Pada hari raya kedua kami masih di KL dan menerima jemputan ziarah raya daripada anak saudara hubby yang tinggal di Jalan Dutamas. Hubby merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ramai abang dan kakak dah kembali kepada Pencipta. Yang tinggal hanya dua orang kakak hubby, dan kami telah menjadi golongan tua (generasi yang hampir pupus) dalam keluarga dikelilingi anak-anak saudara dan cucu-cicit saudara yang ramai. Walau tidak berpeluang untuk berkumpul ramai-ramai dek kesibukan urusan masing-masing hubby tetap mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dimana perlu. So dikesempatan Aidil Fitri ini kita ambik peluang menghubungkan silaturahim sesama saudara.
Sebelum ini, anak saudara hubby ini tinggal di Ipoh, Perak dan baru berpindah ke KL awal tahun ini. Mereka menyewa di kondo Royal Domain. Pertama kali juga saya jejak kaki ke kondo ini. Nampak sangat tenang dan terjaga. Depa hidang satay dan roti jala. Kami banyak berborak tentang kisah-kisah lama (ala-ala jejak kasih) dek lama tidak bersua.
|
Keluarga arwah abang kedua hubby, bersama kakak ipar serta anak dan cucu saudara. |
Pada hari Jumaat (3 Syawal), kami meneruskan perjalanan ke Pantai Timur pulak. Hubby dah beli ticket (Air Asia) untuk penerbangan pada pukul 8.45 pagi ke Kota Bharu. So seawal subuh kami dah gerak ke KLIA2 dan parking kereta di sana. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar dan kami tiba di Airport Pengkalaan Chepa pada pukul 9.45 pagi dan disambut oleh anak nombor dua yang dah tiba pada petang hari raya pertama lagi.
|
Langit Kota Bharu yang cerah dari tingkap flight. |
Dari airport kami singgah sebentar di rumah besan saya sebelum ke majlis doa selamat dan aqiqah cucu saudara hubby di Pasir Tumbuh. Alhamdulillah dapat berjumpa saudara mara yang turut hadir menyerikan majlis.
|
Bersama kakak dan abang ipar serta anak-anak saudara hubby. |
|
Di tepian sungai… |
|
Di bawah pohon buluh… |
|
Selpi wefi.. |
Usai menyambung silaturahim kami terus check-in di homestay di Taman Uda Murni. Hubby sewa rumah melalui airbnb untuk tiga malam dan sambung lagi satu malam di Hotel Perdana. Dan selama 4 hari dan 4 malam di Kota Bharu, banyak masa di isi dengan menziarahi keluarga hubby. Tak cukup dengan jamuan hari raya, jemputan makan dan kenduri, kita tambah lagi dengan jalan-jalan cari makan menu 'only in Kelantan'.
Pada hari Sabtu pagi kami menghadiri kenduri akad nikah anak kepada besan kami di Guchil Bayam. Di sebelah tengahari anak nombor tiga datang menemani Ummi dan ayah sambung beraya selepas selesai urusan beraya bersama mentuanya di Pahang dan Terengganu. Merangkap supir, bolehlah anakanda membawa Ummi dan Ayah jalan-jalan cari makan sambil bersiar-siar di sekitar Kota Bharu.
|
Mengopi @Nasken Coffee. |
Disebelah petang pula kita jalan-jalan cari colek di PCB sebelum bersiar-siar di Tambatan Di Raja, di tepian sungai Kelantan.
|
Megi udang @PCB. |
|
Ice cream kelapa. |
|
Ikan celup tepung dan colek. |
Hajatnya nak melihat ‘air teh tarik’ tapi elok pulak air sungai Kelantan ni berubah wajah di musim perayaan ini.
“Lama tak hujan, so air bukit tak turun, sebab itulah air nampak lebih jernih…” begitulah. Dek kerana tiada hujan menyebabkan suhu sangat panas hingga mencapai 40 darjah dan ramai sahabat yang mengalami air telaga yang dah kering kontang.
|
Tok Ayah dan cucu kesayangan. |
|
Nampak jernih pulak air sungai ini. |
|
Bersama anak nombor 3 dan menantu.
|
Pada hari Ahad, pagi-pagi lagi kami dah ke rumah Cik Yah, sepupu hubby di Kg China. Seperti biasa, Cik Yah akan hidang nasi dagang buat sarapan.
|
Nasi dagang @ Kg China. |
|
Keluarga @Kg China. |
By pukul 3:00 petang anak nombor 3 dah bergerak balik ke KL semula. Despite jalan sesak teruk, mereka selamat tiba di rumah pada pukul 3 pagi, selepas 12 jam bertarung di jalan raya. Anak kedua pulak balik naik flight bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Tinggalah kami berdua meneruskan aktiviti makcik-pakcik pencen berhari raya dengan menyewa kereta untuk dua hari.
|
Roti tempayan plus kari kambing for early dinner. |
Seawal pukul 8.30 pagi hari Isnin kami dah bersedia untuk check-out dari homestay. Selepas meletakkan kunci rumah di tempat asal kami terus bergerak ke Pejabat Tanah dan Jajahan Daerah Kota Bharu untuk urusan pertukaran (nama) hak milik tanah hubby kepada anak saudaranya.
|
Unit Hasil @ Pejabat Tanah Kota Bharu. |
Usai semua urusan kami ke AEON Mall, window shopping cuci mata dan menyejukkan badan sementara menunggu waktu untuk check-in di Hotel Perdana.
|
Kek pandan gula melaka @Hazukido. |
|
Nasi Sumatera ayam kampung for lunch. |
Usai makan tengahari kami check-in di Hotel Perdana dan berehat sebelum keluar semula ke Suwarinjinda Cafe bersama anak-anak saudara hubby, Hafiz, Nani dan Ati (Anak-anak Che' Tah) untuk makan malam.
|
Miang pla. |
|
Daging bakar (harimau menangis). |
|
Pulut mangga. |
Hari terakhir kami di Kota Bharu, kami hanya duduk berehat di hotel sahaja bagi melepaskan lelah setelah sibuk ke sana-sini menyambut raya. Kami turun sarapan di hotel dalam pukul 9.15 pagi dan duduk makan santai-santai. Banyak jugak menu yang menarik tapi saya hanya pilih yang ringan sahaja.
|
Telur separuh masak, bubur nasi dan mee kari. |
|
Roti canai, buah dan teh tarik. |
Usai makan, kita bersiar-siar sekitar hotel. Kami tidak berlama-lama sebab cuaca masih panas membahang. Kesian jugak mendengar cerita sahabat-sahabat yang tinggal di Kelantan tentang masalah air (yang berlarutan sekian lama) dan cuaca yang panas kering.
By pukul 12:30 tengahari kami check-out dan terus ke airport untuk pulangkan kereta sewa. Sementara menunggu flight pukul 4:00 petang kami hanya duduk menunggu di airport sahaja. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. Kami tiba di KLIA2 dan disambut oleh anak kedua dan tiba di rumah dalam pukul 9:00 malam. Home sweet home.
Sekian cerita Aidil Fitri tahun ini. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah. Amiin.🌹