Friday, 16 August 2013

Acara wajib terutama di pagi raya..


Seingat saya setiap kali balik kampung kami tak pernah lepas peluang menzirahi kubur Tok Ayah. Tok Ayah, ayah hubby, ayah mertua saya yang tak pernah saya kenal secara live. Hanya mendengar cerita dari hubby dan ibu mertua saya sahaja. Semuanya bercerita yang baik-baik.

Tok ayah meninggal ketika hubby masih sekolah di Tingkatan 4. Menurut hubby tarikh keramat pemergian Tok Ayah menjadi titik tolak mengubah hubby sehingga berjaya hingga hari ini. Menyedari kehilangan tempat bergantung, pemergian Tok Ayah menjadi pemangkin kepada semangat hubby untuk belajar dan berusaha dengan tekun demi kejayaan masa depan.

Betul lah sabda Rasulullah (SAW) yang diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:
“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya”.

Sungguh! Saya yakin Tok Ayah tentu berbangga mengutip saham kejayaan hubby. 
Melawat pusara Tok Wan yang masih merah....
Dan sekarang giliran Tok Wan pula berkongsi kebanggaan dengan Tok Ayah.

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...