Friday, 17 May 2013

Petua akuarium kekal jernih.

Hari Jumaat minggu lepas berpeluang balik awal. Pukul 3 pm tu kira awal lah. So first thing first pi singgah kedai beli barang basah. Saya selalu beli barang basah hari Jumaat. Beli banyak terus untuk kegunaan hari Sabtu dan Ahad. Senang. Tak payah kalut2 nak berebut2 di pasar tani. Pada hari lain saya biasanya singgah kedai on the way balik kerja. Beli terus masak. Haha...nak cerita rajin masak ke apa.

Sampai je rumah terus cuci akuarium. Kesian 2 ekor ikan saya jadi arwah lagi. Pokok-pokok air pun dah nampak tak subur. Macam berlumut je.... Alhamdulillah hasil keringat anak bujang hansem saya tu, habis semua isi akuarium tu kami keluarkan. Mula-mula keluarkan ikan-ikan beserta sedikit airnya pindah dalam baldi. Lepas tu kutip batu-batu kecik tu masuk dalam besen besar. Lepas tu angkat akuarium tu cuci kat luar rumah. Lepas tu letak air baru. Guna air paip je. Lepas tu letak anti-klorin dalam 2 sudu besar. Biar sekejap dalam 5 minit. Lepas tu baru masukkan ikan semula. (Macam buat resepi pulak.)
Ni je ikan yang tinggal.

Anak bujang tu pulak asyik mengomen je yang akuarium tu masih nampak dull. So petang tu terus pi beli kolong dan kayu buruk buat hiasan. Sedihnya pulak, baru je cuci akuarium tu dan salin air waktu petang, malamnya terus nampak macam dah keruh. Ada petua suruh letak seketul arang dalam air supaya kekal jernih. Alhamdulillah ada arang lebihan pokok orkid saya hari tu. Saya basuh dan letak je kat dalam akuarium tu. 

Alhamdulillah sehingga hari ni (dah seminggu) air masih jernih. Petua guna arang tu barangkali. Ikan-ikan tu pun nampak makin  ceria. Mudah-mudahan depa tu kekal segar dan lebih panjang jangka hayatnya. 




11 comments:

didi said...

As'salamualaikum....penggunaan arang kayu tu tidak beri kesan pada ikan ke..?...

didi said...

tak nampak pun dalam akuarium saudari tu letak arang....

Masniah Said said...

Kesan pada ikan? Hmm setakat ni alhamdulillah ikan2 nampak ok.arang kat bucu sebelah kanan tu....

Anonymous said...

boleh try nanti...terima kasih

eyesgraphix said...

Guna arang yang jual dekat kedai tu boleh ke...

eyesgraphix said...

Guna arang jual kt kedai ke

Masniah Said said...

ye..arang tu lah.

Unknown said...

Nak tanya bleh x..at mana ada jual barang2 peralatan tuk hiasan hidup aquarium..dh 2/3 kdai sy cuba cari pasir silica ngan pupuk nk tanam pokok hidup dlam aquarium x dpt2..ingat nk buat aquascape..search at google bnyak sebelah indonesia barang2 ngan pokok2..tq

Anonymous said...

Sy dh ltak arang ..tpi dy trapung ??

Anonymous said...

ada arang yang tenggelam. pilih yang berat sikit.

Anonymous said...

arang tu arang kayu ke arang khas dalam filter?

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...