereka berusia 4 tahun. By usia masuk tadika dah tak berlosyen dah. Saya percaya pada usia itu mereka dah tak perlu pakai lotion lagi sebab badan dah boleh produce kelembapan sendiri. Begitu pemikiran saya yang tak berapa saintifik ini. Cuaca panas lembab begini memang tak berapa sesuai nak pakai lotion. Buat rimas je. Lagipun susah nak berwudhu'. Nak kena basuh dulu bersih-bersih sebelum berwudhu, takut menghalang air wudhu. Bila dah besar panjang depa dah mula pakai produk citarasa sendiri.

"Suka hati hangpa lah. Sendiri muka sendiri jaga. Yang nak tengok siang malam pun laki hangpa juga...."  Haha.....nenek saya memang epik. Saya pun dah mula menggunakan dialog yang sama. 

Kad hari ibu zaman bila tah..... tiba-tiba pulak.


PS: Empty nesters syndrome kah ini? Huhu.......



3 comments:

Unknown said...

berkesan ni kat muka saya. Saya beli kat sini sis, harga pun ok. http://m.11street.my/productdetail/hazeline-snow-moisturising-cream-snow-white-cream-18634398

The price still considerable.

Masrisazlin Bakri said...

Masih ada lagi production produk hazeline snow ni. Sampai sekarang saya masih consume. Kebanyakan jual online.

Unknown said...

Salam.. Sy nk Tanya HS y skarang... Kalau diterbalikkan botol dia mcm meleleh X? Atau krimnya mcam lembik..?

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...