Monday, 19 October 2015

Cuti-cuti UK: Jalan-jalan Southampton - balik rumah....

-------- DAY 1 : sesi pagi --------

Awal pagi Jumaat 10 April 2015 kami keluar jalan-jalan sekitar Bandar Southampton. Cuaca tak berapa menarik. Hujan renyai-renyai dan agak berkabus. Sebenarnya suasana begini adalah normal kat UK waktu musim bunga begini. Hujan turun untuk memberi kesegaran kepada pokok untuk mengeluarkan bunga. Mengambil kira masa yang agak terhad nak mengejar Solat Jumaat nanti kami terpaksa limitkan masa santai. Kami berjalan kaki sahaja sebab hotel Jury's Inn ni tak jauh dari bandar.  Hubby memang suka booking hotel yang terletak dalam kawasan bandar. Memudahkan pergerakan. 

Semak peta. Southampton dah banyak berubah.

Kami jalan-jalan cari sarapan dulu. Sebab tak yakin dengan status kehalalan tempat makan kat hotel tu. Nampak banyak je botol-botol dan gelas wain. Saspen pulak nak melangkah masuk ke dewan makan dia. Sebenarnya kat Southampton ni dah banyak kedai makan dan restoran yang menjual makanan halal. Lebih kurang macam kat Glasgow juga.


Tak ingat pulak ada market macam ni dulu-dulu. Nina excited tengok slurpy yang pelbagai perisa. Saya tak berani nak beli takut depa letak colouring banyak sangat. Banyak gerai macam open market sepanjang West Quay Road ini menghala ke pintu gerbang tua, Bargate. Macam-macam makanan depa jual tapi kami mencari yang halal sahaja.

Kebab halal pun ada tapi waktu ni belum siap lagi sebab masih awal.

Menjamu selera dengan nasi biryani kambing. Dijamin halal.


Lepas sarapan kami jalan-jalan sekitar High Street dan West Quay Shopping Centre. 

Pintu gerbang tua Bargate. 


Teringin nak pi Rose Garden tapi belum musim bunga lagi.. 

Sempat cuci mata dan beli barang sikit-sikit...

Beg shopping dah beranak...


Sothampton Common Park. Tempat penduduk berehat dan bersantai sambil menyedut udara segar. Kawasan Southampton ni masih terpelihara dengan kehijauannya.

Comel pulak tengok si tupai ni. Jinak je... 



Masjid Southampton..

Dah puas berjalan kami singgah beli makanan untuk makan tengahari pulak. Memandangkan pagi tadi dah sarapan nasi biryani so tengahari ni kami cari fish and chips saja. 

.
Lunch hari ni. Lama tak pekena fish and chips gemuk-gemuk ni. 

Fresh strawberry....tak puas makan.

The berries, beli kat open market tadi. Strawberi, rasberi dan blueberi. Alhamdulillah tercapai hajat nak merasa berries yang segar bugar ni..

-------- Sesi petang-------

Lepas solat Jumaat kami teruskan jenjalan ke Universiti Southampton pulak. Kami naik bas sebab jaraknya agak jauh dari City Centre. Tak ingat dah berapa tambang kami kena bayar.

Excited naik bas UK...


Pekan Portswood pun dah banyak berubah. Ambik gambar dari dalam bas je sebab tak cukup masa nak menyinggah...






Tak dapat tulip, dafodil pun jadilah...


Berbeza dengan Universiti Glasgow, Universiti Southampton dikelilingi pokok-pokok dan kawasan padang rumput yang menghijau. Banyak kenangan manis Hubby dan saya di sini. Tempat di mana bermulanya kehidupan kami sebagai sebuah keluarga. Berkembang dan membiak.

Bangunan tempat Hubby menimba ilmu. Menyiapkan tesis Masters dan  PHD dengan gigihnya...


Sempat juga kami pi melawat tempat tinggal terakhir sebelum balik ke Malaysia dulu. Rumah masih utuh terpelihara walau dah lebih 17 tahun meninggalkannya. Masih sama. Tanpa apa-apa renovation. Sungguh depa ni memelihara keunikan setiap bangunan.

Hartley Avenue.

Pagar kayu tu pun masih kekal. Rumah kami dulu masih tersergam indah di belakang tu. Banyak kenangan manis tertinggal disitu. Tapi kami tak berani nak masuk dekat takut orang kata menceroboh pulak...

Suka tengok deretan bunga ni. 

-------- DAY 2 ---------

Pagi-pagi lagi Hubby dan Amin dah keluar pi jalan-jalan kat stadium Southampton. Semangat bola dibawa ke mana-mana. Saya malas nak ikut sebab nak siap berkemas sebelum check out pukul 12 nanti.



 

Selepas dah siap berkemas saya dan Nina meneruskan agenda kami sendiri. Cuci mata kat bandar Southampton buat sekian kalinya...

Bergaya depan pintu bilik hotel siap-siap sebelum check out.


Sepatutnya musim Spring ni banyak bunga. Tapi tak berapa nak mekar lagi. Pokok-pokok pun masih togel.. Kami jalan-jalan cuci mata kat Marland Shopping Centre. Kedai baru nak bukak. Hubby bagi masa 2 jam je untuk kami cuci mata sebab pukul 12 tengahari nak kena check-out.







Tepat pukul 12 tengah hari kami check-out, ambik teksi dan terus ke stesen bas untuk ke London Heathrow Airport. Alhamdulillah cuaca sangat cerah mengiringi perjalanan kami.



Kami tiba di teminal 4 dalam kol 5 petang. Ada banyak masa lagi untuk berehat dan cuci mata sebelum berlepas dengan flight pukul 9 malam. Sambung beli barang souvenir sikit-sikit lagi.



Kalau dah hantu bola kemana pergi pun, pantang ada siaran bola, kat airport pun jadi.

Tak sabar nak balik Malaysia...



Akhirnya kami selamat mendarat di bumi tumpah darah tercinta. Perjalanan 13 jam tidak terasa sebab kami asyik membuta je. Tiba di KLIA dalam kol 5 petang. Tak terasa dah selamat tiba di rumah sebelum kol 8 malam. Home sweet home. Walau ke mana saya pergi, selama mana pun saya tinggalkan rumah, home is where the heart is....


PS: Selamat tinggal bumi UK. Saya tidak akan rindu untuk ke sana lagi....mungkin.

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...